Catatan

Sekolah Tun Fatimah : 20170617 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170617 Lawatan Hujung Minggu. Sempat singgah Angsana dulu beli apa yang patut. Sambil sambil mama shopping untuk raya. Sampai STF. Iqa bagi something. Hehehe. Seperti dapat diagak dari awal. Khas untuk abah katanya. Cute. On the way back sengaja lalu tol. Topup kat Touch n' Go. Lepas ni dah perintah berkurung tokleh topup kat tol masa raya. Hahaha. Sekali kad tak boleh pakai. Ni la masalah ada dua kereta dua kad ni. Dah tak tau yang mana yang tak pernah guna lebih setahun. Bila jadi gitu kad akan deactivate. Sib baik ada IC yang dah ada function TnG. Topup ke IC aje ler.

Majlis Agihan Bubur Lambuk Maggi

Imej
Majlis Agihan Bubur Lambuk Maggi. 15 Jun. Terima kasih Maggi sudi menaja bahan-bahan. Terima kasih SPK dan team Pusat Kokurikulum yang menjadi urusetia, dari memasak sampai mengedar. Memang terbaeekkk!!!! Dengar ja pengumuman terus turun ke lobi utama. Bukan sibuk nak amik bubur tu sangat pun. Nak rebut moment pengagihan sebenarnya. Amik. Tanya siapa nak. Semua pakat tak nak. En Khairul bawak la balik. Makan ngan famili. Hmmm... mana ada yang makannya kalau dah rasa daging. Hehehe. Sayang tul.

Program Pembudayaan Al-Quran : Ceramah Ramadan 15 Jun

Imej
Program Pembudayaan Al-Quran : Ceramah Ramadan. 15 Jun. Nampaknya. Baru la masuk satu satu posting bersawang ni. Baru lepas dari kesibukan katanya. Hehehe. Ceramah Ramadan berikutnya. Layan.

Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial bagi Guru dan Murid

Imej
Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial bagi Guru dan Murid. Hari ni baru rasa tenang sikit. Tenang untuk share dalam blog. Last projek untuk setakat ni dah clear. Tu nanti aku share ye. Hehehe. Buat masa ni aku nak ulas pasal antara projek yang baru masuk minggu lepas. Yup. Pasal Garis Panduan baharu ni. Actually. Ni dah kali kedua dalam masa terdekat ni keluar garis panduan berkenaan Media Sosial ni. Pasal dah kali kedua buat infografik berkenaan media sosial ni. Tahun lepas dari MAMPU. Khas untuk semua kakitangan awam. Kali ni terus pada Guru dan Murid. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2017. Jelas disini betapa seriusnya kementerian dalam memastikan nilai dan etika penggunaan dikawalselia dengan baik oleh warga pendidikan. Projek ni aku dah mula awal. Ketika mana keputusan dalam JPICT minggu lepas yang mengarahkan secara terus SPI ini dipanjangkan pada semua sekolah dan PPD negeri Johor, dalam bentuk yang paling senang untuk difahami. Terus aje buat. Baca. Kaji. Ca

Ziarah Kasih Menteri Pendidikan : Muar

Imej
Ziarah Kasih Menteri Pendidikan : Muar. Majlis ziarah ke rumah pesara guru di sekitar Muar. Di sambung dengan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah. Wakili KS ke Muar. Kami bersama dengan YB Razali melawat pesara guru di sekitar Muar. Sebak juga di dada. Sempat melawat 3 buah rumah sebelum gerak ke Dewan untuk majlis berbuka puasa. Tak sangka jumpa ramai kenalan, samada di kementerian mahupun negeri. Seronok juga dapat bersama gini.

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2017 : Shima

Imej
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2017 : Shima. 12 Jun. Hehehe. Sebulan lebih baru nak reti hapdet. Sori ye rerakan pengunjung semua. Sibuk melanda. Kononnya lah kan. Tahniah dan terima kasih sepanjang sesi di SPMICT.

Memori Fisioterapi

Imej
Memori Fisioterapi. 11 Jun. Memang teruk tul selsema dan pening aku. Maybe baru nak terasa kesan lama berkurung dalam kereta semalamnya. Kes jem teruk depan Angsana tu la. Petangnya terus lepak kat Klinik 1Malaysia. Selongkar punya selongkar, terjumpa la pulak kad appointment fisio aku yang lepas. Dapat la dua kali gi. Nak masuk kali ketiga, dah masuk wad sebelumnya. Abis gitu aje. Aku pun dah tak pergi susul dah pun. Haish... Memori sungguh ni.

Jalan Beraya Edisi Johor

Imej
Jalan Beraya Edisi Johor. 28 Jun. Balik ja Gelang Patah mula la edisi beraya kat sini pulak. Belen beberapa hari ja sebelum sekolah bukak semula. Pagi melepak ngan Gebooz dulu. Lepas Zohor baru mula merayap. Rumah nek yang, atuk ngah, atuk long. Pastu terus shoot ke rumah nenek wi. Nengok baby baharu mak su timah. Singgah Rainbow jap cari angah punya plaster of paris untuk projek dia. Pastu sambung ke HSA. Setel situ. Singgah pantai jap senap senap picas. Baru balik rumah. Paling suka adalah si angah. Sebab dah dapat plaster of paris dia. Terus setelkan projek dia on the dot.

Back to Gelang Patah

Imej
Back to Gelang Patah. 27 Jun. Bertolak awal dari Baling. 7.30 pagi gerak dari rumah tok wan. Seperti biasa. Lalu jalan Pengkalan Hulu - Gerik - Kuala Kangsar sebelum masuk ke Highway PLUS. Alhamdulillah sampai di Dengkil jam 12 tengahari untuk lunch. Gerak lagi sebelum berhenti sekali lagi di Ayer Keroh untuk cari buah tangan. Sampai di Gelang Patah jam 5.20 petang. Alhamdulillah. Perjalanan sangat lancar.

Lawatan Ladang Lembu Pak Cik

Imej
Lawatan Ladang Lembu Pak Cik. 26 Jun. Sikit sikit kita masukkan ye aktiviti kebudaks ni masa kat kampung itu hari. Sempat ke kandang lembu pak cik sebelum balik ke Gelang Patah. Sebelum pergi memasing esken tul. Sampai kat sana. Memasing menikus. Tak berani nak pi dekat. Kekeke.