Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jenjalan Cari Makan

Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Tepian Sungai, Bukit Batu

Imej
Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Tepian Sungai, Bukit Batu. 8 Ogos. Lunch. Singgah kedai asam pedas tersohor katanya kat Bukit Batu ni. Ni la rupanya kedainya. Selama ni dengar aje. Tapi nak komen lebih pun, aku makan telur dadar sama kuah sup aje. Tapi. Dari segi bilangan pelanggan. Boleh tahan jugak la. Actually late lunch kami tiba. So, orang sedang beredar keluar. Senang la nak cari tempat duduk. Apapun. Korang kena try dan nilai sendiri ye. Benda yang aku dah tak makan ni susah nak komen lebih-lebih.

Jenjalan Cari Makan : Cendol Tepian Gerbang

Imej
Jenjalan Cari Makan : Cendol Tepian Gerbang. Keluar ja dari Kem Bina Negara terus hala ke Gelang Patah. Lepas masuk ja balik Pontian daripada Kulai tu tetiba nampak satu gerai kat tepi jalan besar tu. Kering pulak tekak ni. Buat u-turn depan gerbang besar Kampung Melayu Raya tu. Terus order cendol. Mama kata ok la cendol dia. Aku nak cakap lebih lebih aku order cendol kosong letak pulut je pun. Tapi. Nice la. Sesambil tu inaz makan pau dan kerepek pisang. Masuk balik kereta terus jalan balik. Boleh return lagi masa amik iqa nanti.

Jenjalan Cari Makan : Steamboat Gelang Patah

Imej
Jenjalan Cari Makan : Steamboat Gelang Patah. 12 Julai. Lepak ngan ici dan mama kat sini. Tapau steamboat. Marbeles as always. Tengok sebelah dia dah ada gerai char koey teow. Tapau sekali untuk iqi. Tapi tak berapa nak best char koey teow tu. Huhuhu.

Jenjalan Cari Makan : Lemang Pok Rahim, Kempas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Lemang Pok Rahim, Kempas. 9 Julai. Merayap jap ngan mus masa lunch. Nak cari lemang yang best sikit untuk jamu ahli mesyuarat esoknya dalam mesyuarat JPMN. At last kami gi Kempas. Leh tahan Pok Rahim ni. Siap jamu kami tu. Selamba aje dia belah sebatang siap bagi rendang gitu masa kami cakap nak ngetest tu. Terbaeekkk!!!! Memang marbeles la. Lepas bincang. Esoknya pepagi mus akan amik. Fresh sikit kan. Dia bukak 24 jam sepanjang syawal. Perghhh... Balik. Singgah makan dulu. Sambil sambil tu, habih aku snap landmark sepanjang jalan. Hahaha.

Jenjalan Cari Makan : Selera Johor, Plaza Larkin

Imej
Jenjalan Cari Makan : Selera Johor, Plaza Larkin. 8 Julai. Balik dari ziarah Nenek Yang terus gerak ke sini. Tempat yang ada semua makanan best kat Johor. Apa lagi kan. Iqa, Mama ngan Inaz cam biasa la. Dengan Asam Pedas Claypotnya. Iqi dengan Yee Meenya. Ici makan Nenek makan Kacang Pool. Atuk makan Beef Stick berasap. Aku. Blank jap. Last last aku makan Chicken Chop. Sempat makan Gelato lagi. Layan... Hari ni baru aku perasan. Selera Johor malam tak bukak.

Jenjalan cari makan : Ayam Pasu Emas Cawangan Lebuhraya Pesisir Pantai

Imej
Jenjalan cari makan : Ayam Pasu Emas Cawangan Lebuhraya Pesisir Pantai. Tengah hari ni macam mengada sikit. Kononnya nak makan nasi ayam penyet Jakarta. Sekali jalan boleh terus belok ke belakang. Best jugak kalau dapat ngetest Ayam Pasu Emas ni kan. Asyik dok nengok ja dari jauh setiap hari. Gerai dia sebelah Binnory Enterprise. Ala. Kedai tayar yang glamer diviral ituhari tu. Singgah. Terus lepak kat meja yang ada sambil si Mus borak borak memantau. Kui kui kui. Boleh tahan la. Sekor ayam dia amik RM28. Try test satu. Tapau la. Dia tutup sehari ja. Isnin tutup. Hari lain, mula jam 12 tengah hari sampai jam 6 petang katanya. Balik terus meratah la apa lagi. Mantop beb. Sos dia pun ngam ngam la. Tak pedas sangat, tapi nice la. Paling best, Abang Long Fadhil kot duta diaorang. Ganas wooo...

