Bengkel Jurulatih Utama 1BestariNet Fasa 2 KPM 2016 Zon Selatan : Day 1


Bengkel Jurulatih Utama 1BestariNet Fasa 2 KPM 2016 Zon Selatan. OK. Kita kembali ke sela masa terkini. Lama sangat dah aku dok update cerita lama ni. Tu pun tak habih habih lagi. Nanti sambung semula lepas ni. Tungguuu.. Semalam aku mula terlibat dengan bengkel JU 1BN Fasa 2 ni di BTPN. Mulanya perasaan dalam hati tu macam berat tul nak gi. Tetambah hujung hujung tahun ni. Banyak benda yang perlu diselesaikan di peringkat JPN. Tapi. Tolak tepi dulu lah yang lain. Program KPM ni semestinya sesuatu yang lebih penting kan. Buat jugak yang JPN punya. Tapi bagi kat orang lain untuk jadi wakil la. Bila dah habis slot hari pertama. Betul. Memang rugi aku kalau tak datang sini. Satu ilmu baharu yang memang sangat sesuai untuk dipraktikkan dengan bidang tugas aku. Kejurulatihan. Coach. Selama ni memang diakui, aku lebih kepada trainer. Ajo je.

So. Berbalik pada bengkel. Trainer kami dari FrogAsia, En Fitri dan En Yuvaraj. Sorry kalau salah sebab setakat tu kemampuan telinga aku menterjermah sebutan. Kekeke. Duduk lagi kat belakang. Pasal... Di mana ada power plug, di situ ada aku. Kekeke. Matlamat kami adalah untuk membimbing sekolah untuk menggunakan VLE Frog secara rela hati. Hari pertama ni memang tak sentuk langsung pasal frog tapi lebih kepada seni kejurulatihan. Best. Memula diterangkan pasal elemen perubahan perkaitan dengan roger innovation curve. Ada sesi  kumpulan selesaikan misi berdasarkan arahan berbeza yang diberikan. Ini berkait rapat dengan 4 elemen utama yang perlu ada bagi memastikan kejayaan iaitu - motivasi, visi yang jelas, keupayaan dan langkah pertama. Kebetulan kumpulan aku kena yang part keupayaan. Satu benda dihilangkan dan kami tak dapat setelkan. Best jugak cara dia nak tunjukkan perkaitan melalui simulasi tu. Ini supaya coach sedar adanya unsur yang dapat menghalang kejayaan.

Sesi kedua pula berkaitan rapport. Hubungan baik yang perlu dibina dengan orang yang bakal dilatih kelak. Perkaitan Attitude Triangle diperkenalkan dan sekali lagi simulasi dibuat. Kali ni dua kali aktiviti dijalankan. Sebelah petang kami diperkenalkan dengan seni kejurulatihan. Kami guna model Driscoll. Yang ni best. Memang sangat sangat menarik. Selesai teori, kami kena buat aktiviti coaching ni. 3 pusingan. Memula aku sebagai coachee, pastu coach and lastly sebagai pemerhati. Memang lepas ni leh ler aku apply. Hehehe. Apa yang aku dapat simpulkan. Coach ni bukan trainer tetapi dah hampir sama tak serupa dengan kaunselor. Bezanya kaunselor cari punca dan selesai masalah, coach cari punca dan cari jalan/kaedah lain yang ada untuk capai matlamat.











---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP