Catatan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Muslim Yang Menyelamatkan

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Muslim Yang Menyelamatkan عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ Dari Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya".(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia. 2.  Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut. 3.  Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis, mentularkan, memforward sesuatu yang berbentuk umpatan,  fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang. 4.  Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa besar y

Home Sweet Home Renovation : 20171204 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171204 Progress. Baru naik bata merah. Lum apa apa dah jadi medan tenet team kucen kayo. Haisshhh.

V Cool Engineering & Services : Getah Pintu Peti Sejuk

Imej
V Cool Engineering & Services : Getah Pintu Peti Sejuk. Pening jugak kepala dengan peti sejuk kat rumah ni. Isu tak sejuk pasal masalah getah tu dah bocor dan keras. Search kat google. Dapat beberapa. Cuba contact. At last satu dapat berikan jawapan terbaik dengan harga mampu milik. Pemilik dia namanya Khairul. Memang senang berurusan. Kalau nak contact korang boleh contact dia di talian 017-792 4898. Boleh ambil kat kedai atau pun dia pos ke rumah. Terus aku minta nak amik kat kedai sebab nak tengok kedainya. Dia bagi kat aku harga below RM200 untuk dua pintu. Setel bayaran esoknya dia dah call. Bang. Getah dah ada. Dah boleh datang amik. Apa lagi. Terus aku gi kedai dia. Dia ajar cara nak pasang semua. Rupanya pasang dari bucu dulu. Sekali. Yang pintu atas ada masalah pulak. Lebih banyak sangat ni. Call dia. Dia minta maaf. Ni kes pertama kilang salah bagi. Terus gi tukar. Alhamdulillah. Dapat yang betul. Dah macam peti sejuk baru balik dah. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Gerai Makan Sedap Rasa

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Makan Sedap Rasa. Tengah hari tadi kononnya nak makan soto power kat skudai kiri yang katanya super hebat sampai gajah pun boleh terbang kalau hirup katanya. Sekali sampai. Sebijik kedai pun tak bukak. Sian kat kami yang kerja hari Ahad ni kan. Huhuhu. Jalan sikit ke depan. Tengok ramai nurse kat sini. Kata mus, kalau nurse ramai; tandanya makanan kat situ mesti sedap. Yolah tu. Singgah. Terus gi beratur. Nasi putih diisi sepenuh pinggan oleh akak kedai. Perrgghhh. Lama kot aku tak makan nasi penuh pinggan gini. Amik lauk pulak. Mus dengan ikan jaket yang dibakar harum cemerlang ditambah dengan paru goreng sekata. Aku pulak makan macam biasa, nasi banjir kari ayam diicampur ayam sambal yang direncah sempurna. Siap dedua tambah bawang kicap yang ditaruk cili potong yang segar menawan. Tapi. Memang terbaeekkk!!!! Cukup rasa semua. Alhamdulillah.

Umrah 2017 Atuk dan Nenek Kedah

Imej
Umrah 2017 Atuk dan Nenek Kedah. Alhamdulillah. Selesai sudah umrah atuk dan nenek kedah. Hari ni dah mula bertolak balik dari Mekah dan dijangka sampai esok, 11 Disember ke bumi Malaysia. Aku kongsikan foto-foto yang diambil ketika di sana.

Coursera Online Training : Business Analytic Specialization

Imej
Coursera Online Training : Business Analytic Specialization. Pagi ni mula buat semakan penuh berkaitan kursus atas talian ni. Ada 24 orang pegawai yang bertuah dapat kursus online ni yang diuruskan oleh EPRD. Semak senarai pegawainya, kursus yang bakal diperolehinya. Apapun. Tahniah pada semua yang menerima kursus atas talian ni. Buat yang terbaeekkk!!!! Anda boleh lakukannya! Sempat pakai guna miracast. Tapi lepas tu aku ubah pakai earfon aje ler. Asyik terputus aje link wireless displaynya. Best juga gini. Aku nak dengar dulu sambil buat kerja. Sesambil. Kita download jugak bahan untuk semakan semula nanti. Hari ni dapat setel sampai course 4. Balik nanti buat kuiz dan cuba untuk habiskan course 5. InsyaAllah.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jangan Jadi Orang Yang Muflis Di Akhirat

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jangan Jadi Orang Yang Muflis Di Akhirat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَدْرُونَ مَنْ الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ لَا لَهُ دِرْهَمَ وَلَا دِينَارَ وَلَا مَتَاعَ قَالَ الْمُفْلِسُ مِنْ أُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ يَأْتِي بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ عِرْضَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُقْعَدُ فَيَقْتَصُّ هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?" Para sahabat menjawab; "Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda." Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku

Yok Jenjalan : Larkin Sentral

Imej
Yok Jenjalan : Larkin Sentral. Lama jugak kami kat sini. Nak cari seluar untuk brass band si iqa. Round satu larkin kot. Aku lepak kereta aje. Dah boring baru keluar jap. Meronda cari mama. Tak jumpa. Beli jajan lepak balik lam kereta. Banyak juga perubahan la ni. Siap computerised. Ada terminal gaya gaya air port gitu.

Home Sweet Home Renovation : 20171209 Progess

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171209 Progess. Lepak layan jap. Paginya ramai kebudaks nak ngikut. Petangnya kucen pulak nak ngikut.

Walimatul Urus : Majlis Kesyukuran Ridzwan & Ashikin

Imej
Walimatul Urus : Majlis Kesyukuran Ridzwan & Ashikin. 9 Disember. Around 11 pagi kami gerak ke Pulai Indah. Majlis perkahwinan anak en Azhari. Singgah jap kat Masjid Pulai Indah yang nun tersergam indah dengan rekacipta moden yang sangat berbeza dan menarik mata memandang. Terus gerak ke rumah en Azhari lepas tu. Park di tepian jalan kecik macam tetamu yang lain. Sampai aje berderet memember yang lain sedang makan dengan gembira. Semua tertarik dengan kasut hitam yang hebat aku sarung. Biasa la. Jarang aku pakai kasut hitam bertutup sebelum ni. TQ fisio. Glamer aku hari ni. Makanan disajikan sangat best. Nasi minyak dengan Ayam masak merah berkuah banjir. Tolak tepi daging masak hitam yang diadun rempah yang cukup membangkitkan selera. Angah makan roti jala yang dimasak keemasan dengan kuah kari yang cukup serba serbi rasanya. Iqa makan papadom aje. Bila suruh amik makanan. Dia amik air buah tembikai susu yang sungguh menyelerakan. Sebelum balik sempat lagi kebudaks amik gula gu