Jenjalan cari makan : Nasi Ayam Talib, Selera Johor

Imej
Jenjalan cari makan : Nasi Ayam Talib, Selera Johor. 21 Ogos. Tengahari tu lepak ngan Mus kat Selera Johor. Kempunan nak makan Nasi Ayam Talib katanya. Takkan nak gi sampai gelang patah kot nak pekena nasi ayam Talib. Lepak kat Selera Johor aje. Kat situ ada satu cawangan dia. Suka tul si Mus. Kui kui kui. Siap beli pisang goreng best. Yang tak best kicap dia melimpah keluar. Kacau mood tul la nak makan. Rugi tu kena kerak kegemaran tu.

Jenjalan Cari Makan : Restoren Azinur, Skudai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoren Azinur, Skudai. 24 Julai lepas sempat merayap ke Skudai dengan Mus dan Adi. Sibuk pulak nak ajak makan kat Azinur. Tapi memang marbeles la kan. Ayam goreng sama kuah kari kegemaran aku ler. Barisan. Cam biasa la. Cuma. Kalau nak bungkus, masuk la ke dalam untuk barisan orang makan kat situ. Barisan luar memang untuk orang yang tapau aje.

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ambeng Mat Corner, Bandar Baru Uda

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ambeng Mat Corner, Bandar Baru Uda. 25 Julai. Lunch hour. Pakat keluar reramai gi sini. Line macam biasa la. Harga memang OK. RM6 untuk nasi ambeng + ayam. Patut try daging + ayam for RM7.50. Masa balik sempat merayap dan senap senap picas on the way back. Dari Klinik Veterinar sampai la ke vida height. Kalau tak silap la namanya tu.

Jenjalan Cari Makan : Bazar Ramadan KIP Mart Tampoi

Imej
Jenjalan Cari Makan : Bazar Ramadan KIP Mart Tampoi. 3 Jun lepas. Sesambil gi window shopping raya, sesambil singgah bazar ramadan. Dia buat kat depan pintu masuk utama ke KIP Mart. Quite OK. Menu biasa seperti tahun sebelumnya. Yang lain sikit gerai pau. Dia buat pau berbentuk rasa intinya. Kalau ayam, bentuk ayamlah paunya. Hehehe.

Jenjalan cari makan : Pizza Hut Taman Nusantara

Imej
Jenjalan cari makan : Pizza Hut Taman Nusantara. Petang 30 Mei tu ke Pizza Hut. Kebudaks nak berbuka pizza katanya petang ni. Yang kelakar soalan pertama cashier tu. Yang makan sini ke nak take away. Hehehe. Baru jam 5 petang tu. Kalau dalam 6 ke atas tu ok la jugak kan. Takpe. Sebab dah jadi kelaziman dia tanya soalan tu kan. Sementara nunggu. Ici lepak ngan aku kat meja kerusi tinggi. Sibuk nak ngalih dan manjat kerusi.

Jenjalan Cari Makan : Makanan Ala Thai Kak Wani, Kampung Pasir

Imej
Jenjalan Cari Makan : Makanan Ala Thai Kak Wani, Kampung Pasir. Masa lunch 9 Mei kami merayap ke Kampung Pasir lagi. Warung Kak Wani pulok. Make mihun gapo doh lupo. Meme kalu ikut mace noodle boat tu. Sedap weh. Aku siap mintak tambah telo. Wakakaka. Tak cukup pedas boleh tambah lagi 3 jenis cili kat situ. Terbaeekkk!!!! Layan weh.

