Catatan

Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah

Imej
Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah. Semalam. Dapat jugak keluar ke AEON Bukit Indah. Tu pun asalnya nak di AEON Taman Universiti. Sebab memandangkan hujan yang super lebat memang aku twist ke Bukit Indah sebab jalan ke situ OK berbanding ke Taman U. Alhamdulillah. Jalan kami OK berbanding jalan lima kedai yang dinaiki air. Tu pun aku baca status rerakan yang lain la sebelah malamnya. Target. Baju renang dan barang iqa yang masih tak lengkap untuk ke Jakarta nanti. Alhamdulillah. Setel semua. Penat memang penat. Tapi ni ja masa yang aku ada. Balik. Singgah jap talent untuk beli stationary kebudaks. Dan. Burst macam biasa. Ici lagi best. Semua benda dikaut masuk bakul. Dan ada beberapa yang tak sempat nak dikeluarkan balik sebab masing masing ingat masing masing yang punya. Kekeke. Pengalaman bersama ici ni. Yang best dapat pusing pusing. Dapat air mineral aje dua gelas. Huhuhu.

Warung Mak Mok Soto Power, Skudai Kiri

Imej
Warung Mak Mok Soto Power, Skudai Kiri. Lunch keluar lagi ke Skudai Kiri. Ingat nak makan soto. Sekali tutup jugak daa... Apadaa... dah dua hari berturut tutup ni. Terus gerak ke klinik ibu dan anak tampoi tu. Sebelah dia ada warung. Sekali lagi sedih. Soto pagi aje ada. Huhuhu. Last last aku ngan fadzli makan mihun sup, mus ngan firdaus makan nasi paprik. Belasah aje ler. Penuh dengan udang sotong daging bagai. Sib baik ada fadzli. Habih aku tolak kat dia awal awal.

EKSA JPN Johor : Audit Anugerah Zon Terbaik bagi Zon 7

Imej
EKSA JPN Johor : Audit Anugerah Zon Terbaik bagi Zon 7. Selesai sahaja mesyuarat tadi sesi audit anugerah pun bermula bagi 5 zon dengan markah tertinggi bulanan. Alhamdulillah. Zon 7 tersenarai sekali lagi. Ada beberapa perkara yang kurang dan perlu ditambahbaik di zon blok B. Terima kasih pada semua auditor yang hadir.

Mesyuarat Jawatankuasa Audit EKSA JPN Johor

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Audit EKSA JPN Johor. Pagi tadi gerak ke Bilik Bengkel SJQ jap. Wakilkan Adi yang bertugas rasmi di Mersing. Menarik. Banyak keputusan yang bermakna untuk pengurusan EKSA zon nanti.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Muslim Yang Menyelamatkan

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Muslim Yang Menyelamatkan عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ Dari Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya".(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia. 2.  Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut. 3.  Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis, mentularkan, memforward sesuatu yang berbentuk umpatan,  fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang. 4.  Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa besar y

Home Sweet Home Renovation : 20171204 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171204 Progress. Baru naik bata merah. Lum apa apa dah jadi medan tenet team kucen kayo. Haisshhh.

V Cool Engineering & Services : Getah Pintu Peti Sejuk

Imej
V Cool Engineering & Services : Getah Pintu Peti Sejuk. Pening jugak kepala dengan peti sejuk kat rumah ni. Isu tak sejuk pasal masalah getah tu dah bocor dan keras. Search kat google. Dapat beberapa. Cuba contact. At last satu dapat berikan jawapan terbaik dengan harga mampu milik. Pemilik dia namanya Khairul. Memang senang berurusan. Kalau nak contact korang boleh contact dia di talian 017-792 4898. Boleh ambil kat kedai atau pun dia pos ke rumah. Terus aku minta nak amik kat kedai sebab nak tengok kedainya. Dia bagi kat aku harga below RM200 untuk dua pintu. Setel bayaran esoknya dia dah call. Bang. Getah dah ada. Dah boleh datang amik. Apa lagi. Terus aku gi kedai dia. Dia ajar cara nak pasang semua. Rupanya pasang dari bucu dulu. Sekali. Yang pintu atas ada masalah pulak. Lebih banyak sangat ni. Call dia. Dia minta maaf. Ni kes pertama kilang salah bagi. Terus gi tukar. Alhamdulillah. Dapat yang betul. Dah macam peti sejuk baru balik dah. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Gerai Makan Sedap Rasa

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Makan Sedap Rasa. Tengah hari tadi kononnya nak makan soto power kat skudai kiri yang katanya super hebat sampai gajah pun boleh terbang kalau hirup katanya. Sekali sampai. Sebijik kedai pun tak bukak. Sian kat kami yang kerja hari Ahad ni kan. Huhuhu. Jalan sikit ke depan. Tengok ramai nurse kat sini. Kata mus, kalau nurse ramai; tandanya makanan kat situ mesti sedap. Yolah tu. Singgah. Terus gi beratur. Nasi putih diisi sepenuh pinggan oleh akak kedai. Perrgghhh. Lama kot aku tak makan nasi penuh pinggan gini. Amik lauk pulak. Mus dengan ikan jaket yang dibakar harum cemerlang ditambah dengan paru goreng sekata. Aku pulak makan macam biasa, nasi banjir kari ayam diicampur ayam sambal yang direncah sempurna. Siap dedua tambah bawang kicap yang ditaruk cili potong yang segar menawan. Tapi. Memang terbaeekkk!!!! Cukup rasa semua. Alhamdulillah.

Umrah 2017 Atuk dan Nenek Kedah

Imej
Umrah 2017 Atuk dan Nenek Kedah. Alhamdulillah. Selesai sudah umrah atuk dan nenek kedah. Hari ni dah mula bertolak balik dari Mekah dan dijangka sampai esok, 11 Disember ke bumi Malaysia. Aku kongsikan foto-foto yang diambil ketika di sana.

Coursera Online Training : Business Analytic Specialization

Imej
Coursera Online Training : Business Analytic Specialization. Pagi ni mula buat semakan penuh berkaitan kursus atas talian ni. Ada 24 orang pegawai yang bertuah dapat kursus online ni yang diuruskan oleh EPRD. Semak senarai pegawainya, kursus yang bakal diperolehinya. Apapun. Tahniah pada semua yang menerima kursus atas talian ni. Buat yang terbaeekkk!!!! Anda boleh lakukannya! Sempat pakai guna miracast. Tapi lepas tu aku ubah pakai earfon aje ler. Asyik terputus aje link wireless displaynya. Best juga gini. Aku nak dengar dulu sambil buat kerja. Sesambil. Kita download jugak bahan untuk semakan semula nanti. Hari ni dapat setel sampai course 4. Balik nanti buat kuiz dan cuba untuk habiskan course 5. InsyaAllah.