Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2017

Sekolah Tun Fatimah : Lawatan 20170120

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Lawatan 20170120. Singgah KFC jap. Tapau dulu. Sampai STF. Lepak nunggu iqa. Cari wakaf kosong. Takde. Lepak lam kereta aje ler. Borak borak. Iqa dah letak nama aku dalam senarai akan hadir mesyuarat PIBG minggu depan. Harap harap dapat join lah.

Masjid Jamek Gelang Patah 20170120

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah 20170120. Dah makin tersergam.

Gebooz Gedikz : Edisi Merapi Diri

Imej
Gebooz Gedikz : Edisi Merapi Diri. Ni around jam 2 pagi. Dah habih meronda. Lepak sofa. Jilat bulu. Punya la lama. Ish ish ish. Ni kerja dia memalam ropanya.

Semakan Tawaran Penempatan Murid Dan e-RAYUAN Tingkatan Empat Ambilan 1/2017 Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2017

Imej
Semakan Tawaran Penempatan Murid Dan e-RAYUAN Tingkatan Empat Ambilan 1/2017 Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2017 boleh dilakukan bermula 20 Januari 2017 sehingga 5 Februari 2017 menerusi pautan berikut : sst4.moe.gov.my --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

School Lab 2017 Malaysia

Imej
School Lab 2017 Malaysia. Adakah anda Komunikator Sains yang terbaik? Adakah anda sedang menunggu peluang untuk berkongsi topik STEM kegemaran anda dengan dunia? Sekarang inilah peluang anda untuk berbuat demikian dengan cara yang menarik dan inovatif! School Lab ialah satu pertandingan yang membawa kembali keseronokan kepada sains dengan menghuraikan konsep STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) dalam penyampaian yang ringkas dan mudah. Cara Penyertaan LANGKAH 1 : Wujudkan satu pasukan (2-5 orang ahli yang berumur 13-15 tahun) dan melantik guru anda. LANGKAH 2 :  Pilih topik STEM anda LANGKAH 3 :  Tonton tutorial video pautan di www.britishcouncil.my/schoollab LANGKAH 4 :  Rakam pembentangan 3 – 5 minit anda LANGKAH 5 :  Daftar dan hantar video anda di www.britishcouncil.my/schoollab LANGKAH 6 :  Hantar borang persetujuan dengan segera ke schoollab@britishcouncil.org.my Peluang untuk memenangi: Hadiah yang menarik Bengkel Komunikasi Sains Tarikh pen

Jerayawara Inisiatif Perkukuhan STEM 2017 negeri Johor

Imej
Jerayawara Inisiatif Perkukuhan STEM 2017 negeri Johor. Pagi ni gerak awal sikit dari rumah. Nak sampai awal ke JPN. Naik kenderaan jabatan ke ADTEC Batu Pahat untuk jerayawara STEM 2017. Sampai sana orang dah ramai. Semuanya GPK1 sekolah menengah negeri Johor. Sarap dulu kat cafe. Jam 10 aktiviti bermula dengan ucapan aluan KS SPA. Seterusnya giliran Pembentang pertama, Dr. Shamsudin dari EPRD. Intipati taklimat berkenaan Sejarah dasar 60:40 sebelum konsep STEM dijelaskan. Pelan tindakan Stem nasional 2017 - 2025 yang menggariskan 7 strategi utama diperjelaskan yang mana terdiri daripada : 5 strategi pemupukan kesedaran 7 strategi peningkatan kualiti PdP 4 strategi pengukuhan infrastruktur dan fasiliti 3 strategi peluasan peluang kerjaya 3 strategi pembudayaan R research, D development, C commersial & I  3 strategi pengharmonian data 5 strategi pemerkasaan kerjasama strategik Beliau turut memperkenalkan group khusus Facebook untuk STEM yang boleh dicapai meneruti ka

Bateri baharu Goper for Almera

Imej
Bateri baharu Goper for Almera. Tadi balik. Singgah kedai bateri. Beli bateri kereta almera mama yang dah kong. 3 tahun juga bateri asal. Sejak beli kereta tu. Aku pun dah lupa pasal tu. First petunjuk. Sekali gi kedai. Tokei dia kata mana ada saya juai bateri tu. Ni mesti awak tak pernah beli bateri lagi untuk almera awak ni. Awak juga first customer saya yang pakai almera maa.. Hahaha. Aku terkesima jap. Kereta ada 4. Semua beli situ. Sampai lupa bateri untuk kereta mana. Seken petunjuk. Sangat terkial aku nak pasang balik bateri. Sekali teringat. Ada anak panah pada pengetat bateri. Kena arah ke luar. Aiyooo.. Sahih la first time aku tukar pasal semua bateri kereta, aku tukar sendiri. Hehehe.

Seharian merayap

Imej
Seharian merayap. Pergghhh. Baru naik opis hari ni. Terasa. Banyak tul benda nak setel. Satu satu. Memula jumpa bos beso. Pasal kaedah baharu verifikasi data. Pastu bos sektor. Pastu seken bos SJQ. Dapat la ceklat dua ketui. Satu bagi kairul. Satu bagi fadzli. Sambung lepak kat sektor blok B. Bincang program esok dan verifikasi. Lupa pulak pasal sesi temuduga minggu depan. Tepon seken bos SPSPK. Juga buat temuduga hari sama. At last. Kami tukar lokasi temuduga aje ler. Setel semua dah lunch hour. Jenjalan larkin makan. Lepas lunch sambung merayap lagi. Tapi kat laptop aje ler. Sedo sedo dah waktu balik. Huishhh...

Bengkel Kerja Dokumentasi Akhir Standard Prestasi PAK21 JPN Johor : Day 2

Imej
Bengkel Kerja Dokumentasi Akhir Standard Prestasi PAK21 JPN Johor : Day 2. Setel aje bengkel kat kulai terus gerak balik ke BTPN. Sambung setelkan template. OKlah. Dah setel draf awal. Tunggu bahan tambahan lagi dari peserta.

Bengkel Penyelarasan Program SJQ tahun 2017

Imej
Bengkel Penyelarasan Program SJQ tahun 2017. Pepagi dah sampai sini. Best driving pagi ni. Sebab kepala hotak aku melayang aje sepanjang jalan. Dok mikir kaedah terbaik bengkel verifikasi data aku untuk sepanjang tahun yang penuh getir ni. At last dapat la rangka some SOP. Mendarat aje terus aku bukak switch. Terus jot down the detail. Macam a bit tak kena kan tajuk bengkel ni dengan kehadiran aku. Lama jugak aku dok mikir semalam lepas ks masukkan dalam kalender. Slot aku sikit ja. Ujung-ujung pulak tu. Takpe. Masa berharga tu banyak benda yang aku dapat buat. Dari SOP baharu. Sampai la ke infografik verifikasi. K. Cun. Setel semua. Esok nak proceed keluarkan surat arahan ke daerah dan sekolah. Lepas bentang je. Terus gerak ke BTPN.

Bengkel Kerja Dokumentasi Akhir Standard Prestasi PAK21 JPN Johor

Imej
Bengkel Kerja Dokumentasi Akhir Standard Prestasi PAK21 JPN Johor. Tadi. Seharian kat BTPN. Setelkan dokumen akhir PAK21 ni la. Aku ni lebih pada susun atur dan grafik. Dah lama kot aku tak sentuh bab ni kan. Semak nyer semak. Aku kena install la indesign. Layan jap install sambil setelkan analisa takwim JPN Johor. Setel ja. Terus aku recreate logo konsep PAK21 tu. Simetrikan balik. Siap setelkan terus fail vektornya. Senang kan. Lepas ni pun kan kena masuk buku jugak. Setel bab tu. Mana yang dah siap aku tempek dulu dalam templet. Sesambil dok rancang rekabentuk dia nanti. Petangnya dah setel design sebenarnya. Dalam pada dok send fail kat mus. Layan pulak memember nengokkan elfie. Drone terkocik yang tengah glamer tu. Sekali tutup baru perasan fail tak abis hanto lagi kat si mus rupanya. Nanti malam la send semula. Kekeke. Ni semua salah elfie ni.

Merayap Around Jakel Uda

Imej
Merayap Around Jakel Uda. Singgah jap je. Nak layan mama nak cari kain untuk baju uniform baru dia. Layankan aje. Kami lari lari je dalam Jakel. Lari lari. Sembunyi sembunyi. Kekeke. Biar mama cari ngan acik potong kain kat situ.

Sekolah Tun Fatimah : Lawatan 20170114

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Lawatan 20170114. Minggu ni minggu outing. Pesan datang awal. Sekali sampai, iqa pun tak nampak lagi. Sapa awal sapa lewat nih. Ish ish ish. Sekali. Dia ajak balik rumah daa... Dah pesan awal. Kalau nak balik cakap awal-awal. Tak lah berbondong datang berbondong balik. Kekeke. Si ici masih lam mood mama chang dia lagi. OTW back ke STF singgah pizza hut. Tapau yang kawan dia kirim sekali. Jangan maraa... gambo stf sekepin je. Tu pun berbalam di belakang mama chang ici. Kekeke.

Abam Sarip Dol yang gangster

Imej
Abam Sarip Dol yang gangster. Amacam? Ada hensem ka? Ada garang ka? Hehehe. Selambe jer lepak kat atas kereta. Perghhh... Hero ni beb.

Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89

Imej
Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89. DAULAT TUANKU! Allah lanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan & Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-89 Sembah Takzim dari kami Rakyat Kedah --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Wisma Persekutuan, Johor Bahru

Imej
Wisma Persekutuan, Johor Bahru. Ada sedikit urusan perlu diselesaikan sekejap pagi tadi. Sesambil jenjalan dari tempat parking. Jenuh snap sana sini. Hehehe. Best kempen dipacak depan tangga dia.

Fiqri jadi Mama Chang

Imej
Fiqri jadi Mama Chang. Mama Chang tu panggilan ici pada mama musang. Watak yang mama create untuk takutkan dia. At last. Dia guna balik untuk takutkan orang lain. Siap auummm gitu. Hahaha. La ni. Dia takutkan bai carpet pulak. Kes ada bai acah acah nak amik elephant dia masa kat tesco bukit indah bebaru ni. Ici. Ici.

Jenjalan Santai : Berbasikal keliling kampung

Imej
Jenjalan Santai : Berbasikal keliling kampung. Kalau ikut. Aku ada agenda lain jugak. Dah lama tak rakam gambo keliling kampung pakai SJ4k. Sekaligus. Nak bawak kebudaks yang dah lama tak cycling. Tapi. Disebabkan ici takut nak duduk belakang. Sampai ke sudah dia duduk atas pangku cam gambo aku nih. Memang semua tak jadi kenyataan la. Tu lum cerita adik inaz tak berani nak bawak iqi. So. Semua naik basikal dengan aku. Adik inaz ja bawak solo. Dari segi picas. Melepas la. Dari segi pusing keliling kampung. Dapat la aku pusing seround semua jalan. Iqi masih tak puas hati. Seround ja bah. Tunggu jemaat sabtu depan pulak. Pastikan bangun awal kalau nak ronda lama. Satunya sebab matahari dah naik. Paneh beb. Keduanya. Kaki aku dah mula menangkap. Kekeke. Baru seround kot. Lama tak exercise. Ni baru nak mula semula. Tunggu minggu depan yer.

Jenjalan Santai : Tomyam Eton @ Medan Selera Yong Peng

Imej
Jenjalan Santai : Tomyam Eton @ Medan Selera Yong Peng. Ni kisah lepas. Singgah sini. Makan. Layan 7 hari mencintaiku episod 27. Episod kedua akhir. Boleh tahan makanan kat sini. Tempat dia cool. Siap ada sound system keliling gerai. Marbeles ahh.

Gebooz Gedikz : With Tokey

Imej
Gebooz Gedikz : With Tokey. Adik Inaz selaku tokey rasmi gebooz. Siap selfie sesama tu. Kekeke. Dah makin beso si gebooz nih. Mendadak tul naik body dia.