Iqi : Berkhatan


Iqi : Berkhatan. Alhamdulillah. Selesai iqi berkhatan hari ni. Dia yang minta untuk dikhatankan. Dari semalam dah ready dengan persiapan. Beli kerusi malas khas untuk dia. Sempat la dia ngetest tido situ. Tapi tengok balik pagi ni dia dah tido kat tilam la pulak. Jam 8 pagi dah suruh dia berendam. Jam 9 pagi appointment dengan doktor. Hari Ahad dengan Isnin sahaja dan kebetulan hari ni aje yang kosong. So. Gerak kami ke klinik dalam 8.45 pagi. sampai kat klinik ngam ngam jam 9 pagi. Dapat first giliran. Nurse kata tunggu dulu ya. Jam 10 baharu doktor sampai. Alamak. Sib baik amik cuti. Kalau ikut plan aku cam semua jalan lancar around 15 minit. Kah. Dalam mimpi je la kot. Tunggu doktor sampai sambil iqi main game. Tau dia gementar tu. Sorang demi sorang kebudaks lain dah mula sampai. Ada dalam 6 orang setakat bila nama iqi dipanggil. Hmmm. Kat sini mula risau sikit. Iqi dah mula gementar dan ajak balik. Dah mula nangis. At last mama dia keluar. Tinggal aku ngan iqi ja lam bilik. Tuhan ja yang tau betapa berdebarnya aku. Dia pun dah mula tak nak. Doktor borak ngan aku jap. aku cakap memang dia yang mintak. K. Doktor bagi masa bertenang sikit. Lepak lepak cakap cakap ngan iqi dibantu oleh pembantu perubatan kat situ. Siap tengok apa yang pembantu perubatan tu buat. At last dapat juga kita teruskan. Aku yang risau. Aku lagi teruk pada dia sebab bebila ja boleh out ni. Sekali betul. Lepas dia kena bius, aku yang kenoneng. Ah. sudah. Aku peluk aje iqi lam keadaan gitu nunggu recover semula. Pengalaman aku, kalau aku leh survive; memang lepas tu takde hal dah. Alhamdulillah. Proses yang agak lama jugak membolehkan aku recover semasa proses berkhatan tu. Aku pulak yang menyaksikan proses dari mula sampai habis. Selesai. Memang terbaeekkk!!!! doktor ni. Terima kasih atas kesabaran dan ketekunan dalam menguruskan proses berkhatan iqi. Bawak iqi keluar. Semua orang nengok kami. Hehehe. Sorry ya pada yang lain. Kami dah rentap emosi semua pagi ni. Tengok jam. Pergghhh... Sampai 11 lebih jugak. Now. Masa untuk recovering kat rumah. Memang kena sabar jaga iqi ni.

haiissshhh si tamrin ni

nak menggesel si phatah aje kerjanya

ngetest kerusi malas baharu


terjumpa masa ngemas kawasan

dah ready nak ke klinik


we're number one


selesai sesi pendaftaran


dah mula datang yang lain. dari taman u katanya


menanti kehadiran doktor

alhamdulillah. dah selesai

lepak port baharu


sakan la adik dia main ngan dia



tertidur juga akhirnya





---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied