Catatan

Yok Jenjalan : Mydin Mall Mutiara Rini

Imej
Yok Jenjalan : Mydin Mall Mutiara Rini. Hari ni baru berkesempatan ke sini. Terbaeekkk!!!! tempat dia. 3 Aras. Mydin ambil dua aras atas. Aras paling atas menempatkan barangan kering. Barangan elektrik, peralatan dan alat tulis. Baju memang banyak. Siap ada ruangan barangan RM2. Dapat la beli pak atan ici barang dua. Iqi macam biasa. Nak beli pistol. Belasah aje ler. Luas bangat. Penat aku jalan. Turun aras 1 menempatkan makanan dan kelengkapan diri. Aku dah lepak kat luar. Penat weh jalan. At last lepak kat Medan Selera aje. Menarik jugak tempat medan selera ni . Open air berbumbung. Yang ni yang korang nampak kalau dari jalan besar. Cuma memang spoil la. Maybe last la aku gi medan selera ni. Serius.

Home Sweet Home Renovation : 20180216 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180216 Progress. Cornice dah mula dipasang. Laluan tandas mula diselesaikan.

Sekolah Tun Fatimah : 20180214 Outing Bermalam

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180214 Outing Bermalam. Jarang berlaku camni. Cuti sempena Tahun Baru Cina, semua kebudaks dicutikan dari 15 hingga 19 Februari. So. Jadi luar biasa sikit sebab bukan hari Khamis cam biasa. Amik iqa dan bawak balik opis dulu. Lepak study depan aku gitu. First time keluarga aku dapat masuk tempat kerja aku. Lepas opis hour baru kami gerak balik. Yihuuu..

Edisi Januari : Iqi pulak

Imej
Edisi Januari : Iqi pulak. 28 Januari. Baru nak bertenang kes inaz. Sekali hari ni balik, iqi pulak dok nangis. Tersiat pipi muka. Jatuh kat sekolah masa balik. Kebudaks semua kata iqi jatuh, kepala pecah; berdarah. Aku dok perati je diaorang ni punya stail pelaporan. Kalau sakit je mesti sampai darah punya. Harus la cuak cikgu cikgu kan. Inaz hari tu muntah darah katanya. Haisshh. Memang harus dramatik laporan tu. Alhamdulillah. Minggu ni dah bebetul kering dah. Lama jugak bertempek mukanya ni. Hehehe. Hari hari sapu ubat dan tukar pembalut. Ex QM St John Ambulance pencen la katakan. Hahaha. Tapi memang tokleh lupa la kata-kata pelaporan kebudaks sekolah deme ni.

Edisi Januari : Pak Ngah @Columbia Asia

Imej
Edisi Januari : Pak Ngah @Columbia Asia. 27 Januari. Lama tul gambar ni terperam dalam dropbox. Mana taknya. Asyik masuk aje. Keluarnya slow slow. Nak tunggu cuti dan tak sibuk. Semalamnya alhamdulillah inaz dapat keluar wad. Tu pun penat lagi tu. Hantar iqa balik hostel. Singgah jap on the way back. Pak Ngah pun dah beransur pulih tu. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Masjid Jamek Gelang Patah : 20180216 Solat Jumaat

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20180216 Solat Jumaat. Menarik ceramah sebelum solat semalam. Banyak benda yang kita dah lupa. Bila ibadat hanya sekadar adat; sebab, kita sendiri pun tak sedar. Buat sebab dah terbiasa sedangkan ibadat itu ada niat dan dibuat dalam keadaan sedar. antara teguran berkenaan Islam hanya pada hari Jumaat sedangkan imarahkan masjid tu pada sepanjang masa terutama waktu getir; Subuh dan Isya'. Hmmm. Rasa macam nak buat FB live je minggu depan.

Gebooz Gedikz : 20180127 Habit

Imej
Gebooz Gedikz : 20180127 Habit. serius. aku dok perati je budak bulu sekor ni. Kalau aku letak baldi aje haram dia buat tak tau je. Once aku letak kaki, menggelumpur dia lari ke baldi dan minum air. Kata orang ada la rezeki tu.

Bengkel Pembugaran Media Sosial dan Portal Rasmi JPN Johor

Imej
Bengkel Pembugaran Media Sosial dan Portal Rasmi JPN Johor. 14 Februari. Tahniah pada semua yang hadir. Anda memang terbaeekkk!!!!

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Menghindar Hutang

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Menghindar Hutang عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ مُكَاتَبًا جَاءَهُ فَقَالَ إِنِّي قَدْ عَجَزْتُ عَنْ كِتَابَتِي فَأَعِنِّي قَالَ أَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلِ صِيرٍ دَيْنًا أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ Dari Ali RA, bahawa seorang budak mukatab (yang mengadakan perjanjian pembebasan dengan tuannya) datang kepadanya dan berkata; aku tidak mampu membayar pembebasanku, maka tolonglah aku! Ali berkata; mahukah aku ajarkan kepadamu beberapa kalimat yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepadaku, yang seandainya engkau memiliki hutang sebesar gunung Shir nescaya Allah akan membayarkannya untukmu? Ali berkata; ucapkanlah; ALLAAHUMMAKFINII BIHALAALIKA 'AN HARAAMIK, WA AGHNINII BIFADHLIKA 'AMMAN SIWAAK (Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki Mu yang hala

Jenjalan Cari Makan : Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori, Tanjung Agas, Ledang

Imej
Jenjalan Cari Makan : Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori, Tanjung Agas, Ledang. Tempat lepak lama. Terletak di deretan kedai sebelah Sekolah Sains Muo. Layan team TKS makan makan sementara nunggu slot malam. Meme terbaekkk!!!! kawasan ni. Udang galah kot. Sepinggan kurang kurang 3 ekor. Siap gi tapau Murtabak Singapore lagi gitu. Layannn. Mama pun suka jugak area ni. Murah dan sedap. Aku. Tumpang nengok je. Tapau nasi ayam penyet sama air markisa untuk berbuka depan TV sambil layan episod akhir Kekasih Paksa Rela. Ending tak best seperti yang dijangka. Hehehe.