PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Keredaan Ibubapa dan Keredaan Allah


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Keredaan Ibubapa dan Keredaan Allah

عَنْ عَبْدُ الله بن عَمْرٍو رضي الله عنهما قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: رِضَى اللهُ فى رِضَى الوَالِدَيْنِ و سَخَطُ الله فى سَخَطُ الوَالِدَيْنِ

Dari Abdullah bin ‘Amrin bin Ash r.a. ia berkata, Nabi SAW telah bersabda: “Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibubapa”. (HR At-Tirmidzi No: 1821) Status: Hadis ini dinilai shahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Pengajaran:

1.  Reda Allah terletak kepada reda kedua ibubapa, kerana Allah memerintahkan untuk mentaati orangtua.

2.  Imam Al Ghazali: Termasuk adab anak kepada kedua ibubapanya ialah mendengarkan perkataannya, mentaati perintahknya, tidak berjalan di hadapannya, tidak meninggikan suara di sisinya, serta berusaha untuk mendapatkan keredaannya. (lihat, Faidh Al Qadir, 4/33)

3.  Berbakti kepada kedua orang tua sering sekali disebutkan dalam Al-Quran, bahkan digandingkan dengan tuntunan menyembah Allah. Hal ini menunjukan bahawa berbakti kepada kedua ibubapa adalah wajib. Firman Allah:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa (Al-Isra: 23).

4.  Termasuk durhaka kepada kedua orang tua, adalah menyakitinya dengan cara membantah dan berkata kasar pada mereka, memalingkan muka serta tidak berbakti kepada keduanya.

5.  Al Hafidz Al Iraqi: disyaratkan bahawa keredaan dan kemurkaan itu dalam hal yang diperbolehkan oleh syariat.

Sayangi dan taati kedua ibubapa kita.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

15hb Januari  2018
27hb Rabiul Akhir 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP