Catatan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jauhi Prasangka Dan Mencari Aib Orang

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jauhi Prasangka Dan Mencari Aib Orang عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." (HR Bukhari No: 5604) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Orang beriman dilarang menaruh prasangka buruk kepada orang lain kerana ia akan mendorong kepada perbuatan menuduh tanpa bukti yang menjadi dosa besar. 2.  Ibnu Sirin berkata: “Jika sampai kepadamu berita yang tidak kamu sukai tentang saudaramu, maka carilah uzur untuknya.

Home Sweet Home Renovation : 20171212 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171212 Progress. Layan.

Bengkel Pengemaskinian Takwim 2018 menerusi Kalender 1GovUC

Imej
Bengkel Pengemaskinian Takwim 2018 menerusi Kalender 1GovUC. Alhamdulillah. Selesai program yang sangat adhoc ni. Terima kasih pada urusetia, editor dan semua contributor yang dapat memastikan takwim 2018 JPN Johor dapat diselesaikan dalam masa tak sampai 1 hari pun. Tahniah juga pada team pemantau dalam membantu merealisasikan penyusunan aktiviti dalam takwim menepati SKT dan KPI kita. Tak lupa juga pada semua team teknikal yang dapat membantu melicinkan urusan pengemaskinian pada hari ini. Tahniah pada semua yang terlibat. Kekeke. Tak dapek den nak teruskan kursus dengan abam iyenger hari ni. Dah jadi fasilitator terjun ni ha..

Gebooz Gedikz : Santai Peti Sejuk

Imej
Gebooz Gedikz : Santai Peti Sejuk. Alang alang lepak, biar tinggi. Bak kata pujangga, belajar kena tinggi tinggi. Tu yang gebooz pun sibuk nak lepak tinggi tinggi jugak. Mana tau jadi lagi pandai daripada sitam gangster tu. Kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kucen sapa nak tau. Pastu. Nampak aku rendam kaki, terus datang cam biasa; terus minum dengan muka selamba bongkak dia. Mana tau tuah air rendaman kaki kan. Hahaha

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قِيْلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ فُلاَنَةً تَقُوْمُ اللَّيْلَ وَ تَصُوْمُ النَّهَارَ وَ تَفْعَلُ وَ تَصَدَّقُ وَ تُؤْذِي جِيْرَانَهَا بِلِسَانِهَا  فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالُوْا: وَ فُلاَنَةً تُصَلِّى اْلمَكْتُوْبَةَ وَ تَصَدَّقُ بِأَثْوَارٍ وَ لاَ تُؤْذِي أَحَدًا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هِيَ مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ Dari Abu Hurairah RA berkata, pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya si Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan (berbagai kebaikan) dan bersedekah, Cuma ia suka mengganggu para tetangganya dengan lisannya?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka”. Mereka bertanya lagi, “Sesungguhnya si Fulanah (yang lain) mengerjakan (hanya) solat wajib dan bersedekah dengan

Coursera Business Analytics Courses : Course 2 is coming

Imej
Coursera Business Analytics Courses : Course 2 is coming. Ingatkan semalam dah selesai course tu kira selesai la. Sekali nengok pagi ni... jeng jeng jeng. Ada list 4 more courses. Alamak. Rupanya ada 5 courses untuk kursus aku ni. Terus daftar course kedua. Print out macam biasa. Perrghhh. Nak pecah kepala dengan course kedua ni. Week 1 punya bahan hampir sama banyak dengan course 1 punya bahan. Kena dengar bebetul dan pahamkan. Kena banyak cara guna excel dalam pengiraan. Course satu aku amik masa sehari aje. Course dua? Dua modul pun tak sempat habis dalam sehari. Banyak aplikasi kena praktik, kena banyak kira. Bawak balik pun. Siap basah kena hujan aje. Penat. Dan tak teruskan. Ish ish ish. Hope for the best today.

Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah

Imej
Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah. Semalam. Dapat jugak keluar ke AEON Bukit Indah. Tu pun asalnya nak di AEON Taman Universiti. Sebab memandangkan hujan yang super lebat memang aku twist ke Bukit Indah sebab jalan ke situ OK berbanding ke Taman U. Alhamdulillah. Jalan kami OK berbanding jalan lima kedai yang dinaiki air. Tu pun aku baca status rerakan yang lain la sebelah malamnya. Target. Baju renang dan barang iqa yang masih tak lengkap untuk ke Jakarta nanti. Alhamdulillah. Setel semua. Penat memang penat. Tapi ni ja masa yang aku ada. Balik. Singgah jap talent untuk beli stationary kebudaks. Dan. Burst macam biasa. Ici lagi best. Semua benda dikaut masuk bakul. Dan ada beberapa yang tak sempat nak dikeluarkan balik sebab masing masing ingat masing masing yang punya. Kekeke. Pengalaman bersama ici ni. Yang best dapat pusing pusing. Dapat air mineral aje dua gelas. Huhuhu.

Warung Mak Mok Soto Power, Skudai Kiri

Imej
Warung Mak Mok Soto Power, Skudai Kiri. Lunch keluar lagi ke Skudai Kiri. Ingat nak makan soto. Sekali tutup jugak daa... Apadaa... dah dua hari berturut tutup ni. Terus gerak ke klinik ibu dan anak tampoi tu. Sebelah dia ada warung. Sekali lagi sedih. Soto pagi aje ada. Huhuhu. Last last aku ngan fadzli makan mihun sup, mus ngan firdaus makan nasi paprik. Belasah aje ler. Penuh dengan udang sotong daging bagai. Sib baik ada fadzli. Habih aku tolak kat dia awal awal.

EKSA JPN Johor : Audit Anugerah Zon Terbaik bagi Zon 7

Imej
EKSA JPN Johor : Audit Anugerah Zon Terbaik bagi Zon 7. Selesai sahaja mesyuarat tadi sesi audit anugerah pun bermula bagi 5 zon dengan markah tertinggi bulanan. Alhamdulillah. Zon 7 tersenarai sekali lagi. Ada beberapa perkara yang kurang dan perlu ditambahbaik di zon blok B. Terima kasih pada semua auditor yang hadir.

Mesyuarat Jawatankuasa Audit EKSA JPN Johor

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Audit EKSA JPN Johor. Pagi tadi gerak ke Bilik Bengkel SJQ jap. Wakilkan Adi yang bertugas rasmi di Mersing. Menarik. Banyak keputusan yang bermakna untuk pengurusan EKSA zon nanti.