Catatan

Jenjalan Cari Makan : Plaza Angsana, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Plaza Angsana, Johor Bahru. Kali ni lain sikit. Biasanya aku tumpu pada kedai. Tapi untuk kali ni aku terus masukkan for the whole building. Memang biasa aku gi makan kat medan selera dia pasal memacam ada kat sini. Target asal adalah nak ke Badan Bookstore. Alang-alang makan tengahari sekali kat sini. Macam biasa. Nasi Ayam. Mee Rebus Haji Wahid. Mee Goreng. Nasi Goreng Kampung jadi pilihan kami. Memang antara tempat kegemaran. Angah semua yang ada dia makan. Kesian. Dari pagi tuisyen. Balik terus jenjalan. Memang la kebulur kan. Selesai kat situ aku dan iqa ke Badan manakala mama ke Pappa Roti. Tapau lagi tu. Turun. Nengok semua dah kat surau. Zohor dulu. Kami yang tak dapat apa yang nak dicari kat Badan tu. Sebelum balik sempat lagi nyinggah i-coffee layan si bujang tu. Haiisshhh. Asal dia nak makan kan. Tu yang jadinya entry aku kali ni the whole building tu. Hehehe. 

Home Sweet Home Renovation : 20180318 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180318 Progress. Hari ni bermula cuti 3 hari aku. Tapi macam tak cuti jugak. Gi hantar angah ke kelas tuisyen langsung ke opis. Borak borak jap. Amik kamera yang aku tinggal. Terus shoot ke Pulai Perdana. Aku nak amik barang aku yang dah lama aku peram kat sini. Hood dapur. Sekali nengok ada dua. Satu Elba dan satu lagi Rubine. Amik sekali mainan lama iqa setong dan setong lagi pinggan mangkuk. Memang banyak khazanah aku yang masih aku peram rupanya. Kekeke. Lepak jap ngan izmeer. Amik napas. Tak sangka berat dan besar jugak bendanya. Rumah dah makin nampak rupa. Lepas ni dah mula masuk karen dan barang barang yang aku amik tadi. Layan.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kemuliaan Berdakwah

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kemuliaan Berdakwah عن أبى رافع قال , قال النبى صلى الله عليه وسلم لَأَنْ يَهْدِىَ اللَّهُ على يَدَيْكَ رَجُلاً خَيرٌ لَكَ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيهِ الشَّمْسُ وَغَرَبَتْ Dari Abi Rafi dia berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda: Jika ditunjukkan seorang manusia mengikuti jalan Allah melalui daya usahamu, ia adalah lebih baik daripada bersedekah dengan semua hartabenda dari naik matahari sehingga terbenam matahari  (HR At-Tabroni No: 18250) Pengajaran: 1.  Tugas setiap Muslim adalah mencontohi Rasulullah SAW untuk menyampaikan dakwah kepada orang lain. 2.  Tanggungjawab berdakwah, mengajak orang lain kepada jalan Allah dan menjauhi kemungkaran adalah tugas yang mulia yang ganjarannya lebih baik daripada dia bersedekah semua hartanya dari matahari naik hingga terbenam. 3.  Dalam hadis yang lain, daripada Sahal bin Sa'ad RA, Rasulullah SAW bersabda: فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِىَ اللَّهَ بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ De

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Bersifat Tawaduk

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Bersifat Tawaduk عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَإِنَّهُ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, itulah yang lebih baik supaya kamu tidak merendah-rendahkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu". (HR Tirmidzi No: 2437) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Memiliki sifat redha dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki adalah suatu yang dituntut. 2.  Buatlah perbandingan nikmat yang kita miliki dengan orang lain yang tidak memilikinya, nescaya kita akan sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang kita ada, tidak akan kecewa, sedih mahupun dengki pada orang lain. 3.  Elakkan dari  membuat per

Home Sweet Home Renovation : 20180316 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180316 Progress. Hari ni tak gi mana lagi .Baru nak amik mood cuti. Merayap jap ngantor angah gi tuisyen. Pastu baru mencari barang barang yang belum ada.

