Konsert Akhir Gegar Vaganza 2 hangat

Konsert Akhir Gegar Vaganza 2 hangat

Konsert Akhir Gegar Vaganza 2 hangat

TIKET konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) pada Ahad ini yang berharga RM1,000 sudah habis dijual.

Selain tiket VIP bernilai RM1,000, tiket-tiket berharga RM380 dan RM300 juga habis sejak ia dijual pada 6 Disember lalu.

Menerusi pemerhatian Astro Gempak, walaupun ada sesetengah pihak yang merungut mengenai harga tiket, namun para peminat pertandingan realiti tersebut sanggup untuk membeli tiket semata-mata mahu memberi sokongan kepada peserta kegemaran mereka.

Sambutan daripada penonton juga amat menggalakkan dan luar biasa pada musim kedua Gegar Vaganza ini.

Bagaimanapun tiket berharga RM250 dan RM200 masih dibuka untuk pembelian.

Setiap pembelian tiket turut disertakan dengan beberapa hadiah sampingan seperti baju T, kupon selain beberapa barangan istimewa GV2.

Pada konsert final GV2 Ahad ini, penonton dan peminat setia yang hadir menyaksikan siaran langsung GV2 di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), bakal disajikan persembahan ekslusif dan istimewa.

Enam peserta mara ke peringkat akhir ialah Siti Nordiana, Farahdhiya, Nassier Wahab, Haiza, Acong dan Ezad.

Kesemua enam finalis diberi dua cabaran iaitu menyanyi secara solo dan battle sebelum di angkat sebagai juara GV2 serta membawa pulang RM100,000 dan sebuah single terbaru terbitan Astro.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied