Catatan

Seminar Keselamatan ICT KPM 2018 : Off we go to Putrajaya

Imej
Seminar Keselamatan ICT KPM 2018 : Off we go to Putrajaya. Habis aje simposium terus shoot ke Putrajaya. Tu yang pagi tu sibuk dok godak agoda. Malam nak tido, paginya baru nak godak. Alhamdulillah. Dapat Pullman Lakeside dengan harga campur tax, servis bagai RM190 tanpa breakfast. Singgah jap Pagoh makan malam. Sambung jalan. Sampai lebih kurang jam 9.30 malam. Boleh tahan hotelnya. Nak cari pintu keluar dari lobby pun leh sesat. Kakaka. Siap dapat guide penuh. Lepak bilik. Mandi. Baru bukak telegram. Sekali. Si lan dok sebelah bilik je. Borak jap. Masuk. Telan ubat. Terus tido. Cerita penuh nanti ya lepas dapat kamera aku dari hairin. Leh tertinggal beb kat Muo. Haisshhh.

Simposium Memperkasa Infrastruktur ICT KPM Mendepani Cabaran Pendidikan Digital : Siri 5 - Johor

Imej
Simposium Memperkasa Infrastruktur ICT KPM Mendepani Cabaran Pendidikan Digital : Siri 5 - Johor. Alhamdulillah. Simposium Siri 5 KPM telah berjaya diuruskan dengan baik oleh semua team yang terlibat. Tahniah dan terima kasih pada semua. Anda memang terbaeekkk!!!! Kamera aku? Sekeping gambo je yang diambik sepanjang program. Hehehe. Jadi Floor Manager. Merata musing. Cari solution. Yang penting. Majlis lancar. Tu lum cerita sempat masuk agoda booking hotel. Hahaha. Next entry la cerita pasal tu ye.

Simposium Memperkasa Infrastruktur ICT KPM Mendepani Cabaran Pendidikan Digital : Johor Preparation

Imej
Simposium Memperkasa Infrastruktur ICT KPM Mendepani Cabaran Pendidikan Digital : Johor Preparation. Minggu ni merupakan minggu paling pack bagi aku actually. Dari Ahad sampai la ke Khamis. Penuh pengisian dengan pelbagai aktiviti. Kami bertuah kerana terpilih sebagai tempat terakhir Simposium ICT BPM ni. So. Persiapan dan persediaan akhir memang kena pecut pada hari Ahad tu memandangkan hari Isnin tu dah berlangsungnya acara besar ni. Pagi tu semua dah masuk ke Bilik Mesyuarat untuk semakan akhir persediaan sebelum kena all out dewan sebelah petangnya. Mana-mana isu yang masih ada dan jangkaan timbul kena diselesaikan. Petangnya TSUB dah sampai untuk melihat persediaan kami. Alhamdulillah. Semua dapat dibereskan dengan baik. Tunggu kemuncak keesokan harinya sahaja. All the best to all! Yang pasti, sampai rumah terus tertidur dan aku lupa sebab apa aku penat sangat hari tu.

Sekolah Tun Fatimah : 20181110 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181110 Lawatan Hujung Minggu. Keluar rumah si Phatah dok menggedik depan pintu. Nak bermanja la tu. Singgah KFC GP nak tapau. Sekali orang punya la ramai. Ubah hala ke KFC Larkin Sentral. Haaa... Aman sikit membeli belah. Singgah kafe makan dengan Iqa. Layan. Pakai kasut baharu. a bit tak selesa la pulak pada bahagian atas kaki. Jalan OK. Maybe kena banyakkan pergerakan sikit. Jadi lemas pulak kaki aku ni.

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181110 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181110 Progress. Simen beam dah mula masuk sambil diselia oleh penyelia handalan kita, Ici.

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181109 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181109 Progress. Tanah untuk tambak dah mula tiba.

Zana : 20181109 Ngetest Rumah Baharu

Imej
Zana : 20181109 Ngetest Rumah Baharu. Kebetulan. Bagi aje kotak kasut skechers kat zana. Takut takut dia. Mungkin takut tak mampu bayo harga apartmen ni gamaknya. Boleh la tu.

Johor Premium Outlet : Autumn Sale - Skechers Classic Fit

Imej
Johor Premium Outlet : Autumn Sale - Skechers Classic Fit. Actually. Ni benda awal yang bermain di minda bila mama ajak gi JPO. Hutang yang masih lum aku beli dari sesi fisioterapi aku. Ingat lagi dia kata pasal lapik kaki aku tu. Kalau saya, baik saya beli terus kasut. Hahaha. Nak buat camne. Lapik kaki tu aje pun dah 300++ harganya. Cari skechers kat JB semua takde saiz. Sampai aje JPO terus meronda sambil snap-snap. Masuk Skechers tengok-tengok kasut. Saiz paling kecik semuanya 7. Alamak. Sekali staf dia kata test dulu bang. Test. Ehhh.. Ngam ngam beb. Bila belek balik baru perasan. Skechers pakai saiz amerika. Bila convert UK dia jadi 6 jugak. Hahaha. Alhamdulillah. Harga? RM299. Ada less 20% lagi untuk kasut kedua. Ada rezeki jugak pakai kasut yang fisio aku soh pakai tu. Terus tukar dan pakai. Nanti Ahad baru tau efek yang mana seharian aku akan pakai. Korang nak tau berapa lama aku mencari ni? Orang yang paling kerap bertanyakan pasal hal kaki dan kasut aku tu adalah Cikgu Ha

Cumee Cumee : 20181109 Jangan Kacau Aku

Imej
Cumee Cumee : 20181109 Jangan Kacau Aku. Semalam si cumee cumee balik bawak boypren. Aku takde masa pulak nak bagi nama kat boypren dia ni. Tapi garang tul cumee cumee masa makan. Nak aje ditampo sang boypren yang cuba nak tumpang sekaki makan. Kekeke. Yang best sang boypren wat muka selenga ja. Hampes tul. Nasib la ko nak.

Zana : 20181109 The Newly Found Kitten

Imej
Zana : 20181109 The Newly Found Kitten. Tengah dok perati Sarip wat kerja tetiba dengar bunyi kucen. Alamak. ada kucen kena buang lagi ke. Sian. Bagi dia makan sikit. Letak kain sebelum keluar. Sejuk. Hujan lebat semalam.