SPM 2017 Result : Analisa & Ranking SBP

Imej
SPM 2017 Result : Analisa & Ranking SBP. OK. Kali ni list masih tak berapa nak bagus lagi. Sampai sekarang aku masih belum dapat clear picture on SBP. Yang ada cuma Top ten SBP setakat ni. So. Kita up dulu yer. Nanti bila dah clear aku akanupdate dari semasa ke semasa. So. Kat sini ada 3 warna bagi SBP kami. Iqa kat STF. Alhamdulillah. Kali ni melonjak ke tempat pertama antara semua. Dan yang lagi dua ofkos la KUSESS tempat aku kerja dulu dan STJ tempat mama kerja. Nostalgia beb. Tempat pertama posting kan. Iqa pun memang membesar di KUSESS. Apa pun. Nanti bila dah clear aku akan update lagi. Foto dikongsi daripada UMNO Online. Senarai lain aku kekalkan dahulu dalam ranking 2016 ya setakat ni. Data diupdate kepada top 25 pada jam 3 petang. Data selesai diupdate sepenuhnya pada 18 Mac.

SPM 2017 result : Analisa & Ranking MRSM

Imej
SPM 2017 result : Analisa & Ranking MRSM. Ofkos la aku akan update pasal MRSM terlebih dahulu kan. Tun Ghafar Baba masih mengungguli carta kebangsaan. Beseri. Tempat aku dulu nampaknya ada peningkatan. Dah top 20 dah. Batch aku dulu top 5 kot. Semalam dok borak ngan geng lama. Macam tahun kita ja yang top 5 tu. Haisshhh. Mama punya Muar pun nampaknya masih terumbang ambing. Makin ke bawah. Apapun. Tahniah. Ranking ni just sebagai kayu ukur antara MRSM aje. GPM tu yang mencerminkan siapa anda. Yang pasti. Anda semua dah lakukan yang terbaik. Good job! Lupa pulak nak cop sekali : Foto daripada FB MRSM Tun Ghafar Baba.

Home Sweet Home Renovation : 20180315 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180315 Progress

Pelan Khas Unifi Mobile Guru : Pendaftaran Pek Jasa

Imej
Pelan Khas Unifi Mobile Guru : Pendaftaran Pek Jasa. Hari pelancaran Pek Jasa ni aku dah share pada semua pasal apa itu Pek Jasa melalui dokumen FAQ dan apa yang kami buat semasa Video Conferencing bersama Menteri Pendidikan. Hari ni sebelah petang. Atas hasutan jahat encik mus, aku gerak ke TM Point Pelangi. Tu pun setelah dapat confirmation daripada Puan Rahimah; yang aku boleh daftar Pek Jasa atas Streamyx aku, atas sebab memang kawasan aku memang bukan kawasan Unifi dan tak boleh upgrade lagi. K. Setelah borak dengan Puan Rahimah atas beberapa insiden yang melibatkan miscommunication berkaitan guru-guru yang datang maka aku akan share pada semua what exactly pelan ni dan apa yang korang kena ada masa daftar di TM Point. First of all aku bukan ejen TM. Dah kali ke berapa aku tulis dan sebut pun aku dah tak ingat. Banyak sangat. Aku berkongsi atas kapasiti aku hadir sama pada masa tu, aku berminat dengan tawaran yang diberikan dan aku nak berkongsi sebagai seorang blogger picisa

SPM 2017 : Majlis Pengumuman dan Sidang Akhbar Keputusan SPM 2017 Negeri Johor

Imej
SPM 2017 : Majlis Pengumuman dan Sidang Akhbar Keputusan SPM 2017 Negeri Johor. Hari ni aku lepak dekat depan laptop aje. Nyambil nyambil nengok infografik sementara nunggu foto-foto masuk dari Sekolah Tinggi Kluang. Sebelum jam 10 relaks aje. Lepas je waktu keramat tu, satu per satu; bukan. Sekali masuk 20. Sekali lagi masuk 30. Pergghhhh. Mula dah tak terlayan tangan ni. Hehehehe. Terus upkan aje infografik dan foto foto majlis. Tahniah Johor. Ada peningkatan ketara tahun ini. Tahniah pada semua khususnya pada semua guru dan calon SPM 2017. Tahniah!