Makluman Pendaftaran BR1M 2014

Makluman Pendaftaran BR1M 2014

Dimaklumkan bahawa BR1M 2014 akan bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.
Pendaftaran boleh dilakukan secara online melalui laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/
Manual pengisian boleh didapati di 
Manakala pendaftaran secara manual boleh dihantar ke mana- mana Pejabat LHDNM berhampiran.

Pembayaran BR1M 2014 dijangka akan mula dibuat pada Februari 2014.

Untuk pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716.

 •   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i)       Warganegara Malaysia 
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar 
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan 
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan) 
        
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

Pastikan anda tidak mengisi maklumat anda di mana-mana web atau portal selain daripada yang disediakan oleh LHDN!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied