Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pilihanraya Umum Ke-14

Pilihanraya Umum Ke-14 : Hari mengundi 9 Mei

Imej
Pilihanraya Umum Ke-14 : Hari mengundi 9 Mei. Akhirnya. Tarikh keramat diumumkan. Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ditetapkan pada 9 Mei. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei. "Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari bermula dari tarikh penamaan calon sehingga 11.59 malam 8 Mei," Menurutnya lagi, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan 11 April. Daftar pemilih suku keempat 2017 yang mempunyai 14,940,624 pemilih berdaftar akan digunakan untuk PRU14. Daripada jumlah itu 14,636,716 adalah pemilih biasa, 300,255 pengundi awal yang terdiri daripada tentera dan pasangan serta polis dan 3,653 pengundi tidak hadir luar negara. Selangor merekodkan jumlah pemilih berdaftar paling tinggi iaitu 2,415,074 orang yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan. Menurut statistik Suruhanjaya Pilih