Catatan

Jenjalan Cari Makan : Talib's Cafe, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Talib's Cafe, Johor Bahru. Singgah makan lunch kat sini. Boleh tahan lauk dia. Terbaeekkk!!!! Buka siang aje. Tempat dia sangat cozy dan hipster. Yok.

SKMM Johor : Perkongsian Pintar

Imej
SKMM Johor : Perkongsian Pintar. Sedikit perbincangan berkenaan gerak kerja 2019. TQ SKMM atas kesudian bekerjasama. Kita upkan sikit kepada warga pendidikan di peringkat pengurusan pula. Moga ada sinar yang lebih gemilang bermula tahun ni. Banyak juga sebenarnya yang kita masih belum arif di dunia maya ni hasil perbincangan awal ni. Kita nantikan perbincangan seterusnya.

Brother 3-in-one Color Printer DCP-T310 : Welcome back, Brother!

Imej
Brother 3-in-one Color Printer DCP-T310 : Welcome back, Brother! Akhirnya. Setelah hampir 1 tahun lebih pakai canon, kami kembali jadi pengguna Brother. Print, Scan & Copy. Kos rendah dengan cetakan berkualiti Ultra-high 6500 mukasurat bagi sebotol ink hitam atau 5000 mukasurat bagi ink warna.Ada kelebihan zoom copy dan Borderless printing. Harga yang aku dapat adalah RM519 di Cytech Taman U. OK la kan. Harap dia akan bertahan lama macam abang-abangnya dahulu. Terbaeekkk!!!!

Sekolah Tun Fatimah : 20190112 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190112 Lawatan Hujung Minggu. Mulanya nak keluar outing. Sekali. Masa nunggu inaz selesai sekolah darjah khas iqa call pesan barang sahaja. Sibuk dengan minggu orientasi murid Tingkatan 1. Dah nama pun High Comm. Singgah talent jap tapau alat tulis dan KFC tapau makanan yang dipesan. Terus ke STF. Sempat la ngendeng tulisan I💓STF tu. Jumpa iqa kejap aje. Ada program ngan Tingkatan 1 katanya. Sempat borak kejap, bagi barang dan dia gerak semula ke asrama. Bagusla. Dah mula kenal erti tanggungjawab dan kepimpinan. Asalnya dari awal kami suruh dia jadi pengawas. Tapi dia sibuk ngan band masa tu. Interview pertama pengawas dah kena buat pilihan samada nak teruskan interview atau nak gi latihan band. Hehehe. Cerita lama terkenang kembali. Apapun. All the best iqa! 

Sekolah Agama Gelang Patah : Taklimat Minggu Ukhuwah Sekolah & Ceramah Keibubapaan Murid Darjah Khas 2019

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : Taklimat Minggu Ukhuwah Sekolah & Ceramah Keibubapaan Murid Darjah Khas 2019. Alhamdulillah. Selesai pendaftaran pagi ni. Teruskan kecemerlangan, inaz!

SMK Taman Nusajaya : Majlis Perpisahan Pengetua

Imej
SMK Taman Nusajaya : Majlis Perpisahan Pengetua. Foto mama ketika majlis dibuat di Hotel Holmes, Gelang Patah. Haji Ali bertukar ke SMK Kayu Ara Pasong, Pontian. All the best!

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Ahmad Adfi

Imej
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Ahmad Adfi. Actually aku tak dapat bersama dalam majlis ni. Minggu ni memang pack. So. Aku bawak dia keluar di awal minggu. Gi makan chicken chop special kat Selera Johor la apa lagi. Early majlis gitu. Hari Khamis ni hari last adfi berada di sini. Waktu lunch kami adakan sedikit majlis untuk meraikan adfi yang dah berjaya menamatkan sesi latihan bersama kami. Good luck Adfi! Semoga apa yang dipelajari sepanjang bersama kami di sini dapat dipraktikkan dengan sebaiknya ketika di alam pekerjaan sebenar kelak.

Bengkel Verifikasi dan Taklimat Pelaksanaan Sub Modul Infrastruktur Data bagi EMIS

Imej
Bengkel Verifikasi dan Taklimat Pelaksanaan Sub Modul Infrastruktur Data bagi EMIS. Kami memilih untuk jalankan taklimat dan verifikasi bertempat di salah sebuah sekolah yang terlibat. Tujuannya mudah. Supaya selepas tu kita dapat terus tengok lokasi bersama. Terima kasih pada unit pembangunan yang turut serta dalam bengkel kali ni. Kita mulakan dengan sarapan pagi di lokasi glamer di Kulai. Apa lagi kalau bukan Nasi Lemak Wak Kentut. Kekeke. TQ team PKG belanja makan. Selesai sarapan kami berpecah. Team ICT ke PKG dan team maklumat ke sekolah. TQ tuan pengetua belanja sarapan lagi di sekolah. Moga murah rezeki. Sesi taklimat pengisian dimulakan dan disambung dengan perbincangan bersama unit pembangunan. Kami seterusnya melawat kawasan terutama kawasan yang ditagging jingga dan merah untuk diverifikasi bersama dengan team pembangunan. Alhamdulillah. Kerjasama yang sangat memberansangkan dari pembangunan. Selesai je kami amik late lunch kat Briyani Roket. Aku pun meraba juga cari lok

Belasungkawa Nenek Yang

Imej
Belasungkawa Nenek Yang. Tengah hari tadi dapat call dari mama. Nenek Yang, Rukiyah binti Benu telah kembali ke rahmatullah around jam 12.30 tengah hari tadi pada usia 104 tahun. Innalillahiwainna ilaihirojiun. Semalam sempat melawat nenek yang bersama mama. Nenek dah makin uzur. Sesambil bincang ngan abang izad, pak busu dan cik mis. Dapat berita dari mama, terus gerak balik ke Gelang Patah. Selamat dikebumikan selepas asar tadi. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

Spa Bekam Ar Rayyan

Imej
Spa Bekam Ar Rayyan. Biasanya aku gi buat untuk kaki aje. Ngam dua bulan, kali ni kita ubah sikit. Satu body. Perrgghhh. Rasa rimas pulak sebab satu badan rasa tegang nak gerak masa kena bekam. Dah penuh belakang kan. Hehehe. Orang dah biasa gerak gerak sekali kena dok kaku aje. Harus la rimas kan. Tapi lepas selesai tu memang best la. Terbaeekkk!!!!