Bengkel Precouncil JPMN dan JPICT Bil.1/2017 JPN Johor


Bengkel Precouncil JPMN dan JPICT Bil.1/2017 JPN Johor. Setel semalam. Tunggu nak meeting JPMN dan JPICT aje 15 Februari ni. Cuma aku rasa kesipan besar aku adalah mulakan bengkel ni agak lewat, jam 10 pagi. Patut aku kena mulakan macam biasa iaitu jam 8 pagi. Dah drag sampai half lunch hour. Sorry to all. Bengkel untuk dua mesyuarat besar tak patut mula jam 10. Dah biasanya pun bengkel preconcil JPMN pun dah drag half day. Cabaran aku nak memendekkan masa aku rasa fail. Memang perlu masa yang agak lama untuk lihat setiap pieces of the data. Lesson learned! in a hard way. Alhamdulillah. Semua dapat dijalankan, dapat dibentangkan, dapat dibincangkan. Walaupun tak secara detail out, tapi in the know. Banyak penambahbaikan lagi yang perlu aku fikirkan supaya ianya dapat disampaikan dengan baik dalam mesyuarat sebenar minggu depan kelak.

Kekadang aku terfikir. Aku ni selalu dapat pembelajaran dan pengalaman melalui kaedah yang sukar. Jarang jarang aku dapat cantik dan mudah aje gitu. Maybe aku ni terlalu eager untuk something new. Really new! Menyebabkan aku sukar mencari mentor. Benda yang baru di setiap tempat aku berada. Maybe sikap aku yang sentiasa nak something fresh, new dan applicable tu sentiasa mencabar diri aku. Tu lum campur sifat tak nak kalah lagi tu. Tu jer kot ciri aku yang sentiasa menyebabkan aku ni kurang rest; minda dan fizikal. Pernah sekali mama cakap ngan aku. Aku akan puas hati tak dengan kerja yang dijalankan oleh orang lain. Tak, kata aku. Mama pesan. Belajar untuk mula menghargai kerja orang lain, dan slowly train untuk sampai ke tahap yang aku nak. But slowly tu macam kurang jelas dalam kamus diri aku ni.








---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016