Catatan

Seharian di Kluang

Imej
Seharian di Kluang. 30 Julai. Ahad lepas. Singgah JPN untuk ambil laptop dan bahan diperlukan. Terus shoot ke Kluang. Kalau ikut tentatif. Jam 9 pagi dah bermula. Sekali dianjak ke jam 2 petang. Gunakan masa sebaiknya. Semak dokumen pengurusan data jap. Teringat isu yang ditemui minggu lepas. Terus gerak ke Chong Hwa 3 bersama dengan Firdaus. Banyak perkara dapat dibuat verifikasi di sana. Dapat makan nasi ayam yang best. TQ pada pengurusan sekolah. Petang. Sambung dengan Bengkel DTP. Lewat petang jugak baru sampai ke Gelang Patah. Alhamdulillah. Banyak perkara dapat diselesaikan dalam masa yang terluang di sana.

Sekolah Tun Fatimah : 20170729 Back To STF

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170729 Back To STF. Hari ni hantar Iqa ke STF. Singgah ke Talent Bookstore dulu cari barang Iqa dan buku UPKK Inaz. Iqa nyer selesai, Inaz punya tak setel lagi. Gerak terus ke STF. Lepak jap borak-borak. Nganto Iqa ke Surau. Sekali bas STF baru sampai. Hmmm.. Layan la jap. Snap sana sini la jadinya. Pastu. Gerak ke Angsana. Nak setelkan hutang ngan Inaz. Alhamdulillah. Jumpa jugak buku dia kat sini.

Back To Nature 2017 : 20170622 On the way to nature

Imej
Back To Nature 2017 : 20170622 On the way to nature. 22 Jun. 11.15 malam. Kami mula gerak pulang ke kampung. Perjalanan sangat smooth. 2.48 pagi singgah di R&R Rawang untuk isi semula tangki. Aku taknak amik risiko selepas mula masuk ke Perak. 3.33 pagi. Jem pertama bermula. Mana lagi kalau bukan di Slim River. Daripada 3 lane kepada 2 lane. Selepas tu lancar semula. Teruskan lagi. Kali ni di Gua Tempurung. Kawasan mendaki. Kami sahur dalam kereta aje. Singgah di R&R Simpang Pulai. Ngam ngam masuk waktu Subuh. Berenti untuk subuh di sini. Orang memang ramai. Meriah. Tiga kali aku gi surau. Kali ketiga baru nampak ada peluang untuk masuk. Selesai. Teruskan semula perjalanan. Lancar sampai ke Kuala Kangsar. Masuk ke jalan lama untuk meneruskan perjalanan ke Baling thru Grik. Sangat lancar. Sampai di Baling jam 9.38 pagi. Alhamdulillah. Mana aku tau masa ni semua in exact? Guna la dropbox. Semua fail yang ditarik masuk direname mengikut format tarikh dan masa. Hehehe. Gunakan t

A simple birthday celebration

Imej
A simple birthday celebration. 22 Jun. Kek birthday mama beli semalam kat AEON Bukit Indah semalamnya. Malam tu dah nak balik ke Baling. Aku tak dapat pulak nak tido seperti dirancang. Alhamdulillah. Lepas terawih dan witir, dapat jugak aku lelapkan mata. Dalam jam 10.45 malam, mama kejutkan. Mandi. Fresh. Terus buat simple potong birthday cake. Dah tiga untuk Jun; aku, inaz dan gebooz. Paling seronok si inaz malam ni. Setel ja around 11 malam. A right time untuk aku memulakan pemanduan aku pulang ke kampung.

Double Birthday : Inaz 11 tahun, Gebooz 1 tahun

Imej
Double Birthday : Inaz 11 tahun, Gebooz 1 tahun. 22 Jun. Syafinaz genap 11 tahun. Gebooz pulak 1 tahun. Sebab tak tahu bila Gebooz lahir, disamakan tarikh lahirnya dengan tuannya, Inaz. Lebih kurang la tu. Dia kan kucing pungut aje. Selamat hari jadi pada both.

Gelang Patah Bunga Api Raya Getaway

Imej
Gelang Patah Bunga Api Raya Getaway. 21 Jun. Malam esoknya dah nak gerak balik ke kampung. Malam tu kita belasah dulu main bunga api. Lama simpan hajat tu. Ici dah makin berani main bunga api. Kerjanya nak minta bunga api aje.

Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah

Imej
Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah. 21 Jun. Layan mama jap. Nak meronda cari barang untuk raya katanya. Ni posting lama ye. Aku lepak aje ngan Ici nunggu mama.

Jenjalan Cari Makan : Restoren Azinur, Skudai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoren Azinur, Skudai. 24 Julai lepas sempat merayap ke Skudai dengan Mus dan Adi. Sibuk pulak nak ajak makan kat Azinur. Tapi memang marbeles la kan. Ayam goreng sama kuah kari kegemaran aku ler. Barisan. Cam biasa la. Cuma. Kalau nak bungkus, masuk la ke dalam untuk barisan orang makan kat situ. Barisan luar memang untuk orang yang tapau aje.

Sekolah Menengah Kebangsaan Medini : 20170722 Bengkel Matematik SPM 2017

Imej
Sekolah Menengah Kebangsaan Medini : 20170722 Bengkel Matematik SPM 2017. 22 Julai. Neman mama bawak anak murid dia. Ada karnival gitu kat sekolah. Sempat ronda-ronda sekeliling Medini. Wah. Lama tul aku tak ikut jalan dalam ni. Memacam dah naik dari Medini ke Kota Iskandar. Masa nak balik sempat jumpa Kak Su. Maini je tak jumpa. Kekeke. Yang bestnya. Sakit kaki + bengkak pun sibuk meronda lagi kan. Sib baik kaki kiri tu.

Sekolah Tun Fatimah : 20170721 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170721 Lawatan Hujung Minggu. 21 Jun. Macam biasa. Melawat Iqa. Hmmm. Lepas ni tak payah beli maggi lagi dah. Dah diharamkan. Makan lunch bersama. Dalam kereta. Kekeke.