Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2019

Bicara Profesional KPPM bersama-sama warga pendidikan negeri Johor

Imej
  Bicara Profesional KPPM bersama-sama warga pendidikan negeri Johor. Alhamdulillah. Selesai program besar pertama kami dengan semua warga pendidikan negeri Johor. Program khas ini dilaksanakan dengan kolaborasi komuniti, Savanna Hill Resort. Terima kasih atas persediaan tempat dan tenaga. Kami bertolak seawal jam 9 pagi ke sana. Singgah jap untuk sarapan memandangkan program sebelumnya baharu selesai. Dalam jam 10 pagi sesi persediaan dewan diurus sama dengan team Savanna. Terima kasih pada Encik Yunos, big boss Savanna yang daripada awal bersama kami. Memang satu cabaran pada kami menyelesaikan semua persediaan ini dalam masa yang agak suntuk. Dalam jam 12 tengah hari kebanyakan pentadbir dari seluruh negeri Johor tiba ke lokasi. Hi-tea disediakan on-time. Sempat meronda melihat suasana di sini. Majlis dimulakan tepat jam 2 petang dengan taklimat khas daripada Savanna Hill sebelum diteruskan dengan Prinsip Kerja Pengarah oleh Tuan Haji Shahilon. 2.45 petang Datuk Dr Amin tiba ke D

Iqi : Berkhatan DONE

Imej
Iqi : Berkhatan DONE. Entry ni khusus dan esklusif untuk blog sahaja. 9 Disember kami kembali ke klinik untuk membuka balutan dan pemeriksaan. Sehari aje tu. Temujanji jam 4 petang. Atas sebab kerja aku agak lewat pulang. Sampai ke klinik jam 4.30 petang dan doktor baharu sahaja keluar. Nak tak nak ke reschedule untuk jam 6 petang. Apapun. Dapat tips daripada Firdaus, pembantu doktor untuk membasahkan dulu balutan. Kalau tak lebih perit masa nak buka nanti. Balik semula ke rumah. Sementara menantikan jam 6, memang kami mula la basahkan balutan tu. Kembali ke klinik untuk membuka balutan. Memang betul. Perit. Satu demi satu balutan dibuka menyebabkan iqi pun dah tak tertahan lagi. Kata doktor Alewi, memang ni antara part yang agak menyakitkan. Selesai around jam 7.30 malam. Terima kasih pada doktor Alewi dan Firdaus yang sabar melayan kami. Siri seterusnya memang aku tak sempat nak dokumentasi. Misi menjaga iqi. Boleh dikatakan setiap hari dini hari jugak baru terlelap. Tu pun dapa

Shopee 12.12 Shopping Spree

Imej
Shopee 12.12 Shopping Spree. Layan. Dan yang first sampai adalah... belt ooo untuk ici. Sakan dia.

PENCAPAIAN KPM 2019

Imej
PENCAPAIAN KPM 2019. Kad Laporan #PencapaianKPM2019. Tema pencapaian tahun 2019 ialah “Pendidikan Untuk Semua” yang merangkumkan 5 Fokus utama yang terkandung di dalamnya 53 perubahan penting yang telah berjaya dilaksanakan. Fokus pertama “Mengembalikan Cinta ke Dalam Pendidikan” terkandung 4 kelompok tumpuan utama iaitu OKU, B40, Murid dan Guru. Fokus kedua “Kualiti Pengajaran & Pembelajaran”, 5 teras perubahan diberikan tumpuan iaitu Reformasi Sistem, Reformasi Digital, Peningkatan Pencapaian, Sekolah Daif dan TVET. Fokus ketiga “Autonomi & Akauntabiliti” dengan tumpuan yang tinggi kepada Pengajian Tinggi dan Aktivisme Siswa. Fokus keempat “Malaysia Membaca” menumpukan kewajipan kita untuk terus menyemarakkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia terus dilaksanakan secara agresif dan berterusan. Dan fokus kelima “Manifesto” menerangkan secara jelas dan ringkas sebahagian manifesto yang telah berjaya dicapai sepanjang tahun ini. Muat turun Pencapaian KPM 2019 :  http

Jenjalan Cari Makan : Warung Pak Din, Kampung Sungai Tiram

Imej
Jenjalan Cari Makan : Warung Pak Din, Kampung Sungai Tiram. Dari Rimba Terjun terus shoot ke jabatan. Nunggukan team lain untuk kita gerak ke Savanna Hill Resort bagi site survey untuk program besar Ahad ni. Kebetulan ada peserta program lain juga dalam dewan yang sama. Banyak yang tak boleh nak clarify. Banyak nak kena readjust semula. TQ encik Bakar yang turut sama dengan kami sepanjang tengah hari tu. Hmmm... Lunch. Singgah di Warung Pak Din. Memang power beb. Sampai tak tau nak pilih yang mana. At last amik aje la yang mana yang rasa berkenan di perut. Ayam masak pedas yang memang best. TQ Mus belanja tengah hari ni. Memang terbaeekkk!!!! tempat ni. Marbeles.

Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun : Pemantauan Persediaan Pembukaan Sekolah 2020

Imej
Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun : Pemantauan Persediaan Pembukaan Sekolah 2020. Alhamdulillah. Dapat juga sampai ke sekolah ni dalam minggu ni setelah 3 kali perancangan untuk sampai ke sini gagal disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Sempat meronda sekali lalu bersama PPM dan PK Kokurikulum. Banyak juga penambahbaikan sedang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan keselesaan murid bagi tahun 2020. All the best. Jumpa lagi pada 2020.

Iqi : Berkhatan

Imej
Iqi : Berkhatan. Alhamdulillah. Selesai iqi berkhatan hari ni. Dia yang minta untuk dikhatankan. Dari semalam dah ready dengan persiapan. Beli kerusi malas khas untuk dia. Sempat la dia ngetest tido situ. Tapi tengok balik pagi ni dia dah tido kat tilam la pulak. Jam 8 pagi dah suruh dia berendam. Jam 9 pagi appointment dengan doktor. Hari Ahad dengan Isnin sahaja dan kebetulan hari ni aje yang kosong. So. Gerak kami ke klinik dalam 8.45 pagi. sampai kat klinik ngam ngam jam 9 pagi. Dapat first giliran. Nurse kata tunggu dulu ya. Jam 10 baharu doktor sampai. Alamak. Sib baik amik cuti. Kalau ikut plan aku cam semua jalan lancar around 15 minit. Kah. Dalam mimpi je la kot. Tunggu doktor sampai sambil iqi main game. Tau dia gementar tu. Sorang demi sorang kebudaks lain dah mula sampai. Ada dalam 6 orang setakat bila nama iqi dipanggil. Hmmm. Kat sini mula risau sikit. Iqi dah mula gementar dan ajak balik. Dah mula nangis. At last mama dia keluar. Tinggal aku ngan iqi ja lam bilik. Tuh

Ejen Ali The Movie : Misi Neo outing

Imej
Ejen Ali The Movie : Misi Neo outing. Layankan dulu permintaan iqi. Esok dah nak berkhatan. Dia minta nak tengok movie ni dulu. Terus bukak web. Semak masa. Terus kami gerak ke Aeon Bukit Indah. Setel tiket. Layankan jap. Hmmmm... So-so aje bagi aku. 4 out of 5 ok la. Maybe sebab aku baru lepas layan Angel Has Fallen gamaknya. Sikit sebanyak terganggu minda separa sedar aku kan. Selesai layan movie makan tengah hari kat KFC. Sempat nengokkan bag si iqi ni kat aeon. Sementara tu kebudaks minta nak main kat Molly Fantasy. Belasah aje la.

Misi Back To School : KIPMall

Imej
Misi Back To School : KIPMall. Hari ni kena keluar jugak. Dah lama melepak kat rumah sahaja sejak awal cuti. Dengan iqi kena kuarantin. Lepas ni nak berkhatan pulak. So. Kita keluar makan-makan dan beli barangan keperluan untuk sekolah dulu. Iqi buat pilihan dia nak makan apa. Chicken Chop katanya. Maka sampailah kami kat Selera Johor ni. Selesai makan baru kita kembali ke destinasi asal, Kipmall. Tempat biasa sejak dulu. Kekeke. sempat singgah outpost cari baju KRS. Mama aje yang setel, Aku nyer kena tunggu order. Layan.

2019 School Memories

Imej
2019 School Memories. Selesai sesi persekolahan 2019 untuk kesemua kebudaks. Ici selesai tadika 5 tahun. Penuh gambo group, personal dan grad. Iqi selesai Tahun 3, perdana dan agama. Gambar agama ja aku dapat. Inaz selesai Tingkatan 1 dan Darjah Khas. Satu gambar pun aku tak dapat. Dia paling tak suka diviralkan. Gambar paling tak banyak tahun ni. Iqa selesai Tingkatan 4. Semoga tahun 2020 membawa lebih kecemerlangan pada semua.

Sengal di pagi berkabus

Imej
Sengal di pagi berkabus. Hmmm.. Bangun pagi tu dah lain macam kaki aku dirasa. Sudah. Lama tul aku tak gi klinik ni kan. Ajak mama gi klinik. Tengok luar. Wahhh. Aku pun tak tau ni jerebu ka kabus. Semak MyIPU. 83. Rendah aje. Doktor pun lum sampai lagi. Layan semak speed jap lah. Perrghhh. Leh gi sampai 43 kat Taman Nusantara. Setel ngan doktor. Siap dapat MC gitu. Sohih la tido dua hari ni. Sempat baca speed lagi kat Taman Nusa Perintis masa neman mama pulak kat Klinik Gigi. Dah jadi hari gi klinik pulak hari ni. Kat sini rendah sikit. 36 je. Balik rumah. Huhuhu. 4 je. Pakai wifi dapat 6. Layan ubat je la. Zzzzz....

Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Pembayaran Koperasi Sekolah 2020

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Pembayaran Koperasi Sekolah 2020. Pagi ni kena ke sekolah nusa perintis. Hari pembayaran Koperasi. Semak semula semua borang dan sediakan duit secukupnya. Alhamdulillah. Sampai ja masih tak ramai orang. Masuk ke dewan. Pergghhh. Makin banyak kelas dibuka. Banyak cikgu yang aku pun tak kenal. Cari kelas iqi. Sampai ke hujung sana haaa.. Sampai ja terus tiba giliran aku. Tak sempat nak snap snap suasana. Hehehe.

Cuti Kuarantin

Imej
Cuti Kuarantin. Alamak. Tetiba dapat call dari mama pasal iqi. Ingatkan dia demam pasal terlalu takut. Pagi tadi check tengok kaki dan tangan dah mula naik ruam. Mama bawak ke klinik pagi ni. Lepas periksa, doktor terus keluar surat. Dah kena kuarantin. Apa dia cuti kuarantin ni? Cuti ni adalah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24 Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit. Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit. Pemberian kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai adalah seperti ber

Seharian berbengkel

Imej
Seharian berbengkel. Seharian berbengkel hari ni. Apa pun kita singgah tapau nasi lemak singgit dulu ya. Sesambil nunggu Firdaus sempat meninjau suasana penambahbaikan yang sedang rancak di sektor. Firdaus sampai. Bincang dulu berkenaan pembangunan pusat data sehenti. Gerak ke Blok B untuk bengkel media sosial. Team baharu selaras dengan perubahan struktur. Selesai media sosial, sambung balik berkenaan dengan pusat data sehenti. Makan tengah hari kat Larkin sebelum sambung lagi sampai selesai. Lepas ni kena beberapa sesi lagi ni sebelum selesai sepenuhnya untuk test run.

All the Kucen around us

Imej
All the Kucen around us. Ni la kucen kucen yang sentiasa lepak bersama Leman. Si Tamrin ngan anaknya Cinet. Si Phatah ngan anaknya Tumirin. Dan abam kawasan baharu, Sarip. Layan aje la. Paling takut ngan orang opcoz la Cinet. Tapi matanya saling tak tumpah ngan mak dia Tamrin. Terbeliak je dopopatjam.

Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Johor : Jadual Waktu Peperiksaan

Imej
Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Johor : Jadual Waktu Peperiksaan. Bermula esok inaz dan semua calon SDKA seluruh negeri Johor akan menduduki peperiksaan ini. All the best and be the best Angah. Semoga memperolehi kejayaan yang cemerlang.

One full day

Imej
One full day. Hari ni memang penuh. Singgah nissan dulu untuk appoinment tukar tayar almera. Ni paling lama setakat ni. 6 tahun usia tayar. Tapi tak gerak jauh sangat. Sampai rumah, suhu badan iqi tak berapa cantik. Bawak gi klinik jap. Singgah tapau mee goreng untuk dia selepas tu. Sampai ja rumah iqa call katanya dah sampai skudai. Terus gerak ke STF selepas maghrib. Ni la kali pertama gi amik iqa balik sebelah malam. Alhamdulillah. Selesai semua. Balik. Memang sangat penat. Selsema pun dah mula jadi teruk. Telan aje la ubat.

SBP'S STEM TALK 2019

Imej
SBP'S STEM TALK 2019. Rabu dan Khamis minggu akhir persekolahan, Iqa terlibat dalam program ni di E8, Putrajaya. Ni yang lama kami bincang masa hari Sabtu lepas masa amik barang-barang dia. Iqa dapat share gambo ni ja. OK la tu.

Done at last

Imej
Done at last. Setelah gagal disebabkan monitor tak support multi input dari hdmi switch, nak tak nak aku kena downgrade semula ke vga switch. Order kat shopee vga station bersama dengan vga cable. Sampai. Terus setting up. Kebetulan team cable pun sampai. Diaorang sedang upgrade cable vga ke hdmi kat bilik bengkel. Satu upgrade, satu downgrade. Huhuhu. At last. Setel jugak bilik aku ni. Pasni nak tengok bilik bengkel pulak. Nak kena ubahsuai balik ni pasal sebelum ni pakai vga switch.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.11 Tahun 2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019. Perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling dengan tema "Individu Sejahtera, Keluarga Bahagia, Organisasi Perkasa". Hari Terbuka Psikologi peringkat negeri Johor turut dilaksanakan sama. Meriah baq ang majlis kali ni. Memasing seronok. Selesai perhimpunan kami sempat melawat booth booth pameran disekalikan dengan meninjau beberapa tempat yang memerlukan pengemaskinian daripada segi informasi terutamanya. Tahniah pada team urusetia.