Catatan

SKMM nafi keluarkan amaran tapisan pemimpin negara

Imej
SKMM nafi keluarkan amaran tapisan pemimpin negara. KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menafikan menggeluarkan satu poster amaran tapisan internet yang mengandungi wajah didakwa pemimpin negara berupa badut. Menurut Pengarah Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, poster itu bukan daripada pihaknya dan  tidak mungkin akan mengeluarkan kenyataan seperti itu. "Kami tidak mengeluarkan amaran sedemikian kerana ia akan menjejaskan imej pemimpin negara," katanya ketika di hubungi Kosmo! Online sebentar tadi. - K! ONLINE #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Jenjalan layan air pasang besar

Imej
Jenjalan layan air pasang besar. Ngarok si fiqri satu hari. Dua tiga kali aku keluar meronda ngan dia. Siap masuk keter sport dia la apa lagi. Round tawaf satu kampung. Sempat gi jeti layan air pasang besar. Gi layan bakar arang. Layan jangan tak layan.

Jambatan Sungai Kopok runtuh

Imej
Jambatan Sungai Kopok runtuh. JOHOR BAHRU, 8 Feb (Bernama) -- Sebuah jambatan sepanjang 50 meter yang merupakan laluan utama penduduk di Kampung Perigi Acheh dekat Pasir Gudang runtuh awal pagi tadi menyebabkan kira-kira 500 penduduk terkandas. Ketua Kampung, Saad Awang berkata jambatan berusia 16 tahun itu runtuh setelah air sungai naik mendadak daripada biasa serta terjadi arus deras pada kejadian pukul 2 pagi tadi. "Jambatan ini memang sudah bengkok dalam tempoh masa lima hingga enam bulan kebelakangan ini dan kita telah membawa perkara ini kepada pihak berwajib termasuk Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). "Sepatutnya ia dalam proses pembaikan, namun kita tidak sangka jambatan ini runtuh lebih awal dari jangkaan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian Isnin. Beliau berkata runtuhnya jambatan itu menyebabkan kira-kira 500 penduduk kampung terputus laluan kerana jambatan yang merentasi Sungai Kopok itu merupakan satu-satunya laluan pendudu

Paus terdampar di Pantai Rambah

Imej
Paus terdampar di Pantai Rambah. PONTIAN - Seekor ikan paus seberat 3 tan dijumpai penduduk terdampar di Pantai Rambah di sini, kira-kira jam 2.00 petang tadi. Penemuan ikan paus itu  menarik perhatian setempat kerana disifatkan cukup unik kerana mamalia ‎itu hidup di kawasan beriklim sejuk dan tidak terdapat di kawasan perairan negara ini. Gerakan menyelamatkan ikan paus tersebut dilakukan oleh penduduk dan anggota penyelamat terdiri daripada Bomba dan JPAM. Ketua Operasi Khidmat Khas, Balai Bomba Pontian Baru, Jumaat Sailan berkata, bot nelayan tempatan digunakan bagi menarik ikan paus yang berada hanya kira-kira 50 meter daripada kawasan tebing Pantai Rambah. "Ikan paus itu masih lagi hidup. Justeru gerakan menyelamatkan mamalia itu dilakukan dengan bantuan penduduk dan nelayan tempatan. ‎ "Kami cuba membawa ikan paus itu ke laut dalam, kerana ka‎wasan di tepi pantai Rambah agak cetek. "Ekor ikan paus telah diikat dengan tali, yang kemudiannya ditarik o

Aliff Syukri menarik diri taja pasukan Kedah

Imej
Aliff Syukri menarik diri taja pasukan Kedah. PENGASAS D'Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, pihaknya sudah menarik diri daripada menjadi penaja buat pasukan Kedah. Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai 'Abang Terlajak Laris' berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau tidak lagi berminat untuk menaja pasukan Helang Merah itu. "Sudah, saya tidak berminat," katanya ringkas menerusi WhatsApp kepada Sinar Online hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah pihaknya sudah membuat keputusan untuk menjadi penaja Kedah atau sebaliknya. Namun ketika ditanya kenapa pihaknya menarik diri, Aliff Syukri enggan mengulas lanjut. Januari lalu, Aliff Syukri mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai penajaan skuad Helang Merah. Tetapi, disebabkan oleh krisis politik yang melanda Kedah baru-baru ini yang telah menyebabkan Mukhriz terpaksa mengundurkan di

Klinik 1Malaysia Taman Nusantara On Chinese New Year Eve

Imej
Klinik 1Malaysia Taman Nusantara On Chinese New Year Eve. Ke klinik jap petang tadi. Fiqri demam pulak semalam. Semalaman jelum je kepala dia. Tengahari tadi masih suam suam gitu. Bawak aje la. Persediaan. Esok dah cuti. Dua hari pulak tu. Sempena Tahun Baru Cina. Kalau suhu naik baru bagi. Kalau tak, sekurang-kurangnya ada backup.

Lebuhraya Sesak Lagi

Imej
Lebuhraya Sesak Lagi. Setiap kali ada cuti yang agak panjang, pastinya akan berlaku kesesakan di lebuhraya-lebuhraya utama. ke utara, selatan, pantai timur. Pasti. Semua orang berpusu-pusu meninggalkan badaraya utama untuk pulang. Yang menarik semuanya seperti sekepala. Ingat raya lepas. Aku cuba balik tengah malam. Kononnya nak elak jem. Sama ja. Dah macam siang hari kat highway. Apa boleh buat. Apa yang dapat dikata cuma, Berhati-hati di jalan raya. #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Bukit Indah Chinese New Year Shopping Spree

Imej
Bukit Indah Chinese New Year Shopping Spree. Hari ni merayap ke Bukit Indah. Mula dengan Aeon pastu ke Tesco. Memasing ada target. Aeon untuk baju. Tesco untuk Mr DIY. Punya la beza dedua tempat ni. Yang Aeon, sampai nak parking pun dua tiga kali tawaf. Tu pun dapat kat hujung dunia sana. Masuk. Terus ke bahagian pakaian. Tak berapa seronok. Kuar ke Cartoon Network. Dapat la selai dua. Pastu cari kasut pulak kat Al-Ikhsan. Tengok tengok aje ler. Singgah Croc. Pun cuci mata ja. Singgah ke Sweet Potato sebelum gerak ke Tesco. Sampai Tesco makan tengahari dulu. Pastu kami terus ke Mr.DIY. Banyak pulak yang diborong kat sini terutama si Iqa. Pastu baru gerak ke Tesco, semata mata nak beli Milo ngan susu je. K. Jom caloo pulang. Yihaaa...

Harimau Belang Mati Dirempuh MPV Di LPT2

Imej
Harimau Belang Mati Dirempuh MPV Di LPT2. KEMAMAN, 6 Feb (Bernama) -- Seekor harimau belang dewasa mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM321.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini, awal pagi tadi. Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira 1 pagi ketika harimau berkenaan cuba melintasi lebuh raya sebelum dilanggar sebuah MPV yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu. Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Kamaluddin Mohamad yang mengesahkan kejadian itu berkata pemandu dan tiga penumpang MPV berkenaan selamat. Bangkai harimau belang berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan lanjut. Dalam pada itu, Kamaluddin turut menasihatkan pengguna LPT 2 supaya berhati-hati memandu di sepanjang lebuh raya berkenaan terutamanya pada waktu malam berikutan banyak binatang liar berkeliaran dan melintas. "Berwaspada dengan haiwan seperti rusa, tapir, babi dan binatang ternakan seperti kambing, l

Diskusi Islamiah : Ekstremisme Agama Di Malaysia

Imej
Diskusi Islamiah : Ekstremisme Agama Di Malaysia. Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedia, menyahut cabaran Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin untuk berdebat dalam isu ekstremisme agama di negara ini. Memetik posting terbaharu Dr Mohd Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza itu, beliau telahpun menempah tiket pesawat pada tarikh debat tersebut diadakan. Debat dirancang berlangsung pada Rabu depan di Auditorium ICU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya yang akan menampilkan Pengarang Astro Awani, Nazri Kahar sebagai moderator. Dalam surat jemputan daripada setiausaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, objektif penganjurannya dikatakan bertujuan menolak budaya label melabel dan menggalakkan perbincangan ilmiah. Selain itu, ia bertujuan membersihkan salah faham termasuk menerangkan perkara sebenar agar tindakan selepas ini bukan berdasarkan sangkaan buruk. Undangan itu dibuat setelah Zamihan, yang