Catatan

Terowong Genting Sempah hala timur ditutup lima hari

Imej
Terowong Genting Sempah hala timur ditutup lima hari. Terowong Genting Sempah hala timur akan ditutup kepada lalu lintas selama lima hari mulai pukul 8 pagi 13 Jun 2016 (Isnin) hingga 12 tengah malam Jumaat. Laluan itu perlu ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan di dalam terowong itu, menurut kenyataan Syarikat Anih Berhad di sini, hari ini, Menurut Anih Berhad, satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah hala barat akan diadakan bagi memudahkan pengguna lebuh raya hala timur menuju ke Kuantan. Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai LPT boleh mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111. - Bernama

Pembayaran Peringkat Ketiga BR1M 2016 Diawalkan

Imej
Pembayaran Peringkat Ketiga BR1M 2016 Diawalkan Mulai 15 Jun Sempena Aidilfitri. Pembayaran peringkat ketiga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diawalkan mulai 15 Jun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 6 Julai. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan berharap pemberian BR1M itu dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti. Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima. -- BERNAMA --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ceramah Bulanan JPN Johor Jun 2016

Imej
Ceramah Bulanan JPN Johor Jun 2016. Dewan Seminar pagi semalam. Ustaz Khairi dengan topik nawaitu. Tak bawak kamera aku cam biasa. Beg dia masuk klinik. Kekeke.

Pendidik : Peluang keemasan guru muda berkarya

Imej
Pendidik : Peluang keemasan guru muda berkarya. Kalau diikutkan. Dah lama aku nak update pasal benda ni. Tapi asyik dengan kerja-kerja mendatang yang menyebabkan terlepas beberapa kali. Dah beberapa MT ambil tindakan mewar-warkan menerusi FB, dan aku pun dah free pagi ni. Apa salah amik sedikit masa untuk turut serta dalam mempromosi. Majalah ni akan diedar ke semua sekolah Julai ni. Beberapa artikel diperlukan dari guru-guru muda diseluruh negara. Jom kita turut serta! KEPADA SEMUA GURU-GURU MUDA 1Malaysia(GURU BAWAH 40). GM1M akan menghasilkan majalah buletin yang akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat. ANDA DIPELAWA UTK MENYERTAI dan BERKONGSI PENULISAN BESERTA GAMBAR (JIKA ADA : Candid situasi) dan email kepada wakil kami di negeri: sholihinmokhtar@gmail.com   bayajasa@gmail.com   husmira23@gmail.com Versi baru majalah yang santai pasti akan mengujakan. Life style pendidik yang tidak pernah diketahui umum, kini akan dikongsi dalam majalah ini untuk tatapan umum. - S

Stesen Bas Gelang Patah 20160607 Progress

Imej
Stesen Bas Gelang Patah 20160607 Progress. Dah makin mula terserlah rupanya. Cuma. Akan sibuk la kawasan ni lepas ni.

Mesyuarat Penyelarasan EKSA JPN Johor Bil.3/2016

Imej
Mesyuarat Penyelarasan EKSA JPN Johor Bil.3/2016. Hari Rabu yang lepas pada sebelah petang berlangsung mesyuarat ni di Bilik Bengkel SJQ. Banyak penambahbaikan dan gerakan perlu diambil untuk menyemarakkan lagi pembudayaan EKSA di JPN Johor terutama untuk unit Promosi.

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM500 13 Jun 2016

Imej
Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM500 13 Jun 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. "Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion. "Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri. Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion. -- BERNAMA --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photobl

Skating Rink Sutera Mall Getaway

Imej
Skating Rink Sutera Mall Getaway. Baru hari ni dapat tunai janji kat kebudaks ni. Asyik nak main roller blade lah, ice skate lah. Last last. Setelah timbang tara. Aku prefer ice skate. Sebab lebih terkawal. Dan. Banyak kali jugak diaorang hampir terjatuh. Dan terjatuh pun. Tapi masih quite OK lah. Harga dicaj RM10 perjam per person. Equipment RM8 seorang siap locker sorang satu. So. Just play for 1 jam. Tu pun adik inaz dah nampak sangat kepenatan. Biasalah. First time main kan. Selesai ja. Sempat singgah jap My Library. Teruja dedua kebudaks dengan koleksi buku kat sini. Kalau nak jadi member RM50 setahun. Family RM250 per family. Hehehe. Aku tak jadi ahli pun. Just singgah singgah je.

Pasar Kemboja Pekan Nenas : The Return

Imej
Pasar Kemboja Pekan Nenas : The Return. Ingatkan dapat beli something lagi lah. Tapi mama pulang tangan kosong. Design yang sama. Harga yang berbeza. Lebih tinggi daripada sebelum puasa. Rugi tak pilih trivago. Wakakaka. Nampaknya. Sama aje modus operandi mana-mana tempat. Harga pasti naik a bit bila dah mula masuk bulan puasa. Nak raya la katakan. Nak buek camno. Hehehe. Window shopping aje la. Aku. Cam biasa. Ronda jap aje. Pastu lepak lam kete ngan Fiqri.

SEMAKAN CALON BERJAYA BAGI LALUAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2016

Imej
SEMAKAN CALON BERJAYA BAGI LALUAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2016. Semakan berjaya calon sekolah seni/ sekolah sukan/ pribumi (Orang Asli dan Penan) serta SMA/SMU dan UEC bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dibuat pada 6 Jun 2016 jam 3 petang melalui http://pismp2016khas.ipg.edu.my SOALAN LAZIM MENGENAI URUSAN PENGAMBILAN GURU Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menyediakan soalan lazim (FAQ) mengenai Urusan Pengambilan Guru di ruangan Soalan Lazim. Pautan pantas adalah seperti berikut;  http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=345&cat=62&keyword=&page=1&subcat=& --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life