Catatan

Sekolah Tun Fatimah : 20170408 Outing @ Angsana

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170408 Outing @ Angsana. Wooo... Hari ni a bit ramai kat sini. Ada program immersion. Security pun dah bertambah improve. A bit tight. Good improvement. Keluar masuk memang diselia dengan lebih baik. So. Selesai semua urusan terus gerak ke Angsana. A bit of book hunting @ Badan. A bit makan makan @ Pizza Hut. A bit food hunting @ UO. And lastly a bit of window shopping kat aras atas. Selesai. Yok pulang.

Gebooz Gedikz : Edisi Resakse Gorgon

Imej
Gebooz Gedikz : Edisi Resakse Gorgon. Dah gedabak body dia. Macam resakse dah ha. Lama lama nengok baru aku perasan. Dia ada ciri-ciri kucen kesayangan mama si Ang Ang, dari segi warna, corak dan kaki pendek tu; dan kucen aku pulak Mek Man dari segi bentuk badan dan ekor terpeleot tu. Kekeke. Layan aje la si resakse gorgon ni.

HGK2017 : Seharian Meronda

Imej
HGK2017 : Seharian Meronda. Ni kisah Selasa lepas. Memang seharian aku meronda dengan Adi. Riki tempat untuk pemasangan banner dan gegantung. Dari EC, Dataran Bandaraya sehinggalah ke pencetak dan diakhiri dengan perbincangan bersama urusetia KPM. Lama dah aku tak buat kerja gini. 5 tahun ada tu. Bila balik aje. Bukan setakat sengal lagi dah. Pening kepala. Selsema. Terus cari Panadol Soluble. Belasah aje. Terus tertido. Kui kui kui. ps : Baru nak setelkan post ni pun si Mus kacau. Siap bagi ayat lagi. Ni haa.. aku boldkan  'pepagi hari dah kena kacau..tba2 'task' still not complete lg...' Ni kes Konvensyen la pulak. Dah nak cetak buku ada lagi problem. Apa nak buek kan. Layankan aje ler.

Jenjalan Cari Makan : Anjung Selatan

Imej
Jenjalan Cari Makan : Anjung Selatan. Area Jakel. Speciality adalah Ikan Patin. Makanan Temerloh nih. Kami makan pun lepas JDT kena kitai ngan Pahang malam sebelumnya. Kui kui kui. Ayat noti eh. Aku. Mana la makan ikan lagi dah. Tapi si mus kata OK ler. Ada patin sangkar, patin buah. Berbeza harga ikut spec yang dipilih. Aku makan ayam goreng aje ler. Cam biasa. So. Tak reti nak komen pasal makanan spesel kat sini. Untuk aku. Memang OK la.

Yok Jenjalan : New Vacuum at Tesco Bukit Indah

Imej
Yok Jenjalan : New Vacuum at Tesco Bukit Indah. Ingat hari tu yang aku cerita pasal beli vacuum baharu. Ni baru letak gambo dia. Tu pun aku tak letak pun gambo vacuum nye. Kekeke. Balik dari STF. Singgah Tesco. Beli vacuum, kipas dan telefon baharu. Iya. Telefon pun aku beli. Sesambil layan ici yang asyik mengaruk aje.

Yok Jenjalan : GP Prima

Imej
Yok Jenjalan : GP Prima. Meronda sat malam ni. Ada orang dak dok tagih janji pizza dia. Singgah sat Nusantara untuk tapau. Pastu. Baru merayap ke GP Prima. Isi minyak aje kat Petron. Tengok bangunan GP Mall yang dah hampir siap kat sebelahnya. Dah siap dan berpenghuni nanti, for sure sesaklah tempat ni. La ni pun dah boleh tahan. Semua pakat lalu sini nak elak jem kat Skudai.

Masjid Jamek Gelang Patah : 20170407 Khutbah Jumaat

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20170407 Khutbah Jumaat. Hari ni khutbah bertajuk : Keagongan Bulan haram boleh dimuaturun menerusi url seperti berikut : http://jainj.johor.gov.my/khutbah/2017/April/KeagonganBulanHaram.pdf

KUALA LUMPUR 2017 : Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9

Imej
KUALA LUMPUR 2017 : Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah jenama Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos 2017 sementara Sukan Para ASEAN pula akan diadakan dari 17 hingga 23 September 2017. Tema Kuala Lumpur 2017 kali ini ialah 'Bangkit Bersama' yang melambangkan ketibaan era di mana negara-negara Asia Tenggara perlu bersatu sebagai sebuah komuniti. Rantau ini telah sekian lama menempa nama di persada antarabangsa dan kini sekali lagi mencipta sejarah untuk bersama-sama bersatu dan berganding bahu dalam mencapai keamanan, kemajuan dan kemakmuran. Kuala Lumpur 2017 akan menjadi satu detik yang penting kerana ia merupakan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang pertama diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015. Ia akan menjadi bukti bahawa sukan bukan sahaja akan memainkan peranan penting untuk menyatupadukan seluruh komuniti di Asia Tenggara dalam meraikan kecemerlangan dan men

Mesyuarat Penyelarasan Tugas Konvensyen PAK21 Negeri Johor 2017

Imej
Mesyuarat Penyelarasan Tugas Konvensyen PAK21 Negeri Johor 2017. Hehehe. Masuk yang lama lama lagi ye. Meeting bersama dengan wakil UTHM. Tapi sebelum tu masuk MPT dulu. Aku pun dah tak ingat apa yang aku bentang masa tu. Kekeke. Turun lif. Wahhh.. Dah ada pemakluman bantuan kecemasan. Satu pembaharuan yang memberansangkan. Masuk dalam bilik meeting. Seronok. Banyak benda baharu dapat aku kenal terutama aplikasi Zappar. Sama macam QR Code. Lebih interaktif. Ada komunikasi dua hala. Cumanya. Nak create code kena bayar. Tu jer yang nak kena fikir untuk personal use terutamanya. Hope for the best!

Jenjalan Cari Makan : Restoren Serambi Uda

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoren Serambi Uda. Ni pun cerita lama jugak la ni. Masa audit EPRD tempoh hari. Singgah jap makan mee wantan kat sini. Meme boleh tahan sengsangat. Prefered. Kalau lalu leh singgah. Orang memang ramai tak terkira. Kekeke. Kucen depan kedai pun leh tahan samseng. Baguihnya. Dia tak masuk kacau dalam kedai. Terbaeekkk!!!! Lupa nooo... aku dah pakai improved watermark!