Esok Malaysia akan mendapat PM yang keenam


Foto diambil daripada web surprising2008

Melalui Buletin Utama sebentar tadi
Akhirnya terungkai persoalan/teka-teki yang telah lama aku nanti-nantikan
Najib akan mengangkat sumpah esok
Sebagai PM Malaysia yang keenam

Walau berbagai cerita yang keluar sejak pagi lagi
Memang pelik
Sampai lam Berita pun
Pelik
Pasal Najib langsung tak keluar
Yang keluar orang lain
yang bercerita pasal dia
Aku sebenarnya masih pelik dengan laporan Bernama petang tadi


Abdullah Menghadap Agong Serah Surat Lepas Jawatan

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menaiki kenderaan rasminya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka melantik timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai penggantinya. Foto: Azman Firdaus


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menaiki kenderaan rasminya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka melantik timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai penggantinya. Foto: Azman Firdaus

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.

"Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu.

Abdullah tiba di pada 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi.

Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ.

Najib pula tiba di Istana Negara untuk menghadap Seri Paduka kira-kira setengah jam selepas Abdullah meninggalkan istana.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Seri Paduka kira-kira 45 minit, Najib meninggalkan istana tanpa menjawab sebarang soalan daripada pemberita mengenai pertemuan empat mata mereka.

"Terima kasih," katanya sambil tersenyum meninggalkan perkarangan istana dengan menaiki kenderaan Proton Perdana bernombor WRP 11 kira-kira 12.15 tengah hari, selain melambai-lambai ke arah sekumpulan media.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan semalam berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi esok di Istana Negara.

-- BERNAMA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam