Taklimat Pangkalan Data Murid Johor Bahru



Sebelah petangnya ada taklimat khas berkaitan Pangkalan Data Murid. Sistem baru yang baru dapat arahan pada 30 Januari yag lepas. Kebetulan daerah ada taklimat berkaitan SMM. Jadi, mudah la kerja. Terus selit dengan taklimat SMM Online ni.



Laman web ni boleh dicapai di alamat url http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia. Tarikh akhir pengemaskinian telah ditetapkan pada 24 Februari 2012. Tugas penyelaras lebih kepada admin. Guru kelas yang bertanggungjawab penuh dalam memastikan pelajar dalam kelasnya lengkap.

Cuma yang tak berapa bestnya. Apa salahnya jika dapat dimasukkan data yang terkedepan sikit. Bulan oktober 2011 ker. Ini jauh sangat, Jun 2011. Penat jugak nak ubah sana sini tu. Walaupun tugas guru kelas cuma pastikan semua pelajar berada dikelas masing-masing, tapi itu untuk pelajar yang pindah kelas sahaja. Kalau pindah sekolah, sekolah asal kena buang data dia, manakala sekolah baru kena keyin balik. Jadi... untuk sekolah baru, tahun 1, peralihan dan tingkatan 1; nak tak nak, guru kelas kena keyin balik satu persatu pelajar dia. Padahal data SMM bulan Januari baru aje disiapkan. Hmmmm... Tapi nak buat macamana kan. Dah nama tanggungjawab. Kami hanya menurut perintah, mengikut arahan.

ps : Sekadar pandangan peribadi.. Rasanya, makin dikaji beban tugas guru, makin menimbun kerja kerja pengkeranian. Yang nilanya setitik dua ajer, yang jadi mangsa tetap sebelanga. Apa boleh buat, dah resam manusia... yang tak baik jugak yang semua orang nampak; yang tinggi komitmen langsung tak terlihat. Tu yang semua dok kata, kerja cikgu ni paling senang. Pi kerja, balik setengah hari; boleh buat tuisyen segala.. boleh buat direct selling lagi. Sedangkan golongan yang diperkatakan ni hanya sekelumit kecik jer..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Geram ni...sudah banyak kali try buka laman web pengkalan data pelajar nie...pasal tak boleh access....leceh betul...
mknace unlimited berkata…
Sistem masih dalam proses pemantapan. Harap dapat bersabar cikgu
Tanpa Nama berkata…
Usually I don't learn post on blogs, however I would like to say that this write-up very compelled me to check out and do so! Your writing taste has been amazed me. Thank you, very great post.

Here is my web blog ... Best Beach Hotel Bali Tripadvisor

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016