mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan

Sabtu, 18 April 2009

Rehearsal at Dewan Jabatan Laut Wilayah Selatan

Photobucket

Sebelah petangnya sekali lagi kami pergi ke Dewan Jabatan Laut
Pagi tadi dah pergi
Tapi tak siap pasang lagi

So petang ni kitaorang baru boleh full test
Sekali cik Jamal kata aturan penerima berubah
Adoii
Terpaksa aku ubah script on the dot

Photobucket

Lepak minum jap kat simpang luar sebelum balik
Apsal aku rasa panas semacam hari ni

Jumaat, 17 April 2009

Perjuangan diteruskan

Photobucket

Dah hari last sebelum due date, ESOK
Hari ni memang kena tungkus lumus setelkan kerje
Eh eh sebelum petang la

Apa apa pun kena la sarap dulu
Mana lagi kalau bukan kat Habib nih

Photobucket

Dah setel semua
Pergi carik gambo2 yang still takde
Last-last merayap ke semua sekolah tu
lagi pueh hati
hmmm..

Majlis Potong Jambul

Photobucket

Sebelah malam
Sesampai jer kat rumah
Tengok takde sebijik pun keter

Alamak
Mana semua orang pergi ni
Rupernyer Mak Ngah buat kenduri potong jambul cucu dia
Layaaann..

Selasa, 14 April 2009

Anugerah Q 2008 - First concept

Photobucket

Seharian di PKG hari ni
Penat memikirkan konsep nak bawak untuk Anugerah Q
Starter dah siap 80%

Tinggal background jer lagi
Untuk skrin penerima anugerah
Aku baru buat konsep pertama

Takpe
Nanti hari Rabu aku kembangkan lagi

Isnin, 13 April 2009

Dunia kecil

Photobucket

Aku tak sedar pun kewujudan cendawan ni tadi
Sekali aku tengok balik, aikkk ada cendawan kat kaki aku ni
Tu lah kita

Terlalu memandang ke langit
Sampai lupa makhluk di tanah

Selamat Harijadi ke 53 Nenek Johor

Photobucket

Selamat Hari Jadi ke 53
Walaupun Iqa tak kuar suara nyanyi
Adik tetap merapatkan diri ke nenek

Photobucket

Dengan harapan dapat potong kek tu
Apa-apa pun
Moga panjang umur dan diberkati Allah hendaknya
Aminn

Photobucket


Sunday's routine

Photobucket

Ahad. Hari cuti am.
Seperti biasa, awal pagi; bangun dan bersarapan pagi di gerai.
Pagi ini lain sikit pasal Iqa bawa sekali set Uno dia.

Jadi, sementara menunggu pesanan sampai.
Mari bermain Uno.
Seround dua.

Photobucket

Adik seperti biasa.
Melayan perasaan sambil melihat orang lalu lalang.
Selepas makan pergi ke pasar.
Iqa dan adik seperti biasa ajak tengok ikan.
Dalam sungai pulai.

Photobucket

Sabtu, 11 April 2009

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Zon Skudai 2009

Photobucket

Humang aiii..
Masa semayang Jemaat lagi aku dah kena tempias hujan ni
Tak tau la camner nak main bola hari ni

Yang bestnyer
Tiap-tiap tahun main bola lam hujan
Tapi disebabkan hujan semakin lebat dan disertai dengan petir
Semua game di keempat-empat sekolah terpaksa dihentikan
Dan disambung pada keesokan harinya.

Ahad, 5 April 2009

Liar Game



Boleh tahan gak citer nih
Kisah seorang gadis yang terlebih jujur
terpilih turut serta lam game yang paling gila

Nasib dia mula berubah selepas dia dikenalkan dengan penipu terhebat
yang baru dibebaskan dari penjara
apa yang berlaku seterusnya
Bacalah "Liar Game"

Aku baru 4 dari 5

Sabtu, 4 April 2009

Sambutan Maulidur Rasul SKTTA 2009

Photobucket

Sambutan Maulidur Rasul SKTTA pada tahun ini disambut dengan meriah sekali
Dari semalam lagi seluruh warga kerja sudah bertungkus lumus merewang
Untuk memastikan perjalanan majlis hari ini berjalan lancar

Photobucket

Bermula jam 8.00 pagi, perarakan dari dataran kejat mengelilingi kawasan perumahan
di sekitar jalan laksamana telah berlangsung.

Photobucket

Selepas minum pagi, semua pelajar berkumpul di dewan bestari
Satu ceramah khas telah dijalankan di dewan bestari selepas warga SKTTA dihiburkan dengan satu persembahan nasyid dari pelajar-pelajar 5 Pahlawan.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Selepas ceramah tersebut, satu kuiz khas dijalankan untuk semua pelajar SKTTA.
Majlis makan berdulang seterusnya dijalankan sebelum semua pelajar pulang.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket


Maulidur Rasul



Maulidur Rasul yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Jumaat, 3 April 2009

Esok Malaysia akan mendapat PM yang keenam


Foto diambil daripada web surprising2008

Melalui Buletin Utama sebentar tadi
Akhirnya terungkai persoalan/teka-teki yang telah lama aku nanti-nantikan
Najib akan mengangkat sumpah esok
Sebagai PM Malaysia yang keenam

Walau berbagai cerita yang keluar sejak pagi lagi
Memang pelik
Sampai lam Berita pun
Pelik
Pasal Najib langsung tak keluar
Yang keluar orang lain
yang bercerita pasal dia
Aku sebenarnya masih pelik dengan laporan Bernama petang tadi


Abdullah Menghadap Agong Serah Surat Lepas Jawatan

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menaiki kenderaan rasminya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka melantik timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai penggantinya. Foto: Azman Firdaus


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menaiki kenderaan rasminya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka melantik timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai penggantinya. Foto: Azman Firdaus

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.

"Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu.

Abdullah tiba di pada 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi.

Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ.

Najib pula tiba di Istana Negara untuk menghadap Seri Paduka kira-kira setengah jam selepas Abdullah meninggalkan istana.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Seri Paduka kira-kira 45 minit, Najib meninggalkan istana tanpa menjawab sebarang soalan daripada pemberita mengenai pertemuan empat mata mereka.

"Terima kasih," katanya sambil tersenyum meninggalkan perkarangan istana dengan menaiki kenderaan Proton Perdana bernombor WRP 11 kira-kira 12.15 tengah hari, selain melambai-lambai ke arah sekumpulan media.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan semalam berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi esok di Istana Negara.

-- BERNAMA

Sabtu, 28 Mac 2009

Burger at Warung Bakso Kampung

Photobucket

Ni kalau tak tau nak makan apa yang best
Bolehla try burger @ bakso kat warung Bakso Kampung ni

Photobucket
Photobucket

Boleh tahan la burger dia
Iqa ngan adik memang suka bersidai camni
sementara menunggu burger siap
kalau bakso tu
aku sorang aje yang makan
pasal dia letak bebola daging
dah nama pun bakso
memang la daging
tengok ler burger kitaorang
mesti ada satu daging

Photobucket Photobucket

sebab aku jer yang makan daging
tu pun kalau esoknyer cuti la
kalau tak memang tak sentuh nyer
karang lain yang jadi

Samsung 740nw 17" Wide TFT-LCD Monitor

Photobucket

Selepas berjalan-jalan jap kat Cytech tadi
Membeli barang-barang it untuk makmal komputer
Nampak lak monitor ni

Photobucket

So, apa lagi
Cambest jer
Sebab tokei tu kasi harga best
Ambik jer ler eekk tokei
Lagipun aku nyer LCD monitor tu pun dah uzur
Dah main ketuk-ketuk dah tu (ini technician Intelux yg ajo ni, cam haram jer)

Photobucket

Bila balik test
Memang cambest
OK ler
Cuma iqa cakap
apasal monitor ni kecik
takkk... ini wide screen
mama dia pulak nengok
ayat sama
jawapan pun sama juga
wide la wideee

Cuma pelik dengan ayat kat kotak ni
Cam lawak lak
Khas untuk malaysia jer

Photobucket

SKTTA's fire drill

Photobucket

Latihan kebakaran telah berjaya dijalankan pada pagi tadi
Semua pelajar berkumpul di Dataran sekolah