Catatan

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016

Imej
Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016. Nampaknya debaran makin terasa. Rasanya cikgu lagi berdebar berbanding muridnya. Biasalah tu. Mulai jam 10 pagi ini, keputusan sudah boleh mula diambil di sekolah masing-masing. All the best for all! Sistem semakan melalui SMS pun ada. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PANDUAN PENGGUNAAN PERANTI YES ALTITUDE

Imej
PANDUAN PENGGUNAAN PERANTI YES ALTITUDE. Terima kasih dan tahniah pada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor yang berjaya menyediakan manual ini untuk semua pengguna yang menerima peranti baru-baru ini. Semoga ianya akan dapat menjadi panduan yang berguna pada kita semua. Bagi menyahut seruan penjimatan kertas dan kempen "Go Green" , modul terus boleh digunakan secara atas talian . Modul ini dibina secara atas talian dan interaktif, terdapat beberapa fungsi hyperlink dan video yang boleh di mainkan di atas modul itu sendiri. Juga dilampirkan salinan yang boleh dicetak sekiranya dirasakan perlu dan sesuai untuk dicetak. Pautan Modul atas talian : http://tiny.cc/altitude1bestarinet Pautan Modul versi cetak : http://tiny.cc/cetakaltitude1 --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #l

FROGPLAY : Penambahbaikan Aplikasi Kuiz di dalam FROG VLE

Imej
FROGPLAY : Penambahbaikan Aplikasi Kuiz di dalam FROG VLE. Berikut merupakan penambahbaikan baharu di dalam aplikasi kuiz "FrogPlay" di dalam FROG VLE untuk sekolah-sekolah 4G. Penambahbaikan ini merangkumi : Kuiz-kuiz Bahasa Inggeris percuma Maklumat analitik untuk aplikasi kuiz Permainan (game) selepas menjawab kuiz Murid juga kini boleh menjawab kuiz tanpa bermain permainan menerusi pilihan QuickFire Layari url https://frogasia.com/learncentre untuk keterangan lanjut --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sekolah Tun Fatimah : 20170311 Lawatan

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170311 Lawatan Semalam gi melawat Iqa. Minggu depan periksa. Khamis depan dah mula balik bermalam. Jap aje. Pejam celik pejam celik. Sempat beli goreng pisang dulu depan Fresh Hub tadi. Lepak. Borak borak. Iqa bawak buku nak ulangkaji. Tapi. Borak punya pasal. Dia terus lupa pasal tu. Takpelah. Kita release tensen dulu. Nanti sambung semula ulangkaji. All the best dalam ujian nanti. Good luck and do the best!

Masjid Jamek Gelang Patah : 20170310

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20170310. Jemaat kat sini tadi. Diingatkan. Berkenaan diam dan mendengar khutbah dibaca oleh khatib. Peraturan baharu. Tabung masjid tidak akan diedarkan lagi semasa khatib membaca khutbah bagi memastikan jemaah kusyuk dan menghayati khutbah. Tabung akan diedarkan awal. 5 minit sebelum azan. Dah makin banyak peningkatan bagi proses pengubahsuaian masjid ni.

Baju Rasmi Karakter Murid Johor (KrMJ) Iqi

Imej
Baju Rasmi Karakter Murid Johor (KrMJ) Iqi. Siang tadi sibuk ngetestkan iqi baju baharu dia. Cikgu suruh ngetest. Kalau beso Ahad ni tukar. Tapi so far. Ngam ngam hoo. Tunggu iqa ngan inaz pulak. Takde pulak minta bayaran lagi. Baju ni nanti akan dipakai pada setiap hari Selasa. Baru nampak ibrah kesepakatan tu. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Mesyuarat Jawatankuasa Buku Program, Banner, Bunting, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017 Bil.2/2017 JPN Johor

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Buku Program, Banner, Bunting, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017 Bil.2/2017 JPN Johor. Mesyuarat AJK dengan nama paling panjang bermula lagi. Kekeke. Semak status semasa 3 JK Kecil. Rancang milestone. Next meeting. Kita pakat bentang hasil ye. All the best! Sempat lagi bincang dengan wakil YTL sebelum tu pasal majlis agihan altitude. Hmmm... Ni gambo last dari Zen4 aku sebelum dia merajuk total hingga aku terpaksa beli henpon baharu. Ni semua kes gi Digi ngan en Firdaus itu hari. Layan sangat J3 RM188 tu. Kan dah!

e-Filing LHDNM 2017 : Done!

Imej
e-Filing LHDNM 2017 : Done! Alhamdulillah. Dah selesai. Sebelum subuh tadi. Siap print. Kekeke. Hari tu. Sibuk tul mama dok ingatkan. Iye. Pagi jemaat aku setelkan. Cuba jugak nak buat kat opis time rehat. Ntah mende tah. Meme nak kena buat cam aku cakap jugak tu. Pagi jemaat. Dapat la lebihan. Cuma tak banyak. Sebab potong pun tak banyak kan. Tahun depan maybe banyak sikit sebab tahun ni dia potong lebih RM30 sebulan. Yang 2016 aku dipotong RM152 je setahun. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Pengagihan Pelan Data Guru dan YES 4G daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang

Imej
Pengagihan Pelan Data Guru dan YES 4G daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang. Semalam majlis disempurnakan di SMK Medini. Selesai je majlis, peranti terus diagihkan pada semua guru yang dapat, dan terus diberi taklimat cara guna di sekolah masing-masing. Maka. Bertebaranlah foto foto berswafoto dan tular menular antara satu sama lain pasal henfon masing masing. Mama pun tak terkecuali. Tapi. Aku yang lagi sibuk kot. Hahaha. Alhamdulillah. Selesai sudah pengagihan untuk semua guru di negeri Johor. Semalam borak ngan mama pun. Aku cakap. Gunalah untuk PdP dan urusan rasmi di sekolah. Yang henfon aku kasi tu kekalkan untuk urusan peribadi. Tak payah nak tutup line peribadi sedia ada. Kekalkan aje. Nanti kat rumah aku ajar lagi macamana nak optimumkan penggunaan altitude ni dalam PdP. Chewah. Mentang mentang la coach VLE. Kui kui kui. Coach pun tak dapek tau. Kekeke. Bersyukurlah.

Selamat Bersara Tn Hj Rozlan Mohamed

Imej
Selamat Bersara Tn Hj Rozlan Mohamed. Petang tadi ada sedikit majlis persaraan dilangsungkan di lobi jabatan. Lama jugak hj Rozlan berkhidmat. 39 tahun. Tahniah dan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan selama ini.