Catatan

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Sunat Subuh Lebih Baik Dari Seisi Dunia

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Sunat Subuh Lebih Baik Dari Seisi Dunia عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا Daripada 'Aisyah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Dua rakaat sunat fajar (sebelum solat fardhu subuh) lebih baik daripada dunia seisinya." (HR Muslim No: 1193) Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Keutamaan solat sunat dua rakaat sebelum fardhu subuh lebih baik daripada dunia seisinya. 2.  Solat sunat subuh hanya  dilakukan setelah terbit fajar subuh. Dianjurkan solat tersebut di awal waktunya dan dilakukan dengan dua rakaat yang ringan. Inilah pendapat Imam Malik, Imam Syafi’i  dan jumhur ulama  seperti yang dicatat dalam Syarh Shahih Muslim.. 3.  Jika solat sunat sebelum subuh lebih baik daripada seluruh isi dunia ini, apatah lagi solat fardhu subuh yang kelebihannya lebih baik daripada itu. Ayuh kita rebut peluang memelihara solat subuh dan solat sunat sebe

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tanda Kebahagiaan dan Kecelakaan

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tanda Kebahagiaan dan Kecelakaan عَنْ إِسْمَاعِيلَ  بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ  عَنْ أَبِيهِ  عَنْ جَدِّهِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ  وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ  وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ  وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ  وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ  وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ  وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ Daripada Ismail Muhammad Bin Sa’ad Bin Abi Waqqas daripada ayahnya daripada datuknya. Datuknya (Sa’ad Bin Abi Waqqas) berkata : Rasulullah SAW bersabda: 4 tanda kebahagiaan. Isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang elok. Manakala 4 tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang teruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.” (HR Ibnu Hibban No: 4032) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Empat tanda kebahagiaan di dunia a.  Isteri yang solehah i

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Segerakan Apa Yang Perlu Disegerakan

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Segerakan Apa Yang Perlu Disegerakan عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ يَا عَلِيُّ ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا الصَّلَاةُ إِذَا آنَتْ وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا  Daripada Ali bin Abu Thalib bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepadanya: "Wahai Ali, ada tiga perkara jika tiba waktunya tidak boleh ditunda-tunda, solat jika telah masuk waktunya, jenazah jika telah hadir untuk disolatkan dan wanita jika telah datang jodoh yang sekufu (sepadan) dengannya." (HR Tirmidzi No: 1075) Status: Hadis Sahih Pengajaran: Tiga perkara yang perlu disegerakan oleh setiap orang Islam apabila sampai waktunya iaitu: 1.  Solat fardhu perlu disegerakan jika telah masuk waktunya (kerana kematian boleh berlaku bila-bila masa) 2.  Jenazah perlu disegerakan urusan pengkebumian 3.  Perempuan yang telah ada lelaki yang sekufu (sepadan) yang ingin berkahwin de

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ucapkan Alhamdulillāh

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ucapkan Alhamdulillāh عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ Daripada 'Aisyah RA, kebiasaannya Rasulullah SAW jika menyaksikan hal-hal yang baginda sukai, baginda mengucapkan “Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmus solihat” (segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh sempurna). Sedangkan jika baginda menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan baginda mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal“ (segala puji bagi Allah atas segala keadaan)” (HR Ibn Majah No: 3803)  Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW adalah contoh ikutan yang paling baik.  2.  Rasulullah SAW mengajar kita ucapan terpuji apabila melihat atau menerima suatu berita atau perkara yang kita sukai, maka  ucapkanlah kalimah:  الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Amalan Pintu Kebaikan

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Amalan Pintu Kebaikan عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ  Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun (qiamullail) di malam hari. (Musnad Ahmad No: 21628). Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Hasan Pengajaran: 1.  Nabi SAW  menyampaikan pesanan tentang pintu-pintu kebaikan kepada umatnya iaitu Ibadat puasa, sedekah dan qiamullail. 2.  Pintu kebaikan pertama ialah Ibadat puasa. Puasa menjadi benteng atau perisai kepada seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjal

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Amalan Syaaban Menghadapi Ramadan

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Amalan  Syaaban Menghadapi Ramadan عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَا Daripada Abu Salamah bahawa 'Aisyah RA menceritakan kepadanya, katanya: "Rasulullah SAW tidak pernah melaksanakan puasa lebih banyak dalam sebulan selain bulan Syaaban, ada kalanya baginda melaksanakan puasa bulan Syaaban seluruhnya. Baginda bersabda: "Lakukanlah amal-amal yang kalian sanggup melaksanakannya, kerana Allah tidak akan berpaling (dalam memberikan pahala) sampai kalian yang lebih dahulu berpaling (dari mengerjaka

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Syaaban dan Puasa Sunat

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Syaaban dan Puasa Sunat عَنْ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ Daripada Usamah bin Zaid dia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW; "Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda bersabda: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah Rab semesta alam. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa". (HR an-Nasai No: 2317) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Bulan Syaaban, bulan paling banyak Rasulullah SAW berpuasa sunat berbanding bu

The Colours of Life - Tahun Baharu Cina 2024

Imej
The Colours of Life - Tahun Baharu Cina 2024. Selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua pengunjung terutama yang berbangsa cina. Semoga perayaan di tahun naga kali ini membawa penuh kebahagiaan, lebih banyak kejayaan dan rezeki yang bertambah.  ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #IniStyleKita #fyp #cny2024  ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#Samsung‬ ‎#DJI #Fujifilm #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Perbanyak Puasa Sunat Dibulan Syaaban

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Perbanyak Puasa Sunat Dibulan Syaaban عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ صَامَ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ أَفْطَرَ وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلَّا قَلِيلًا Daripada Abu Salamah ia berkata, saya pernah bertanya kepada Aisyah RA tentang puasa Rasulullah SAW, maka ia pun berkata; Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami mengira bahawa baginda akan puasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak puasa) sehingga kami mengira baginda akan berbuka (tidak puasa) terus-menerus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. Bag

The Colours of Life - Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024

Imej
The Colours of Life - Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024. Selamat bercuti bersama keluarga tersayang. Sentiasa jaga keselamatan dan gunakan masa dengan bijaksana dengan mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat.  ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #IniStyleKita #schoollife #cutiakhirpersekolahan #fyp ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#Samsung‬ ‎#DJI #Fujifilm #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience