Catatan

FeiyuTech Smartphone Gimbal VLOG Pocket

Imej
FeiyuTech Smartphone Gimbal VLOG Pocket. Hehehe. Dah sampai dah. Sakan tul bulan ni yer.. Sempat ngetest biase biase. Nanti nak bawak gi pendas katanya. Sekali lari plan la pulok. Takpe. Apapun, memang mudah pakai mender ni. Ada dua video sekali aku taruk untuk tutorial ringkas. Layan aje le. ps : henpon pulak rasa cam resakse letak kat mende ni. Haissshhh.

Lukisan Ici

Imej
Lukisan Ici. Semalam ajar ici melukis. 3 karikatur; Ici, Upin dan Ipin. Dia amik lukisan tu dan lukis semula kat kertas kosong lain. Perrgghhh. Memang layan. Pastu dia minta lukiskan Pikachu. Aku suruh dia try lukis berdasarkan apa yang dia nampak, apa yang dia ingat. Hasil dia boleh tahan. Hari ni balik rumah, dah penuh dinding. Semua ada. Yang paling tak tahan, abah siap pegang rotan. Kakaka. Apa yang dilukis adalah apa yang dia kenal pasal benda tu. Nasiblaaa...

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 21 Oktober 2019. Isi semula on 31 Oktober 2019. Petronas Nusa Perintis. RM78.87, 37.916 liter bawak ke 508.6 km.

With our new boss

Imej
With our new boss. Tahniah dan syabas kepada Tn Hj Shaharuddin bin Saari atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Perjumpaan pertama kami tadi. Seorang lagi untuk melengkapkan kekuatan sektor. Chaiyok!

Ziarah Mak Yang

Imej
Ziarah Mak Yang. Tetiba lepas maghrib dapat call. Mak Yang n famili nak singgah jap. Kebetulan diaorang turun Johor. Lepak lepak layan Moana kat Channel 5 sambil borak borak. Team kebudaks semua kat tv utama. Layan beb. TQ mak yang n famili singgah santai hari ni.

Recovering Mode

Imej
Recovering Mode. Pagi Sabtu. Bangun dah lain macam rasa kaki aku. Kaki kiri. Nampaknya rasa dari hari Khamis tu betul. Merayap jap naik kereta. Masih boleh bawak. Sekali aku turun dari kereta. Perrgghh. K. Better duduk aje la dalam kereta. Semak jap samsung health. Sahih. Jemaat aje memang over abis aku nyer pergerakan hari jemaat tu. Nasib badan la kan. Petang sikit, dah makin tebal rasa sakit tu. Better kena cari ubat. So. Tido aje la dua hari ni. Harap esok makin OK. Macam kena fikir semula untuk ke Muar hujung minggu depan. Nak jadi apa kalau cuti asyik dihabiskan dengan makan ubat dan tido aje.

Jelajah Pendidikan KPM 2019 Batu Pahat : The Beginning

Imej
Jelajah Pendidikan KPM 2019 Batu Pahat : The Beginning. Semalam memang ada sengal sikit kat pergelangan kaki kiri. Pagi ni dah ok sikit. Seawal pagi akan bergerak ke The Summit Batu Pahat untuk bertugas di sana. Semak TNG dulu. Ngam dedua. On the way singgah Ikhwan Cafe dulu. Hari ni makan mee goreng dengan telur. Konsep hari ni makan la apa pun, bayar ikut keikhlasan. Dan yang aku dapat, actually; kita makan free dan disuruh bersedekah, sebab duit yang dibayar ikhlas tadi disalur terus kepada badan yang terpilih. Hmmm... Lepas ni aku pun nak buat something yang lebih kurang sama. Tungguuu... So. Teruskan perjalanan dan tiba ke Summit. Team urusetia yang lain pun dah ada. Diaorang tidur kat sini dari semalam. Aku je yang baru sampai sebab aktiviti semalam di RTM dan aku perlu jaga kaki dulu. Daripada aku sampai semalam dan kaki terus jem dan tokleh buat apa-apa, baik la aku rehat dulu dan tiba fresh. OK. Balik ke cerita jelajah. Pagi ni bermula banyak aktiviti. Zumba. Bercerita. Mew

Temubual Eksklusif Program Jelajah Pendidikan KPM 2019 Johor FM

Imej
Temubual Eksklusif Program Jelajah Pendidikan KPM 2019 Johor FM. Bersama team promosi hari ni mengiringi Pengarah ke konti Johor fm untuk sesi temubual eksklusif. Banyak penambahbaikan dah dibuat. Dah siap dengan peralatan dan team untuk live streaming. Memang marbeles. Terbaeekkk!!!!

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019. Perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Sektor Pembangunan Murid dengan tema Bulan Sukan Negara. Selaras dengan tema, pelbagai aktiviti melibatkan kecergasan telah disusun dari awal pagi. Program dimulakan dengan senamrobik di Dewan Jauhar. Semua warga seterusnya naik ke Dewan Seminar dengan menaiki tangga. Boleh tahan la. Sib baik setiap aras ada ditampal bacaan motivasi. Sampai aje di Dewan Seminar sesi cool down pula mengambil tempat sebelum majlis bermula. Memang terbaeekkk!!!! Akhirnya terlerai persoalan siapa Timbalan Pengarah Perancangan yang dilantik dan diserahkan arahan penempatan dalam majlis perhimpunan kali ini. Tahniah Tuan Haji Shaharuddin bin Saari atas pelantikan. Semoga kecemerlangan Johor diteruskan. Tahniah pada urusetia kali ini. Next ... Sektor Pembelajaran.

Setting up the new environment : The continuity

Imej
Setting up the new environment : The continuity. Sektor baharu, cara kerja baharu, team baharu; banyak penambahbaikan perlu difikirkan dan dilaksanakan. Yang pasti, banyak perbincangan perlu dilaksanakan. Satunya, kena tambahbaik sistem pengumpulan dan penggunaan data. Fasa satu dah selesai. Pembinaan dan pengumpulan bakal dilaksanakan. Keduanya, kena upgrade sistem paparan kat tempat aku. Banyak order barang, tunggu the last barang ja sampai ni. HDMI switcher. Lepas ni mudah sikit berbincang dengan client. Tak payah tukau tukar kabel paparan lagi kan. Nak buat rakaman dari TV pun dah mudah. Layannn.