Catatan

SMK Sri Tebrau : Modul Infrastruktur - Lawatan Kunjung Bantu

Imej
SMK Sri Tebrau : Modul Infrastruktur - Lawatan Kunjung Bantu. Kami turun ke sekolah untuk menyemak penambahbaikan sistem yang dibuat di samping melihat secara terus pengisian sekolah. Terima kasih atas kerjasama. Sempat meronda bersama melihat blok yang ditagging pada skala tinggi. Lepas ni kita akan jumpa semua PPD pulak.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 21 Disember. Isi semula on 7 Januari 2019. Petronas Nusa Perintis, Gelang Patah. Hasil RM76.79 for 435.4 km melibatkan 39.788l minyak. 18 hari. 1 liter lebih kurang 11++ km. Layan.

Jenjalan Cari Makan : Kafe Ali Pathiri 86, Bandar Baru Uda

Imej
Jenjalan Cari Makan : Kafe Ali Pathiri 86, Bandar Baru Uda. Hari ni kami makan lunch kat sini. Memang best kari dia. Ayam goreng pun sama. Sekali leh lepak ngan tokei dia. Dia belanja makan Pathiri. Pergghhh! Rasa dia memang terbaeekkk!!!!lah. Nak kata tosei bukan, chapati lagi bukan. Cicah kuah kambing yang pedas datang kendian memang heaven la. Kekeke. Dengan baki ayam goreng pun aku tibai cicah kuah kambing tu. Masa keluar nengokkan barisan panjang kat gerai Bomboloni Gebu Gebas. Katanya baru bukak tapi dah viral abesss. Macam big apple pun ada jugak tu. Tunggu dah tak viral sangat nanti la aku beli. Kekeke.

Back To School Altogether

Imej
Back To School Altogether. Alhamdulillah. Hari ni semua dah naik ke sekolah. Completely. Mama pun dah OK. Cuma masa aku balik tadi mama ada mengadu terasa sakit sikit. Soalan pertama aku adalah, angkat barang berat ye? Sahih. Dan ditambah lagi dengan mengajar berdiri sepenuhnya. Hmmm. Kena la slowly. Dalam proses recovery lagi kan. Ici ja yang tak bergambar sebab moody sikit tak mau gi school katanya. Hehehe. Nak school ngan abang je. Dia ingat leh main sesama gamaknya tu macam kat rumah. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sekolah Tun Fatimah : 20190105 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190105 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap lunch bersama. Tahun ni iqa a bit sibuk. Pengawas, high comm, VEX. So. Tokleh lelama. Tokleh selalu sangat dah macam sebelum ni. All the best iqa!

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 9 Disember. Isi semula on 5 Januari. Hasil RM61.95 for 348.7 km melibatkan 32.098l minyak. 28 hari. Lebih kurang 11km per liter. Harga minyak dah turun. Harga barang? Takde sapa nak turunkan? Kita tunggu la nanti bila minyak naik, harus la masa tu semua pakat buat alasan harga minyak naik jugak kan.

Ici

Imej
Ici. Sekarang ni tengah pantang, pantang nampak kamera. Kekeke. Layan aje ler. Boboiboy katanya.

JPN Johor : 3 kehilangan dalam seminggu

Imej
JPN Johor : 3 kehilangan dalam seminggu. Awal Januari ni sahaja 3 kehilangan yang aku tempuhi. 2 bersara pilihan dan satu ditukarkan. 1 Januari, encik suhaimi; rakan lama sejak masuk JPN. Hari Isnin sempat menjamah jamuan khas di bilik dia. 2 Januari, puan Zulikha; rakan bersuara emas yang sentiasa jadi pilihan untuk majlis-majlis besar jabatan selama ni. 3 Januari, puan Besek, rakan sektor yang ditukarkan ke SPR. Tak dapat aku nak hadir ke majlis khas besek walau dari awal dah rancang dengan baik. Semoga ketiga-tiga sentiasa dirahmati dan selamat maju jaya dengan persekitaran baharu. All the best!

SK Pendas Laut : Lawatan Kunjung Bantu ICT

Imej
SK Pendas Laut : Lawatan Kunjung Bantu ICT. So. Tahun ni kami akan lebihkan lawatan kunjung bantu, sokongan kepada sekolah secara terus terutama dalam bidang ICT dan pengurusan data. Sekolah Kebangsaan Pendas Laut adalah yang pertama antaranya di Johor Bahru ni. Alhamdulillah. Dapat penyelesaian untuk sekolah ni. Lebih kepada reconfigure semula router dia actually. Cikgu ICT memang mantap membuat perancangan pengurusan ICT sekolah. All the best!

Jenjalan Cari Makan : Gerai Mee Udang Tiram Duku

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Mee Udang Tiram Duku. Pagi ni meronda kejap ke SK Pendas Laut untuk kunjung hormat dan melihat isu internet di sekolah tersebut. Singgah jap bersarapan di sini. Apa gamaknya aku nak makan ye. Semua makanan di sini berasaskan udang aje. At last aku minta Mihun sup telur aje. Alhamdulillah. Air. Macam biasa. 4 rasa. Sirap selasih laici lemon. Kekeke. Dah selesai sarapan baru kami gerak ke sekolah.