Catatan

Hari Hol Johor 2015

Imej
Hari Hol Johor 2015 Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Notis Amaran Air Pasang Besar MBJB 2015

Imej
Notis Amaran Air Pasang Besar MBJB 2015 Adalah dimaklumkan fenomena air pasang besar akan berlaku di Selat Tebrau pada tarikh-tarikh seperti berikut. Sekiranya berlaku hujan lebat berterusan semasa air pasang besar ini, boleh menyebabkan berlaku banjir; terutama di kawasan pusat bandar dan kawasan rendah berhampiran tepi pantai atau sungai. Majlis Bandaraya Johor Bahru memohon kerjasama orang ramai serta penduduk yang berada di kawasan yang terlibat agar lebih bersedia dan berwaspada sepanjang tempoh fenomena air pasang besar ini. Majlis Bandaraya Johor Bahru 17 November 2015 Tarikh Masa Air Pasang Besar Ketinggian Air Laut 24 November 2015 9.49 pagi 3.5 m 24 November 2015 10.38 malam 3.5 m 25 November 2015 10.33 pagi 3.6 m 25 November 2015 11.27 malam 3.7 m 26 November 2015 11.15 pagi 3.7 m 27 November

UPSR 2015: 38,344 Calon Dapat Semua A

Imej
UPSR 2015: 38,344 Calon Dapat Semua A Pencapaian keseluruhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 meningkat dan murid yang mendapat keputusan cemerlang semua Gred A juga meningkat kepada 38,344 orang berbanding pencapaian pada tahun 2014. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata sejumlah 443,407 murid menduduki UPSR pada tahun ini dan murid yang mendapat semua Gred A meningkat 0.76 peratus, iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus pada tahun ini. Tahun lepas, 36,304 pelajar daripada 460,407 calon mendapat semua Gred A. "Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) UPSR meningkat sebanyak 0.02 mata, iaitu daripada GPN 2.29 pada 2014 kepada 2.27 tahun ini. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik," katanya mengumumkan analisis keputusan UPSR 2015 di Kementerian Pendidikan di sini hari ini. -- BERNAMA Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SA Nusa Perintis 2015

Imej
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SA Nusa Perintis 2015. Petangnya sambung kat dewan ni lagi. Majlis sekolah agama pulak. Lepak ngan adik inaz. Iqa ada tiga sijil dan piala dia amik. Pengawas Pusat Sumber, Nombor 1 Kelas, Pelajar Terbaik Tahun 6. Alhamdulillah. Tahun depan adik inaz kena usaha lebih lagi. Tunjukkan adik inaz pun mampu jadi yang terbaik. ps : sori. hari ni aku tak bawak mu beloved samsung camera. pasal banyak belakang tabir aje di sutera mall. balik terus ke sekolah dari tengahari sampai petang. so. zen 4 dan sj4000 aje yang ade. cubic. lepak lam bag sisi aje. malu aaa.. banyak sangat gajet kecik ni.

Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis. Selesai urusan awal di Sutera Mall, terus bergegas ke SK Taman Nusa Perintis. Around 11.30 pagi juga baru aku sampai. Dah mula lama dah majlis dia. Alhamdulillah. Seramai 28 orang murid memperoleh keputusan 5A, manakala 21 orang murid lagi memperoleh 4A. Tahniah pada semua murid, guru dan ibu bapa yang terlibat. Alhamdulillah.

Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - Day 3

Imej
Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - Day 3. Finale. Lepak dalam debar. Lebih debar pasal UPSR si Iqa. Tepat jam 10, terus SMS. Alhamdulillah. Dah tahu tenang sikit. Layan dulu majlis ni. Hari ni kami kerja lam eco green. Ramai pulops yang datang ngendeng ke meja kami nih. Ish ish ish. Kalau pow sorang RM2 dah kaya ni. Setel sampai montaj, terus gerak ke sekolah. Alhamdulillah dapat mesej dari Dila, semua lancar sampai ke akhir.

Semakan SMS Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015

Imej
Semakan SMS Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - The Contestants

Imej
Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - The Contestants. Foto diambil dari dua team. Satunya team dokumentasi, dari SMK Taman Sutera dan satu lagi dari Team Montaj, dari BTPNJ. Semak satu persatu. Mana yang masih tak berapa nak comel kita gi follow up semula. Layan lah ye. Habit tetap habit lah.

Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - Day 2

Imej
Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - Day 2. Hari kedua. More job to be settled. Banyak menunggu sambil merangka. Kerjasama ngan team BTPN dan team dokumentasi amat memberansangkan. Siap rehearsal dalam dua kali petang tu.

KAEDAH PEMBERHENTIAN SUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN

Imej
KAEDAH PEMBERHENTIAN SUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN Rasanya. Aku pun akan turut serta. Tukar ke Saham Wakaf Johor ke, mana ke. Dulu, aku yang rela mencari. Kini, aku juga rela bertukar. Simple je. Edit dan emelkan dgn hp ke....amaljariah@yapiem.net.my NAMA ALAMAT RUMAH @ SEKOLAH Tarikh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Tingkat 8, Grand Seasons Avenue, No. 72, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur Tuan / Puan, PEMBERHENTIAN SUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya dengan ini mengarahkan pihak tuan / puan supaya memberhentikan potongan bulanan sumbangan YaPEIM melalui potongan gaji DENGAN SEGERA kerana tidak bersetuju dengan isu semasa yang berkaitan dengan YaPEIM yang dilihat sebagai suatu pembaziran dana awam dari sumbangan orang ramai. 3. Berikut adalah butiran peribadi saya untuk rujukan pihak tuan. Nama penuh : No. k/p : No. Tel : Alamat bertugas : Sumb