Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Isu Semasa

100% di blogspot

Imej
Mulai tarikh ini, aku dengan rasminya tidak akan menulis atau menghaplod gambo dan cerita di mknace.fotopages.com lagi. 100% blogspot menjadi lidah rasmi ©mknaceunlimited. Sekian terima kasih Chiaoooo... __________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com  

Selamat menyambut Hari Wilayah

Imej
Aku tak sedor hari ni rupanya hari wilayah. Tahun lepas langsung tak ingat. Sejak dok kat johor rasanya ni kali pertama aku ingat balik hari ni hari wilayah. Pelikkan. Tak pelik sebenornya. Sebab dah dok jauh sangat dari KL dah pun. Apapa pun Selamat Hari Wilayah 2009 Chiaoooo... __________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com  

Cuti tahun baru cina yang panjang / Pasang air di rumah baru

Imej
Hari ni aku dah wat appointment untuk pasang air di rumah baru kat pulai perdana. Patutnya semalam tapi tukang paip cuti. Takpe la. Janji dapat pasang kan. Kul 8.50 aku sampai dan tukang pun sampai lam 5 minit kemudian. Dia mula pasang. Sekali aku naik bilik atas. Ehhh.. berkunci lak. Aku try la bukak. 3 kali aku cuba semua kunci. Tak boleh. Apa kehal lak ni. Bengkek tul. Aku cakap kat indon pasang paip tu. Ko pecahkan jer pintu ni. Aku dah bengang dah ni. Dia kata takpa bang nanti buat report je kat Mah Sing. Banyak rumah jadi kes cam abang ni. Nanti hari isnin aku wat report. Iqa lak dah bosan pasal dah lama sangat. Dia ajak gi taman jengjalan. Rumah aku ngan taman ni selang 3 pintu jer. So lepak situ la. Sekali tokei dia datang. Aku ajak borak. Aku panggil dia uncle jer. Aku tanya apasal cuti raya lama sangat tahun ni. Dah jadi cam melayu lak. Jawapan dia yang aku tunggu-tunggu dan cari-cari selama ni. Aku tak terpikir pun jawapan ni. Jawapan dia simple jer. Bukan mau cuti lama-lama

Kempen Boikot Barangan Israel/Pro Israel bertambah hangat

Imej
Nampaknya kempen ni mula menunjukkan kesan-kesan yang positif. Teruskan lagi sehingga mereka terasa kita tidak memerlukan mereka. Chiaoooo... __________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com  

Sembahyang Jumaat di Masjid Gelang Patah

Imej
Dah lama tak sembahyang jumaat di Masjid Gelang Patah ni. Terkejut gak pasal ramai giler orang. Haa.. tulah asik sembahyang kat Taman Tun jer kan, tempat sendiri pun dah tak tau keadaannya. Tu yang orang selalu cakap, kalau kita sendiri jarang turun padang macam mana nak tau keadaan sebenar. Bebalik kepada keadaan di masjid. Memang ramai giler orang. Aku sampai jam 1.15 dah penuh. Kalau kat Taman Tun ni boleh guling-guling lagi. Tak caya tengok gambo beso tu. Kalau dulu aku selalu semayang kat tempat parking motor sebelah masjid. Tu sebelum belakang masjid dibesarkan. Lepas dibesarkan parking motor tu tak dihampar tikar lagi. Tup-tup datang balik dah guna semula. Memang patut pun pasal orang memang dah ramai habis. Kalau ikut perhimpunan rasmi kat sekolah aku, aku dapat anggar dalam 1000 orang ada lam masjid. Tu lum kira luar lagi tu. Ye ler, masjid ni kena kover satu gelang patah, taman nusantara, nusa perintis, sampai ledang height sana tu. aku kat baling yang kecik pun ada dua semej

Rebet Tunai

Imej
Hari ni gi pejabat pos. Bukannya apa, nak renew road tax, sekaligus nak claim rebet tunai. Walaupun ramai orang, aku sampai awal pun dah nombor 14, tapi urusan agak laju la jugak. Boleh tahan. Maybe bahana tahun baru cina agaknya. So, orang masih belum ramai, seramai hari-hari sebelumnya. Aku terfikir satu jer. Lepas bulan Mac nanti, maybe rebet tunai dah takde lagi. Masa tu mungkin pejabat pos akan kembali lengang. Macam dedulu balik. Aku tak sabar nak menunggu hari-hari begitu. Senang sikit nak gi bayar bil. Ini tak. Aku teringat satu petang lam kul 4 petang. Aku nak gi beli setem. Sekali tekan nombor dah abis. Selamba jer akak kaunter tu cakap. Dik, datang esok jer le. Nombor dah abis.  Bengkerk jer dengor. Aku nampak satu kaunter kosong. Dah dekat 2 kali nombor sama kuar takde sape. Aku terus masuk, terus beli setem. Mender aaa.. Yang kaunternya dok sibuk ngan nombor dah abis. Yang pelanggannya tak reti-reti nak tekan sekali jer ker. Makhluk tul la. Dua-dua ada bengongnya. Dah abis

Lepas satu, satu

Imej
Pening dengor berita semalam. Lepas tali pinggang belakang, la ni nak kena beli helmet baru la pulak. Aku rasa aku pakai helmet tu dah lama. Jatuh dah berkali-kali. Idak ler pulak pecah, paling koman pun pecah. Cuma sekali la aku beli helmet dah retak. Itu pun pasal aku tensen helmet aku kena curik. Jalan satu Ipoh, mencari helmet untuk aku boleh bawak moto balik ke hotel. Kena curik kat Ipoh Parade. Menapak sampai satu Ipoh. Tuhan je yang tahu betapa azab aku menapak tu. Sib baik aku bawak dua helmet. Satu kena curik, ada satu lagi spare. Yang aku beli tu baru RM10. Humban lam tong sampah jer. Memang tak bagus pun. Cerita pasal helmet yang kena curik tu. Aku beli helmet tu tahun 1997. Jenama LTD. Apek tu letak RM100. Puas pujuk, punya pujuk, last-last dapat RM70, tu pun pasal beli banyak. Seingat aku, kitaorang tapau sampai 5 bijik. Satu rumah punya pakai. Sampai ke la kembar yang tak kena curik tu masih ada. Aku rasa takde cacat cela lagi pun. Walau dah jatuh berkali-kali. Alhamdulil

Gaji pun masih belum naik, ...

Imej
Bender ni memang biasa berlaku. Dah biasa sampai kalau tanya pakcik-pakcik kat kedai kopi pun dengan mudah diaorang boleh bagi jawapan yang ringkas dan padat lagi tepat. Baru ura-ura nak naik gaji; tahu pun tidak jadi atau taknya, harga barang runcit dahpun melambung. Tepung naik, Milo naik; hatta susu F&N pun naik gak. Adoihhh... Apa nak jadi camni. Wal hasil balik ke asal ler namanya. Dah barang-barang asas ni naik, rasa-rasa banyak lagi barang sampingan yang bakal naik bersama.. ps : Gaji pun tarak hitam putih jadi ke tak, barang sudah naik harganya. Macamana dengan golongan yang berpendapatan rendah. pss : Cuba-cuba ler pihak berkuasa gi survey harga minyak paket kat pasaran.. Pelik.. Pasal haritu nengok harga dia RM3. Apa dah jadi ngan subsidi free yang dapat terpijak tu agaknya? ;) Chiaooo

Had persaraan

Imej
Had persaraan.. Ini merupakan isu yang paling menarik. Untuk aku, cukup2lah dengan yang dah sedia ada. Tak perlu dipanjangkan lagi. Tak cukup lagikah seseorang itu bekerja/berkhidmat/membanting tulang selama 20++ tahun. Sudah-sudahlah bekerja bersama anda tu. Dah sampai 50++ tu pun dah kira masa yang sesuai untuk berehat dari tekanan kerja. Luangkan masa dengan famili. Tengok-tengok famili yang hampir awak lupakan hampir 20++ tahun tu. Dalam berita harian dilaporkan Kerajaan boleh menjimatkan kira-kira RM1.2 bilion dalam tempoh empat tahun jika umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan kepada 60 tahun berbanding 56 tahun sekarang. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata penjimatan itu dianggarkan selepas mengambil kira pelbagai perbelanjaan yang mampu dikurangkan atau dihapuskan apabila had umur persaraan dilanjutkan.Perbelanjaan itu termasuk kos perubatan pesara , pencen pegawai yang disambung secara kontrak, kos melatih dan gaji kakitangan baru. Dalam tu pun dah tulis kos perubatan, i

Carlberg untuk Islam Malaysia??

Imej
Memang mengejutkan. Kalau aku sendiri tak jumpa artikel ini, maybe sampai bila pun aku kata ianya cuma fitnah2 kosong semata-mata. Tapi ini memang realiti. Di siarkan oleh The Edge Financial Daily .. Apa citer... Citer utamanya pasal kejayaan Carlberg Malaysia lah.. Second citer yang penting. Keluaran terbarunya.. Carlberg Beer Non Alcoholic for Muslim lagi tu.. Tu yang aku memang frust tu.. Tapi maybe Carlberg ni cuba menyahut cabaran Pak Lah ni sebenarnya.. Yelah, kan dok sibuk ngan MIHAS dia tu.. Tak tahu apa MIHAS, MIHAS tu Malaysia International Halal Showcase . Kira sumer barangan halal2 belaka lah yang cuba dikeluarkan oleh Malaysia.. Sampaikan beer pun nak dihalalkan jugak ker?? Kalau korang baca betul-betul artikel tu, antara lain Carlsberg’s newly appointed managing director Soren Holm Jensen ni menyatakan bahawa diaorang nak perkenalkan non-alcoholic beer, yang mana memang telah berjaya dipasarkan di Timur Tengah iaitu di Arab Saudi, Yemen, Kuwait dan Emeriah Arab Bersa