Catatan

Gebooz Gedikz : 20171103 Edisi Terlajak Kucen

Imej
Gebooz Gedikz : 20171103 Edisi Terlajak Kucen. Sakan posing depan kereta pagi tadi. Ada la dua tiga ekor. Gebooz yang lebih. Ada yang mau join? Baru sebulan join dah leh posing bongkak depan kereta tau. Hahaha. Setakat income dua tiga kali makan ikan jaket bako tau sehari. Tunggu apa lagi. Yok join Team Kucen Kampums Lajak (KKL). Terbaeekkk!!!!

Mesyuarat Pengoperasian Institusi Baharu : Pasir Gudang

Imej
Mesyuarat Pengoperasian Institusi Baharu : Pasir Gudang. Lama bersawang dah blog aku ni. Sibuk no berjalan ke sana sini. Kita up yang paling latest dulu lah ye. Semalam. Ke Pasir Gudang. Ada meeting untuk dua sekolah baharu. Sempat sarap roti kosong cicah kari ayam sebelum meeting mula kat restoren area sekolah tu. Sekeping gambo pun aku tak ambik masa meeting. Sibuk mendengar. Sibuk menjawab. Sibuk membalas panggilan telefon. Yang ni yang banyak. Hehehe. Congest sikit kepala semasa mesyuarat berlangsung. Tapi. Alhamdulillah. Semua dapat diuruskan dengan baik. InsyaAllah. Selesai aje meeting. Terus turun ke lokasi tapak. Meronda. Selesai pasir gudang. Aku lajak ke satu lagi tapak. Tapak yang dah lama aku cari. Akhirnya. Semalam terjawab. So. Lepas ni kita tunggu aje permohonan. Semua tempat aku dah riki dan tagging.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Rebut Ganjaran Umpama Mendapat Pahala Haji dan Umrah

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Rebut Ganjaran Umpama Mendapat Pahala Haji dan Umrah عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ Dari Anas bin Malik dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang solat subuh berjamaah  kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah." dia (Anas RA) berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sempurna, sempurna, sempurna." (HR Tirmizi No: 535) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Ganjaran pahala berganda sentiasa disediakan kepada setiap Muslim yang menunaikan solat berjemaah khususnya di masjid. 2.  Barang siapa yang solat subuh berjamaah 

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Dhuha Dua Rakaat Mengganti Seluruh Sedekah Ruas Tulang

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Dhuha Dua Rakaat Mengganti Seluruh Sedekah Ruas Tulang عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى Dari Abi Zar RA dari Nabi SAW, seungguhnya bersabda Rasulullah SAW: pada pagi hari diwajibkan bagi seluruh ruas tulang di antara kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir juga adalah sedekah. Begitu pula amar maaruf (mengajak kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua boleh diganti dengan melaksanakan solat Dhuha sebanyak 2 rakaat” (HR. Muslim No:  1181)

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sedekah Setiap Ruas Tulang

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sedekah Setiap Ruas Tulang عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ سُلَامَى مِنْ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ يَعْدِلُ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَيُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ فَيَحْمِلُ عَلَيْهَا أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ وَيُمِيطُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ Dari Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Setiap ruas tulang pada manusia wajib atasnya bersedekah setiap hari mulai terbitnya matahari. Seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah dan menolong seseorang untuk menaiki kenderaan tunggangannya lalu mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaan tunggangannya adalah sedekah dan ucapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jauhi Sifat Zalim dan Kikir

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jauhi Sifat Zalim dan Kikir عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: اتَّقُوا الظُّلْمَ، فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَاتَّقُوا الشُّحَّ، فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ، حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ Daripada Jabir bin Abdullah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Takutilah kamu akan kezaliman, sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan di hari Qiamat. Dan takutilah kamu akan sifat kikir, sesungguhnya sifat kikir telah membinasakan orang-orang sebelum kamu, ia membawa mereka sehingga menumpahkan darah mereka dan menghalalkan kehormatan mereka.  (HR. Muslim No : 2578) Status : Hadis Sahih Pengajaran : 1.  Takuti dan jauhilah perbuatan zalim kerana si pelakunya akan berada dalam kegelapan di Hari Qiamat, tanpa petunjuk dari Allah . 2.  Kegelapan di Hari Qiamat adalah suatu seksaan yang berat kerana petunjuk dari Al

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menjaga Amanah dan Janji Menyempurnakan Iman dan Agama

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menjaga Amanah dan Janji Menyempurnakan Iman dan Agama عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ مَا خَطَبَنَا نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا قَالَ لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ وَلَا دِينَ لِمَنْ لَا عَهْدَ لَهُ Dari Anas bin Malik RA berkata; Nabi SAW tidak pernah berkhutbah di hadapan kami kecuali baginda mengatakan: "Tidak sempurna keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tidak sempurna agama seseorang bagi yang tidak memenuhi janji." (HR Ahmad No:11935). Status: Isnad Tsiqah Pengajaran: 1.  Menjaga amanah adalah sebahagian daripada iman. Tidak sempurna iman seseorang yang tidak menunaikan amanah. 2.  Menjadi kewajipan kepada kita menunaikan amanah kepada yang berhak. Firman Allah dalam surah an-Nisa: 58 إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). 3.  Orang

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Enam Perkara Untuk Jaminan Syurga

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Enam Perkara Untuk Jaminan Syurga عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ Dari 'Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda: "Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian." (HR Ahmad No: 21695) Status: Isnad Maqbul Pengajaran: Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam perkara: 1.  Jujur jika berbicara. Ibnu Qayyim: Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan ce

Fesko 59 UTM Skudai : 20171027 Layan Tapak

Imej
Fesko 59 UTM Skudai : 20171027 Layan Tapak. Diam tak diam dah sampai dah konvo UTM. Hari tu mama ada cakap. Jangan lupa hujung minggu ni. Layan aje ler. Sampai. Lepak kat wakaf cam biasa. Cuma kali ni dia buat wakaf tu sebagai pusat untuk urusetia la pulak. Maka kurang la lokasi lepak untuk pengunjung kali ni. Masuk waktu. Terus gerak ke masjid. Lebih besar dan lebih banyak gerai jualan kat tapak festival untuk kali ni. Terbaeekkk!!!!

Sekolah Agama Taman Nusa Perintis : Amali Sembelihan dan Pengurusan Jenazah

Imej
Sekolah Agama Taman Nusa Perintis : Amali Sembelihan dan Pengurusan Jenazah. 27 Oktober. Pagi ni ngantor angah ke sekolah. Dari pagi sampai ke petang. Ada progam amali khusus untuk murid darjah 5. Terbaeekkk!!!! Suka la tu si inaz.