Catatan

Painting with light | Ramadan 1435H 2014M

Imej
Painting with light | Ramadan 1435H 2014M. Semalam punyala seronok the kebudaks main bunga api. Alang alang aku ajak diaorang main main pinting with light. Baru belajo. Memula tertulis terbalik. Lama lama OK ler. Nanti kita buat kelas pengayaan lagi nooo... tunggu...

Johor Talent ; Membentuk Pemimpin Masa Hadapan

Imej
Johor Talent ; Membentuk Pemimpin Masa Hadapan Anda anak Johor ? Jom sertai Johor Talent! Satu inisiatif khas merakyatkan Kerajaan Negeri Johor untuk membina bakat kepimpinan generasi muda. Anda berpeluang untuk berkhidmat bersama barisan kepimpinan dan GLC negeri Johor. Penyertaan terbuka kepada mahasiswa universiti tahun akhir. Juga terbuka kepada graduan ijazah sarjana muda. Elaun dan latihan asas kerjaya turut disediakan. Maklumat lanjut di FB Johor Talent atau hubungi IKLAS di talian 07-224 5488.Tarikh tutup permohonan pada 10 Ogos 2014 “Johor Talent ; Membentuk Pemimpin Masa Hadapan” Info Johor Talent Johor Talent merupakan satu inisiatif merakyatkan Kerajaan Negeri Johor untuk membangun dan melahirkan modal insan berprestasi tinggi yang mempunyai personaliti dan berketrampilan unggul. Inisiatif ini selaras dengan pembangunan negeri Johor yang bakal menjadi sebuah bandaraya metropolitan dan pusat ekonomi yang berkembang maju. Justeru, adalah menjadi satu hasrat bar

Perhimpunan bulanan JPN Johor Bil.7/2014

Imej
Perhimpunan bulanan JPN Johor Bil.7/2014. Tiba giliran Sektor Peperiksaan dan Penilaian (SPP). Penghargaan kepada staf yang lahir bulan Julai. Sedikit ucapan oleh Timbalan Pengarah dan diikuti dengan ceramah agama "Persediaan menyambut Syawal oleh ustaz Hanafiah. Bersemangat tul ustaz pagi ni. ps : lambat sikit posting entry ni. Mood label punya pasal. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H 2014M

Imej
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H 2014M. Setiap tahun dah jadi satu kemestian. Walaupun ramai yang kata aku ni olskool. Tak kisah la kan. Aku suka mender mender cenggini. Kad dah pun dihantar pada si penerima. Pada yang lain, yang mengenali diri ini, secara lahiriah atau maya, rakan-rakan maya, pembaca blog, rakan-rakan, saudara mara, minta maaf zahir dan batin pada semua; Selamat Hari Raya Aidilfitri. Muahhhsss.. ps : yang balik beraya, tersangkut jam, banyakkan bersabar. ingat orang yang tersayang. Biar lambat asalkan selamat. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Seharian di Colombia Asia Hospital

Imej
Seharian di Colombia Asia Hospital. Satu hari aku kat sini semalam. Ye lah. Doktor ada 3 kes. Dua kelahiran normal, satu cesarean. Memula sampai. Tunggu jugak sampai jam 12. Sekali tanya nurse, doktor ada kes. OK. Fine. So, balik dulu, lepas sembahyang jemaat baru datang balik. Semasa tunggu, tetiba ada kes lagi. OK. Tunggu lagi. Doakan permudahkan kelahiran tu. Hari ni hari orang, hari kita belum tau. Harap semua berjalan baik. Then doktor masuk balik. Alhamdulillah. Baby semua ok. InsyaAllah. Doc kata maybe boy. Tapi bulan depan baru leh confirm. Lebih ke situ la katanya. Balik singgah pulai jaya jap n ronda pasar ramadan jap. Gerai pun dah tak banyak. Tu yang aku suka kot. Hehehe...

Terbaik la tarif elektrik baru ni

Imej
Terbaik la tarif elektrik baru ni. Ni sekadar pemerhatian aku berdasarkan bil-bil lama aku ler. Biasanya aku bayar around RM120 - RM160. Paling tinggi sebelum ni pun baru RM170. Tu memang aku mandi cahaya la kot. Maybe. Tapi bulan ni... jeng jeng jeng RM 231. Pergghhhh... Ni la penangan tarif baru TNB. Kalau dulu. Lepas blok kedua dia kira 0.400 n 0.402 untuk the next blok after. Sekali yang baru ni... lepas blok kedua terus 0.516... Lonjakan saujana tu beb... Memang terbaeekkk!!!! ps : Patut la makin bergelap jiran-jiran aku. Masing-masing mula terasa beban baru ni. Huhuhu. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Main pop pop aje la ini tahun

Imej
Main pop pop aje la ini tahun. Ingat hari tu aku beli sekotak pop pop kat Mydin. Tu ler yang kebudaks ni main siang malam pagi petang. Iqi sampai tak ingat dunia. Lepas sekotak, sekotak lagi. Sampai kena hadkan. Pagi sekali, petang sekali. Kali tak bermaksud kotak noo.. dia belasah jugak berkotak kotak. Hehehehe.

Kad Ucapan Selamat Hari Raya dari Muhammad Haziq Ziqri

Imej
Kad Ucapan Selamat Hari Raya dari Muhammad Haziq Ziqri. Semalam. Ziqri buat kad raya kat sekolah dia. Cikgu dia ajar katanya. Ni khas untuk abah mama dia kata. Hehehe.

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis ini disempurnakan semalam bertempat di Pusat Kokurikulum Johor. Lambat sikit haplod. Masalah line yang agak slow sikit semalam, disamping... gambo pun agak banyak. Tetamu kami semalam adalah mufti Johor sendiri. Dimulakan dengan majlis khatam al-quran, seterusnya penyampaian hadiah pemenang sudut Ramadan, sedikit tazkirah oleh dato' mufti sendiri dan diteruskan dengan majlis iftar. So... let's the picas do the talking. Enjoice!