Jenjalan Cari Makan : Warung Man, Kampung Pasir

Imej
Jenjalan Cari Makan : Warung Man, Kampung Pasir. 8 Mei lepas kami merayap ke sini untuk lunch. Ni kerja si mus. Satu kampung pasir dibawak kami jelajah. Warung Man ni jual kuih muih dan nasi bungkus; dari nasi lemak, nasi ambeng, nasi dagang; yang dah siap bungkus. Pendek kata. Semuanya tinggal nak ambik makan aje. Leh tahan kuih dia. Aku amik pisang goreng. Sekali nampak buah melaka sama dangai. Wow.

Jenjalan Cari Makan : KFC Iskandar Putri

Imej
Jenjalan Cari Makan : KFC Iskandar Putri. Balik. Singgah KFC. Pikir punya pikir. Aku singgah Iskandar Putri. Pasal dah sejalan. Belasah aje ler. Orang tak putus putus. Masak jugak menunggu. Sampai turn aku ayam kena tunggu jap. Sempat aku keluar snap snap sementara nunggu next ayam. Makan kat atas. Macam hotel adik inaz cakap. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ambeng Mat Corner, Bandar Baru Uda

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ambeng Mat Corner, Bandar Baru Uda. Ni cerita 12 Mei yang lepas. Sampai 3 hari berturut kami makan kat sini, menu yang sama. Kekeke. Nasi ambeng ayam. Harga dia RM6 satu. Tapi kalau amik spesel baru RM7.50. Ayam + daging. Cumanya. Semua dah tak makan daging. Kekeke. Takpe lah. Mulanya. 12 Mei gi amik iqa. Singgah makan kat sini sebelum balik. 13 Mei balik dari pusat islam nak ke angsana. Singgah lagi makan kat sini. Layan sungguh.

Jenjalan Cari Makan : Yee Mee Medan Selera Tesco Bukit Indah

Imej
Jenjalan Cari Makan : Yee Mee Medan Selera Tesco Bukit Indah. Aku pun tak pasti samada aku yang dah lama tak makan yee mee atau memang yee mee dia a bit pelik. Not in the list anyhow.

Jenjalan Cari Makan : Anjung Selatan

Imej
Jenjalan Cari Makan : Anjung Selatan. Area Jakel. Speciality adalah Ikan Patin. Makanan Temerloh nih. Kami makan pun lepas JDT kena kitai ngan Pahang malam sebelumnya. Kui kui kui. Ayat noti eh. Aku. Mana la makan ikan lagi dah. Tapi si mus kata OK ler. Ada patin sangkar, patin buah. Berbeza harga ikut spec yang dipilih. Aku makan ayam goreng aje ler. Cam biasa. So. Tak reti nak komen pasal makanan spesel kat sini. Untuk aku. Memang OK la.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Selera Padi Emas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Selera Padi Emas. Makan nasi padang la pulak sesekali kan. Letaknya kat area Mydin Uda. Satu row cuma blok berbeza. Pilihan lauk pauk yang banyak. Bagi aku biasa biasa aje. But still OK. Paling best adalah pili bomba tepi kedai. Jaga jaga takut tersadung pulak ye.

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Penyet Jakarta, Taman Perling

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Penyet Jakarta, Taman Perling. Yang ni memang terbaeekkk!!!! Kebetulan. Keluar cari choclair dan bekas untuk diberikan sebagai cenderahati pada birthday boys and girls mac area perling. Memang terbaeekkk!!!! untuk singgah sini makan tengahari. Ayam dia memang lembut. Ditambah dengan kriuk kriuk. Marbeles. Jangan tanya apasal pinggan aku ada tu aje. Semua aku kasi orang tinggal nasi ngan ayam aje. Wakakaka.

Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga, Pekan Nenas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga, Pekan Nenas. Tempat biasa lunch kalau ke Pekan Nenas. Macam biasa amiknya. Cuma aku tukar sikit menunya. Tambah ayam goreng kunyit. Paling best bila dengo ada orang tanya mana kamera kecik aku. Hehehe. Memang dah kenal aku. Tu yang aku cakap mama. Bebanyak orang datang sini. Aku sorang aje makan dengan kamera. Tu la pasal. Si ici pantang betul bila ajak wefie.