Taklimat Perluasan SPS negeri Johor 2013 : Kluang, Segamat, Batu Pahat, Muar, Johor Bahru, Kulai


Taklimat Perluasan SPS negeri Johor 2013 : Kluang, Segamat, Batu Pahat, Muar, Johor Bahru, Kulai. Alhamdulillah. Setakat hari ni 6 daerah di negeri Johor dah selesai taklimat perluasan SPS. Bermula dengan Kluang, Segamat dan Batu Pahat pada 13 Mei, Muar pada 20 Mei dan Johor Bahru dan Kulai pada hari ini, 21 Mei. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Kami bahagikan kepada 3 slot, BTP bentang SPS secara kasar, Sekolah Bestari Perdana bentang penggunaan SPS di sekolah mereka dan aku, of course yang paling penting iaitu Struktur Tadbir Urus pengurusan SPS. Korang boleh amik dokumen tu di sini.

Simple, bagi aku bagi la sistem terhebat dengan talian yang terbaik pun, kalau struktur tadbir urus tak berfungsi, jahanam jadinya. Bila SPS akan mula dijalankan. Pun simple... 2 prasyarat kena penuhi. 1. url untuk sekolah telah diberikan dan 2. Latihan kepada admin sistem telah diberikan. Pastu, baru boleh jalan. Ahahaha... kalau tak dapat dedua ni korang nak isi kat mana... buku tiga lima boleh??? kekeke... read on...



pepagi 13 mei, senin tu... dah mula gerak ke kluang. cam biasa camwhore tank minyak dulu cam biasa. nak kata minyak save la tu kan.. ahahaha




ni taklimat kat kluang. kat sini gabung dua daerah, segamat dan kluang. dewan besar sjkc chong hwa jadi saksi. selesai taklimat. semua faham apa hala tuju. first of all admin sistem kena pilih yang terbaik dahulu. then kita akan ready dengan latihan pada admin sistem itu...


makan dulu kat kedai yang dibawa oleh zaidi. dedekat hamster dia la ni kot. boleh tahan.. boleh tahan..


then.. gerak ke batu pahat. petang. a bit tense sikit pasal... petang. panas. huhuhu... tapi ok. n semua sedia nak jalan. yang pasti 2 prasyarat kena la penuhi dulu kan. yes. dan yang paling penting kami gunakan JPMs sedia ada yang dimurnikan untuk memastikan data dalam SPS tepat, sahih dan berkualiti.


balik. sembahyang di r&r machap. sampai rumah malam la kan. penat wehhh...


20 mei, giliran muar la pulak. around 1 pm sampai muar. makan dulu.






boleh tahan gak makan kat sini. yummy. tetambah ks belanja pulak tu. memang terbaeekkk!!!!



on the way ke ppd habih semua bangunan lama aku snap. seronok tengok bangunan cina. obsess dengan tahun bina. dan bila kita tengok sekarang, ianya jadi satu warisan sejarah kat situ. kita tau berapa umur bangunan kan













so, taklimat pada semua PGB daerah muar. peserta paling ramai. penekanan betapa pentingnya perubahan ini berlaku. zaman dah berubah. maklumat dihujung jari. sistem yang ada perlu memenuhi keperluan semasa dan bukannya kita yang kena ikut sistem sedia ada. kita yang buat dia. baru la data yang akan digunakan penting pada semua.



balik. sampai malam. singgah tapau dinner kat nusantara.




hari ni dua lagi daerah menanti, daerah lamaku johor bahru dan kulai.





makan dulu kat ppd jb



taklimat mula dijalankan. sekali lagi penekanan pada dua anchor utama sekolah... admin sistem - guru penyelaras bestari/ict dan admin data - guru data. tanpa dedua ni memang sistem tak jalan dengan baik


singgah bilik lama. konon kemas sangat la tu. tak tengok aku dulu cemana...


singgah makan tengahari sebelum gerak ke kulai. sarbat o sarbat o



perghhh keter dia... pastu sangkut jem masa nak ke kulai. tadak masa lain ka nak buat jalan nih



kulai. petang. ambik masa yang pendek sebab kulai ada majlis sendiri. terpaksa cepatkan. alhamdulillah. dapat sampaikan keynote. walaupun terkejar, mengejar masa. janji kami jam 4 setel, lebih sikit kami terpaksa amik. terima kasih atas ruang yang diberi.



makan dulu sebelum pulang. hujan lebat kat luar. takpe. setakat air ja kan. n 4 more daerah to come. wait for us.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied