Sekatan baru

Sekatan baru. Hmmm... Gini la pulak jadinya. Padahal boleh dikatakan FB adalah satu medium terbaik yang aku temui paling berkesan dalam pengkolaborasian. Ada fungsi kumpulan (group), laman (pages) dengan pelbagai fungsi tambahan yang dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh guru. Aku sendiri dah lama menggunakan kedua dua fungsi ni dalam pengkolaborasian. 


Sekarang ni facebook dah jadi satu medium yang digunapakai hampir di seluruh Malaysia. KPM sendiri ada laman Facebook, GM1M, malahan agensi-agensi berkaitan; malah PM kita sendiri pun aktif. Kumpulan juga aktif, SPS Malaysia, FrogVLE. Cuma apa yang penting kita kena pandai gunakan dan didik pengguna untuk tahu cara penggunaan yang betul. Tindakan menyekat bagi aku semacam satu penyelesaian jangka pendek (sekiranya ada). 

Tanpa sebarang notis dan makluman rasmi sebegini, takut lain jadinya aje. Cam pepatah Inggeris menyebut, If you can't beat them, join them. Dan, jangan lupa join dan ubah pengguna ikut acuan kita. Hmmmm.... Orang lain berlumba lumba mengejar arus teknologi, kita pulak cam jadi terbalik la pulak. Bagi aku, sikap yang perlu dididik. Hmmm.. panjang pulak celoteh pagi ni. Apapun... ini cuma sekadar luahan peribadi dari aku sendiri. Apa pandangan anda? 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam