Darjah Khas Agama Johor

Darjah Khas Agama Johor

Darjah Khas Agama Johor

Seharian aku mencari berkaitan Darjah Agama Khas ni. Hari ni pendaftaran bermula di sekolah yang menawarkan. Untuk Iqa, STF buat sesi pendaftaran khas pada Sabtu depan. Cawangan Dato' Onn supply tenaga pengajar ke STF. Tu yang cari jap serba sikit sebelum kita buat pendaftaran nanti. Setakat ni alhamdulillah perkara yang diperlukan semua aku dah kasi semalam kat iqa masa sesi lawatan ringkas tu. Jom kita study bab darjah khas ni.

Darjah Khas Agama Johor adalah lanjutan program pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Pengajian peringkat Darjah Khas Agama di Johor disediakan kepada lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA). Ia adalah saluran untuk memberikan pendidikan agama lanjutan yang secukupnya kepada golongan remaja Islam menjelang pencapaian usia baligh. Bahasa pengantar yang diguankan ialah Bahasa Melayu agar mudah difahami. Pengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia adalah pelengkap kepada program pendidikan agama di peringkat menengah yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor.

Objektif

  • Memberi kefahaman yang lebih luas tentang Islam agar pelajar dapat menyempurnakan peranannya sebagai hamba dan Khalifah Allah di bumi.
  • Memupuk kekuatan diri dan daya juang yang tinggi menerusi pendidikan dan pembinaan iman yang mantap
  • Melahirkan golongan muslim mukmin yang sepadu dan seimbang antara akalnya, rohaninya, jasmaninya, dan emosinya bagi mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat
  • Membentuk generasi pelanjut umat yang berkualiti dan sentiasa bersyukur kepada Allah.

Kemasukan Pelajar

  • Urusan pendaftaran masuk bagi pelajar-pelajar baru hendaklah dibuat pada bulan Februari dua minggu setelah keputusan rasmi Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) negeri Johor diumumkan.
  • Pelajar yang ingin mengulang belajar di Darjah Khas Agama Negeri Johor, hendaklah mendaftar tidak lewat dua minggu setelah keputusan rasmi Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Negeri Johor diumumkan.
  • Setiap pendaftaran hendaklah menggunakan Borang Permohonan Kemasukan ke Darjah Khas Negeri Johor (BPJAJ/DK). Borang permohonan kemasukan ke Darjah Khas Agama boleh didapati di Pejabat Pendidikan Agama Daerah atau di Sekolah-sekolah Agama yang ada peperiksaan darjah enam. Hanya borang yang lengkap diisi dan telah disahkan oleh Guru Besar, layak diproses pendaftarannya. 
  • Borang kemasukan ke Darjah Khas hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran di sekolah-sekolah Agama yang menawarkan Darjah Khas dengan membawa dokumen asal dan disertakan salinan dokumen yang telah disahkan:
    • Slip keputusan Peperiksaan SDEA atau Penyata kemajuan murid,
    • Sijil Berhenti Sekolah Agama
    • Kad pengenalan atau sijil kelahiran .

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia. Bukan warganegara yang boleh dipertimbangkan.
  • Lulus Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dengan pencapaian markah sekurang-kurangnya 50% sebelum 2005
  • Lulus enam (6) matapelajaran termasuk tiga (3) matapelajaran Teras mulai tahun 2005 atau
  • Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

Bagi calon yang tidak memenuhi syarat di atas, maka disyaratkan calon tersebut berumur sekurang-kurangnya genap 20 tahun pada tarikh tutup pendaftaran dan lulus ujian kelayakan atau berpengalaman mengajar di Sekolah Agama Kerajaan Johor selama sekurang-kurangnya genap 2 tahun.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian selama setahun (Bulan Februari - November).
Jumlah pertemuan maksimum pada setiap bulan hanya empat kali sahaja dan sekiranya terdapat lima minggu dalam sebulan, maka minggu pertama adalah cuti.

Struktur Pembelajaran

  • Hari persekolahan 1 hari seminggu
  • Masa pembelajaran daripada 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
  • Jam pertemuan lima jam sehari
  • Tempoh pembelajaran : 1 tahun
  • Pengajaran dan pembelajaran diadakan di sekolah-sekolah agama pilihan
  • Jumlah murid setiap darjah antara 35 - 40 orang
  • Bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu kecuali matapelajaran Bahasa Arab

Kurikulum

Kurikulum Darjah Khas hanya menekankan aspek pendidikan agama. Ia adalah lanjutan kepada kurikulum Sekolah Rendah Agama. Bersesuaian dengan peningkatan usia pelajar, beberapa bidang pembelajaran baru telah ditambah bagi memantapkan lagi pendidikan agama di Peringkat Darjah Khas.

Ko-Kurikulum

  • Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam
  • Mengadakan program kebudayaan dan kesenian Islam
  • Khidmat masyarakat
  • Ujian Tilawah Al-Quran dan pertandingan pidato

Pendaftaran dan Yuran

Tempat pendaftaran di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan
Pendaftaran masuk adalah percuma
Yuran peperiksaan RM 20.00
Lain-lain bayaran tertakluk kepada keperluan sekolah

Peperiksaan dan pensijilan

Perkara ini adalah merujuk kepada Peraturan Am Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama Negeri Johor (Disediakan oleh Unit Peperiksaan Sekolah Agama, Sektor Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor)

Subjek

Komponen
Nama Kertas
Kod Kertas
Bentuk Ujian
Teras
Al-Quran
DK 101
Lisan
Tauhid
DK 102
Bertulis
Ibadat
DK 103
Bertulis
Wajib
Tasawuf
DK 204
Bertulis
Mu'amalat
DK 205
Bertulis
Munakahat
DK 206
Bertulis
Jinayat
DK 207
Bertulis
Bahasa Arab
DK 208
Bertulis
Faraid
DK 209
Bertulis
Hadith
DK 210
Bertulis
Elektif
Tafsir
DK 310
Bertulis
Sirah
DK 311
Bertulis
Akhlak
DK 312
Bertulis

Pakaian

Pelajar Lelaki

  • Bersongkok hitam/biru kehitaman
  • Baju kemeja putih lengan panjang
  • Berseluar panjang berwarna coklat tua dan bertali pinggang hitam.
  • Berstokin hitam.
  • Berkasut hitam.

Pelajar Perempuan

  • Bertudung putih (mini telekung) berbentuk bulat dan labuh melebihi paras bawah dada.
  • Berbaju kurung teluk belanga berwarna putih.
  • Berkain sarong warna coklat tua dan berkain dalam.
  • Berstokin hitam/putih
  • Berkasut hitam/putih
  • Anak tudung hitam/putih

Kapasiti

  • Bagi sekolah-sekolah kawasan bandar dan pinggir bandar, jumlah pelajar dalam satu kelas adalah antara 30 - 40 orang.
  • Bagi sekolah-sekolah luar bandar, jumlah pelajar dalam satu kelas adalah antara 20 - 40 orang.

Jika jumlah pelajar kurang dari jumlah yang ditetapkan, pihak sekolah hendaklah memohon kebenaran khas kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor melalui Pegawai Pendidikan Agama Daerah (PPAD).

Hala tuju Darjah Khas

Melanjutkan ke Sekolah-sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Agama Johor dan seterusnya menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Ulasan

Unknown berkata…
Kalau dah lulus SDKA, boleh bekerja di jabatan agama ke?
Assalamualaikum..kalau calon luar boleh ke ambil darjah khas?

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

KAEDAH PEMBERHENTIAN SUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN