Pelancaran Lagu Muafakat Johor sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan 2016


Pelancaran Lagu Muafakat Johor sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan 2016 Semarakkan Semangat Muafakat Bangsa Johor. Kerajaan Negeri Johor bakal melancarkan lagu Muafakat Johor pada 30 Ogos ini secara serentak di seluruh daerah bagi menyemarakkan lagi semangat muafakat Bangsa Johor di negeri ini.

Majlis pelancarannya akan disempurnakan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin sempena Malam Ambang Merdeka di Dataran Ledang, Tangkak.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor, Dato’ Zulkurnain Kamisan berkata, lagu tersebut akan disebar luas di semua stesen televisyen atas talian, sekolah selain akan dimainkan pada setiap sambutan acara di Johor seiring dengan konsep Bangsa Johor.

Beliau berkata setiap rangkap dalam lagu Muafakat Johor memberi inspirasi kepada rakyat untuk terus berjuang dengan penuh semangat sebagai satu bangsa bagi mencapai cita-cita gagasan Johor berkemajuan, kesetiaan Bangsa Johor kepada raja serta raja dan rakyat berpisah tiada.

Selain itu, ia juga memberi inspirasi kepada Bangsa Johor agar terus bermuafakat membina bangsa dan negeri bertunjangkan cara Johor.

Tambah beliau, lagu tersebut wajar dihayati dan perlu dimainkan di majlis-majlis rasmi sama ada di peringkat kerajaan mahupun korporat agar semangatnya terus dijiwai terutama golongan belia.

“Konsep lagu ini yang rancak dan bersemangat amat sesuai dan memenuhi cita rasa golongan muda tanpa meminggirkan budaya zapin dan ghazal.

“Semoga lagu ini akan membuka satu lagi lembaran baru dalam kita menyemai, menyubur dan memantapkan permuafakatan Bangsa Johor ke arah Johor berkemajuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan sesetengah pihak mendakwa bahawa konsep Bangsa Johor membawa kepada perpecahan perpaduan dan tidak sihat untuk negara, beliau berkata ia adalah sesuatu yang tidak berasas.

Jelas beliau, konsep dan istilah Bangsa Johor yang sudah diguna pakai sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar seawal tahun 1920 memang tidak perlu dinafikan.

Buktinya jelas ia sudah sinonim dalam diri setiap rakyat negeri Johor kerana berjaya membuahkan hasil menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa.

“Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang meneruskan legasi itu juga sentiasa memberi yang terbaik untuk Bangsa Johor, mana mungkin rakyat Johor akan mensia-siakan apa yang dilakukan Tuanku.

“Tuanku turut menghadiri pelbagai majlis sambutan perayaan pelbagai kaum dan agama di negeri ini membuktikan lambang perpaduan yang kukuh, bukan sahaja dalam kalangan rakyat, malah rakyat dan Institusi Kesultanan Johor,” katanya.

Tambah beliau, kesan daripada semangat Bangsa Johor juga dapat disaksikan hari ini, apabila belia-belia di Johor tanpa mengira kaum, fahaman dan agama boleh bersama melakukan aktiviti, bersukan dan beriadah dalam suasana muafakat.

“Kejayaan bola sepak di negeri ini misalnya, semua adalah hasil sokongan Bangsa Johor yang bersama menyokong tanpa berbelah bahagi untuk menaikkan nama Johor Darul Ta’zim sehingga ke persada dunia.

“Saya turut bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang mengatakan konsep berbangsa itu adalah manifestasi peradaban dan kemodenan selain agama Islam itu sendiri mengiktiraf kepelbagaian bangsa dan etnik,” katanya.

Menurut Zulkurnain lagi, Bangsa Johor yang sudah menjadi identiti rakyat Johor bukanlah satu usaha untuk ‘mencipta’ bangsa baharu atau melahirkan semangat kenegerian yang ekstrim, tetapi wadah menyatupadukan kerencaman bangsa yang menjadi kekuatan bagi sama-sama membangunkan Johor.

“Atas semangat perpaduan yang kukuh itu, meskipun dilontar dengan pelbagai dakwaan negatif sesetengah pihak, kerajaan Johor tetap akan mempertahankan dan terus mengangkat konsep Bangsa Johor untuk memastikan rakyat negeri ini hidup dalam suasana harmoni dan muafakat,” tegasnya lagi.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP