Talian Panel Insurans bagi tujuan Tuntutan Insurans Bencana Alam

Talian Panel Insurans bagi tujuan Tuntutan Insurans Bencana Alam.


TUNTUTAN INSURANS BENCANA ALAM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA BAGI MANGSA BANJIR DI TERENGGANU, PAHANG DAN JOHOR

Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP) menasihatkan
mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang merupakan penjawat awam
yang ada pinjaman perumahan Perbendaharaan supaya mengemukakan tuntutan
insurans bencana alam dari panel insurans masing-masing. Tuntutan insurans boleh
meliputi perkara berikut:

  1. Kerosakan struktur bangunan (seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya)
  2. Pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir
  3. Tangki air pecah
  4. Kecederaan orang awam (pihak ketiga) akibat kemalangan di dalam rumah
  5. Perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami

Mangsa boleh membuat tuntutan dengan menghubungi syarikat insurans/takaful yang
sedia memberikan perkhidmatan masing-masing. Sehubungan itu, BPP berharap
mangsa yang berkenaan segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan
proses pembayaran pampasan.

Berikut merupakan talian panel insurans bagi tujuan Tuntutan Insurans Bencana Alam yang dikeluarkan oleh Bahagian Penjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia. Terdapat 6 panel berkaitan iaitu :

  • Takaful Malaysia
  • Etiqa lnsurans /Takaful
  • PruBSN Takaful Berhad
  • HSBC Amanah Takaful (Malaysia)
  • Sun Life Malaysia
  • Takaful lkhlas



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam