Catatan

Top Eleven 2018 : MknACE 4eva Season 2 Status

Imej
Top Eleven 2018 : MknACE 4eva Season 2 Status. Selesai Season 2. Tak dapat top nampaknya kali ni. Cup masih dapat mengungguli. Champion League terkandas kat quarter finale. Sadis weh. Sesambil nunggu Season 3 kita pulun polish player la apa lagi. Dapat top scorer jugak si zizis ni.

Program Bersepadu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bersama warga pendidikan negeri Johor

Imej
Program Bersepadu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bersama warga pendidikan negeri Johor. Semalam. Program dijalankan bertempat di Dewan Seri Temenggong, IPG kampus Temenggong Ibrahim. Program bersepadu ni terdiri daripada sesi Bual Bicara dan Konsultasi. Kami dilibatkan untuk sesi bual bicara sahaja. Menarik. Yang paling best, dapat jumpa rakan-rakan lama.

SK Taman Nusa Perintis : Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan UPSR 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan UPSR 2018. Semalam, majlis mengambil tempat di Masjid An-Nur, Taman Nusa Perintis 1. Aku tiba a bit late, selepas selesai solat Maghrib. Buka puasa dan solat dulu di rumah. Sampai dah berderet kereta. Turunkan mama dan inaz dulu dan aku merayau jap cari parking. Sampai. Ngam-ngam sebelum bacaan yasin. Alhamdulillah. Solat isya' dan diikuti dengan solat hajat selepas tu. Semoga anak-anak dipermudahkan segala urusan semasa peperiksaan berlangsung minggu depan. Terima kasih atas sediaan jamuan Nasi Ayam Penyet selepas selesai majlis. Moga dimurahkan rezeki.

Cinet : 20180921 Merayap Meronda

Imej
Cinet : 20180921 Merayap Meronda. Sakan dia meronda. Kami pakat meronda ke kedai cik ani. Dia merayap mengikut. Si Cumee Cumee perati je perangai dia dari belakang.

Syafinaz New Spectacles

Imej
Syafinaz New Spectacles. Nampaknya. Angah yang ikut jejak langkah aku dulu. Tapi aku dulu teruk abis. Sampai tak boleh tengok cahaya langsung. Inaz dia just ngadu tak nampak tulisan kat papan hitam. Singgah jap kat Vision di Gelang Patah untuk checkup. Harus la kena buat. Alang-alang aku pun check sekali. Yakin. Dua-dua ada masalah. Inaz rabun jauh dan aku rabun dekat. Aku buat dia punya dulu. Suruh dia pilih yang paling dia suka. Sementara aku gi draw duit, rupanya semuanya dah selesai. Tak dapat la aku full photo review. Ish ish ish. Kena RM368. Siapnya pada 18 September. Atuk jugak yang kena gi amik. Memang bukan rezeki aku nampaknya.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180915 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180915 Progress. Layankan aje. Setel down the cornice.

Sekolah Tun Fatimah : 20180915 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180915 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap pizza hut tapau pizza. Ici sibuk nak makan dari semalam. Sekali dia mintak KFC la pulak. Perrghhh. Setel. Gi lepak STF borak borak. Nampaknya 29 ni ada majlis solat hajat. Sambung study reramai kat sini.

Walimatul Urus : Raikan Cinta Haziq & Shahira

Imej
Walimatul Urus : Raikan Cinta Haziq & Shahira. Semalam ke Dewan Dato' Onn untuk majlis ni. First time datang tempat ni. Sempat main kat taman permainan di sebelah dewan; sebelum masuk dan selepas keluar. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2018

Imej
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2018 kepada semua pengunjung blog. Sesungguhnya, keharmonian dan kesejahteraan yang di kecapi sejak sekian lama wajar dipelihara dan dikekalkan agar dapat terus dikecapi oleh generasi akan datang. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Meronda SeIskandar Puteri

Imej
Hari Meronda SeIskandar Puteri. Jemaat. Penat kaki lum selesai. Dua hari tawaf naik bukit turun bukit kat IPGKTI. Rasa cam tak sedap tul nak nekan minyak. Paginya ngantor angah gi tuisyen. Muka takde mood sebab katanya dah lewat. Cikgu silap tulis kat whatsapp. Rileks la. Bukannya sampai KL kot. Sekolah sepelaung je kot. Sampai pun lagi 5 minit nak jam 8. Kekeke. Terus ada senyum. Kekeke. Petang. Gi Bukit Indah cari mozek. Langsung singgah Mydin on the way back. Merayap kat situ. Konon nak main gelongsor. Sekali tutup daa. Singgah bazar. Banyak orang baharu nampaknya. Try test beli bihun sup utara. OK jugak kan. Mama kata dah ada pelanggan tetap dah pasni punya. Kekeke. Sesekali je pun.