Kaki Bengkak : Setting New Mindset

Kaki Bengkak : Setting New Mindset

Kaki Bengkak : Setting New Mindset. Entah kenapa, aku rasa dah dua minggu aku hanya bergantung harap dengan 4 biji pil ni aje. Macamana aku tau? Pasal dah dua minggu aku tak puasa. Malam. Aku akan makan selepas Isya'. Paginya. Kalau masih sakit, aku akan telan lagi set; bila aku dah sampai opis. Tu yang jadinya aku dah lali dengan ubat ni. Jadinya? Aku dah tak rasa sakit. Padahal. Kaki aku dah bengkak dan memerah.

Hari ni aku rasa hari yang paling aku lalok. The best part. Lalok aku ni ala ala nak ngantuk, tak ngantuk. Aku pun tak paham. Aku pun tak tau camner pandangan orang tentang aku. Sebab aku rasa aku OK aje. Tapi pagi ni aku rasa kaki aku paling teruk membengkak. Dan aku tak rasa bisa, sakit hanya bila aku jalan. Apa yang aku dah buat sebenarnya dua minggu ni. Aku merobotkan diri aku. Aku upkan limit badan aku,

Petangnya aku amik timeoff. Gi klinik. I have to do something. Kaki aku bukan sikit-sikit nyer bengkak. Kalau dulu, aku dah terbaring tokleh buat apa apa. Kali ni. Pasal aku dah sibuk mengupkan limit badan aku, haram tak rasa apa-apa. Lepas dua sesi bersama pegawai aku, aku gerak ke klinik. Around 2.40 jugak baru sampai. Dapat la nombor 1130. Perrghhh... Nombor dipanggil masa tu ... 1104. Masak la. Orang sebelah aku dok membebel aje. Nombor dia? 1144. Kalau dia biasa ke hospital swasta, aku rasa dia pun relaks aje cam aku. Sama aje. Lagi teruk pada tu kot.

Dalam kul 5 baru aku dipanggil. Masuk. Terus bincang ngan doktor. Aku cakap aku nak try tanpa ubat tahan sakit. Cuma aku nak minta ubat bengkak. Doktor kata OK je. Lagipun ubat tahan sakit tak berapa elok, terutama untuk buah pinggang. Maka. Dapatlah aku set baru tanpa ubat tahan sakit. Kita tengok gimana. Petang tadi dah selesai satu round. Sapuan pada kaki. Bedung. Lepas maghrib. Aku wat sapuan kedua. Taruk Patch Acustop. Bedung. Makan ubat bengkak. Hope for the best. Fingger crossing!!! Harap semua OK esok pagi. Harap harap dapat puasa semula esoknya.

Pagi ni memang aku ketepikan dulu imej. Aku tinggal aje kasut lam kereta dan menapak ke opis pakai selipar je. Ringan. Tapi tetap tak best. Paling best berkaki ayam aje.

Dah gasak 4 bijik ubat ni. Lepas ni aku cuba tak sentuh langsung. Hope for the best! Cam farmasi cakap. 3 bijik tu memang ubat tahan sakit semata. Sangat tak bagus untuk aku.

Wahhh... Masak aku kat klinik petang ni. Dua tiga kali aku hampir terlentok. Kesan ubat 4 bijik tu la. bila tak buat apa memang senang aku terlentok. Tapi bila ada bunyi nombor dipanggil aku tersentak terkejut. Teruk tul penangan, camner la rupa diri aku hari ni sebenarnya. 

Kaki Bengkak : Setting New Mindset
Selesai semuanya. Dah boleh mula kaedah baru. Cubaan survive tanpa ubat tahan sakit, Doakan semuanya berjalan lancar.

Set kedua. Acustop. Sapuan ubat. Dan makan ubat bengkak. Selesai semua lepas isya' aku nak tido dah. Blog pun dah update. Wakakaka.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam