Catatan

Sepetang di TCEAS Skudai

Imej
Sepetang di TCEAS Skudai. Perghhh.. Leh tahan aku kuar dari sini semalam. Last person beb. Jam 6.00pm++. Dah masuk pun last. Takkan kuar awal lak kan. So. Yang lamanya bukan kisah servis. Tapi ada job tambahan. Tukar kit inflator untuk air bag. Ni prevention awal yang nissan amik sebab kes air bag kereta Honda dulu tu. So. Nissan pun sebab amik kit dari provider yang sama pun turut amik langkah berjaga awal la. Tak tau pulak aku. Kekeke. Apapun. Layan la astro arena sampai muntah kat sini. Layannn...

Bengkel KIK : JPN Johor LEADS

Imej
Bengkel KIK : JPN Johor LEADS. Semalam bos panggil bengkel tergempar. Dah keluar panggilan kebangsaan. Semua setuju untuk submit kali ni. So. Kena well prepared lah kan. InsyaAllah. Kita mampu lakukannya. Chaiyok!!!

Jem tanpa sebab

Imej
Jem tanpa sebab. Semalam. Tak pasal pasal terperangkap lam jem ni. Ntah apa sebab ntah. Tak eksiden ke apa pun. Cuma sebab ramai yang nak ke susur tun razak. Tak pernah pulak cenggini. Pakat nak gi mana? Hang pi mana sungguh aih. Dah tak pepasal aku lambat sampai opis. Huhuhu.

Mesyuarat Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPN Johor Bil.4 Tahun 2016

Imej
Mesyuarat Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPN Johor Bil.4 Tahun 2016. Mesyuarat dijalankan tadi bertempat di bilik mesyuarat Selasih. TQ bos, belanja beriani kambing. Bentang pasal ISO, Pengurusan Maklumat grafikal dan KPI SKT. Selesai semua masuk mesej. Video #info2minit baru masuk. Panas lagi. Terus on broadband. Download. Panjangkan pada the whole team.

Mesyuarat Semakan Prestasi Perbelanjaan Negeri Johor

Imej
Mesyuarat Semakan Prestasi Perbelanjaan Negeri Johor. Mesyuarat ni berlangsung pada 10 Ogos yang lepas bertempat di bilik mesyuarat Gelenggang. Lambat sikit nak upload sebab tak perasan gambo ni kat dalam SJCam. Layan...

Misi Korban, Akikah & Bantuan Pendidikan Kemboja & Vietnam 2016 Anjuran PEKDIS Johor

Imej
Misi Korban, Akikah & Bantuan Pendidikan Kemboja & Vietnam 2016 Anjuran PEKDIS Johor. Insya Allah Tahun 2016 ini, PEKDIS Johor akan menganjurkan Misi Korban/Akikah dan Bantuan Pendidikan di Kemboja & Vietnam buat tahun ke-7. Tahun ini PEKDIS Johor bekerjasama dengan: Jabatan Pendidikan Negeri Johor  Majlis Pengetua Sekolah-sekolah Malaysia (MPSM) Negeri Johor  Yayasan Al-Rahmah Kemboja Dalam masa 6 tahun lalu sebanyak 1452 ekor lembu telah disembelih dan diagihkan kepada penduduk Islam di Kemboja & Vietnam. Kita juga telah membina 158 buah telaga tiub yang membekalkan air bersih kepada penduduk di sana. Seramai 18 orang guru dari dua buah sekolah agama dan lapan buah halakah telah dibantu disamping peralatan dan kemudahan sekolah. Semua ini adalah bantuan sampingan yang telah dan akan kita teruskan. Tahun ini Pekdis Johor mengorak langkah bersama-sama Majlis Pengetua Sekolah Menengah Cawangan Johor akan bekerjasama dalam menjayakan misi ini. Insya Allah.

Epi besday Ucu

Imej
Epi besday Ucu. Semalam besday ucu. Ingatkan nak share semalam jugak. Tapi kes kebudaks tutup servis Dropbox. Fail tak masuk. Bila dah masuk. Tetiba PC pun dah mula slow. Hmmm... Kena tido dulu la tu. Petang ni godak semula. Best jugak semalam. Patut la kaki aku sengal semacam hari ni. Dua hari berturut meronda aje. KFC Nusa Perintis tutup untuk renovation. Sib baik ada KFC kat Second Link. Masuk ikut jalan belakang la kan. Tapau. Wak balik. Malam tu. Kita enjoyy!!!! Siap ada surprise gitu. Ekekeke.

Percubaan SPM 2016 SMK Taman Nusajaya

Imej
Percubaan SPM 2016 SMK Taman Nusajaya. Dari tadi aku dok nunggu nunggu. Apsal la gambo tak masuk masuk ke PC. Tengok fon. Tengok kamera. Semua dah masuk akaun dropbox. Sekali check. Ada budak tutup servis dropbox kat PC daa... ish ish ish. Sekali nengok ada gambo mama pun share. Layan dulu la gambo kebudaks periksa nih. Good luck to all!

Taman Permainan Nusantara Square 20160805

Imej
Taman Permainan Nusantara Square 20160805. First time bermain bersama. Layan taman permainan kat Nusantara Square. Pagi ni leh tahan jugak ramainya orang kat sini. Balik rumah. Memasing tido. Penat weh. Tak lupa singgah 7 Eleven sebelah tu beli slurpee!!!

Stuck On Junior Cycling Malaysia #Path Of Champions

Imej
Stuck On Junior Cycling Malaysia #Path Of Champions. Perghhh.. Boleh tahan jugak. Semalam amik time off. Nak bawak si Fiqri gi checkup kat klinik. Kalau ikut kul 2 nak ada kat klinik. Sekali. Jam 2 masih sangkut kat perling. First time tetiba ja semua pakat slow dan terus berenti. Ada trafik kawal kat susur keluar perling lepas jambatan tu. Tak lama lepas tu pakat gerak semula. Tapi slow. Jeling tengok. Oohh.. Kami sedang follow cycling kat depan. Ada trafik jaga. So semua pakat slow. Sampai kat horizon hill, aku naik ke atas cam biasa. Cyclist terus ke arah mydin. Hmmm. Lega la kot rasanya. Sekali kat roundabout kena tahan lagi. Rupanya laluan dia dari mydin ke sini balik. Nasib nasib. Bukan itu saja. Setiap trafik light berikutnya ada trafik sampai la ke junction Maybank. Perghhh!!!. 3 lebih baru sampai ke klinik. Paham paham la sampai jam berapa aku dok situ. Hehehe.