Jenazah Raja Puan Muda Kedah selamat disemadikan

Jenazah Raja Puan Muda Kedah selamat disemadikan


Suasana suram mengiringi pemergian Raja Puan Muda Kedah, Tunku Raudzah Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj yang selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Jalan Langgar di sini pukul 6.40 petang.

Almarhum yang merupakan isteri kepada Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah mangkat selepas gering sejak sekian lama dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada pukul 10.15 pagi.

Upacara bacaan tahlil disempurnakan oleh Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderudin Ahmad.

Sebelum disemadikan, jenazah Almarhum dibawa menggunakan pedati melalui Lebuh raya Darul Aman menuju ke Jalan Sultan Badlishah sebelum dibawa ke Makam Diraja.

Almarhum kemudiannya di­sembahyangkan dan disemayam di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit bagi penghormatan terakhir.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berangkat memberi penghormatan terakhir.

Turut berangkat memberi penghormatan ialah Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik; Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehudin Sultan Badlishah dan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.

Selain itu, yang turut berangkat memberi penghormatan ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Almarhum yang juga puteri Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj berkahwin dengan Tunku Abdul Malik pada 16 Julai 1956 dan diberi gelaran Raja Puan Muda Kedah pada 1981.

Raja Puan Muda Kedah yang diputerikan pada 29 September 1929 di Istana Bandar Temasya, Kuala Langat di Selangor, adalah puteri sulung kepada Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah dan Che Puan Halijah Mahmud.

Almarhum mendirikan rumah tangga dengan Raja Muda Kedah pada 16 Julai 1956 di Istana Bukit Kota di sini.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016