Catatan

Perbincangan Teknikal Cashless @ Johor

Imej
Perbincangan Teknikal Cashless @ Johor. Sedikit perbincangan berkenaan teknikal bersama dengan wakil syarikat. Kita tunggu running pilot on Oktober. All the best! Sempat en firdaus posing last bersama wallpaper yang bakal tinggal kenangan terindah.

Baju Korporat Survey @ Jakel

Imej
Baju Korporat Survey @ Jakel. Lepas bengkel tadi ada si Roslan cerita pasal Jakel pun ada buat tempahan untuk baju korporat. Selesai bengkel, masa lunch kami gerak ke sana. Kalau OK boleh la mula tempah untuk diri sendiri kan. Aku yang ada dua pasang pun dah mula berbulu pasal asyik ulang pakai aje setiap minggu. Sampai. Manager takde. Solat jap. Kami tunggu jap kat luar. Datang pulak si Mawi ni nyanyi depan kitaorang. Dulu dia dikenali sebagai Awie kat Angsana. Selalu nyanyi depan kedai kaset tu. Alhamdulillah. Dalam 1.30 manager dah ada. So. Kami gerak ke atas untuk perbincangan awal. Dia amik tempahan untuk 100 pasang ke atas. Hmmm.. Baru tengok material dan nak tanya harga, dia dah kena cari orang lain pulak. Tunggu lagi. Dah sampai 1.45 pm masih lum sampai. Gerak aje la tinggal. Nak buat camne dah nak masuk kerja. Haisshhh. Takde rezeki gamaknya.

Lunch @ Azinur, Taman Ungku Tun Aminah

Imej
Lunch @ Azinur, Taman Ungku Tun Aminah. Sepagi dok menumpu bab fungsi baharu. Tengah hari ni memang si Mustakim buat spoil. Ajak lunch kat Azinur la pulak. Dah barai puasa aku kakaka. Makan macam biasa cuma si mus gatai tambah kepala ikan. Masak dia nak ngabihkan sebeso tu sensorang. Balik. Sambung riki dan rancang bilik.

Bengkel Kerja Penyelenggaraan ICT Sekolah Johor 2019

Imej
Bengkel Kerja Penyelenggaraan ICT Sekolah Johor 2019. Bengkel kerja terakhir bersama semua team PPP ICT. Alhamdulillah. Semua dokumen berkaitan berjaya diuruskan untuk semua daerah di negeri Johor. Terima kasih pada team F atas sedikit majlis di penghujung bengkel. Semoga kerjasama dan hubungan erat ini berkekalan dalam meningkatkan kualiti pendidikan negeri Johor.

Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2019

Imej
Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2019. Alhamdulillah. Kini tiba giliran bagi semua pegawai dan AKP, selain Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mana telah selesai minggu sebelumnya. Selesai semua arahan penempatan untuk semua pegawai dan AKP bagi Sektor Pengurusan Maklumat. Kebanyakannya kekal di tempat dan portfolio yang sama. Teruskan kecemerlangan.

Bengkel Technology Update bagi Projek Talian 2*2Gbps Pusat Data Enstek Bil.2/2019

Imej
Bengkel Technology Update bagi Projek Talian 2*2Gbps Pusat Data Enstek Bil.2/2019. Bengkel bilangan 2 ni dijalankan di Johor bertempat di Hotel Jen, Iskandar Puteri. Walau pada asalnya nama aku yang tercalon, tapi bagi mengurangkan kadar kecairan maklumat; aku suruh en Firdaus yang hadir memandangkan aku sendiri pun dah bertukar portfolio. Hari last Ahad lepas, en Firdaus ajak aku hadir sama semasa penutup. Dapat la beramah mesra bersama team BPM KPM. Terima kasih atas kesudian melaksanakan siri bengkel ini di Johor.

Walimatul Urus : Atika & Arif

Imej
Walimatul Urus : Atika & Arif. Wawasan 2. Best pulak makan daging black pepper ni. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua pasangan mempelai, Atika & Arif. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Program Kecemerlangan Matematik SPM 2019

Imej
Program Kecemerlangan Matematik SPM 2019. Hari ni bawak budak gi program kecemerlangan matematik kat SMK Taman Tun Aminah ngan mama. Anjuran PPDJB dengan kerjasama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Dua cikgu, lapan budak. Sampai aje dah jumpa rakan-rakan lama kat sini. Ni la dia kebudak math UTM satu batch satu ketika dulu. Si Nizam pun ada sekali. Kakaka. Dah jadi majlis reunion ke gapo ni. Si Maini jadi fasi. Last aku jumpa berdepan masa dia masih kat Sains Sabah. Masa tu dia jadi cikgu data. Yang lelain tu memang la selalu jumpa pasal semua kat skudai aje. Layan... Belajo kat skudai, ngaja kat skudai, program pun kat skudai. haisshhhh... tak berkembang tul. Hahahaha

Sekolah Tun Fatimah : 20190823 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190823 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap McD. Nak extra spicy punya pasal masuk order kat dalam. Nunggu la setengah jam. Dah lain tul rupa dia rupanya. Asyik dok drive thru aje selama ni kan. Sampai STF kami lepak kat cafe. Hmmm. Leh tahan jugak la rasa dia. makan sambil borak pasal pelajaran. Balik. Hmmm... Paham-paham aje la.

Meronda Jumaat : Gelang Patah

Imej
Meronda Jumaat : Gelang Patah. Meronda macam biasa hari cuti. Belanja bulan dulu di Mydin Anjung Nusajaya. Tenang bila gi seawal pagi gini. Setel jap ja. Terus gerak ke Pendas Laut. Nengok la apa rezeki yang ada. Singgah jap kat Restoran Nelayan pekena roti canai sebelum pulang.