Bot Tempur CB204, Tujuh Anak Kapal Ditemui Selamat


Bot Tempur CB204, Tujuh Anak Kapal Ditemui Selamat.
Kapal terputus hubungan selepas menghadapi masalah enjin dan steering gear. Semua anak kapal selamat, tetapi dalam keadaan kelaparan.

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang hilang pagi semalam, sudah ditemui dengan semua tujuh anak kapalnya dilaporkan selamat.
Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memaklumkan perkara itu dalam laman Twitter beliau pada 6.10 petang ini.
Beliau berkata komander bot itu Leftenan Azri Bakar membuat panggilan melalui radio untuk memaklumkan semua anak kapal CB204 berada dalam keadaan selamat.
"Bot CB204: Lt Azri, Komander Bot, memaklumkan KD Ganas melalui Ch16, Bot dan semua warga selamat tetapi kelaparan. Alhamdulillah," kata Abdul Aziz dalam laman Twitter.
Dalam kenyataannya malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi, ketika dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.
-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied