Catatan

The place with the most same signboard

Imej
Tempat ni memang penuh ngan sign. Dari nak masuk parking, sampai la ke nak masuk bilik. Tak kata apa... Dari dulu aku sampai sini, sampai ke la. Aku jumpa sign yang sama aje

Eh eh

Imej
Sekali masa nak ke bilik mesyuarat pagi tadi, boleh pulak nampak van van nestle kat bawah sana. Rupanya, dia buat amal sempena 100 tahun nestle, agaknya la kan. Sebab aku tak turun pun ke bawah. Kang sambung lagi batuk aku nih pekena air ais tuh

Sabak Awor here we come

Imej
Setelkan lambat sikit hari kedua ni. Yang penting semua kena beres sebelum dapat kita gi makan sebelah malamnya. Warung Wak Jos kat sabak awor jadi target malam ni. Kebetulan semua terplan yang sama. Semua pakat jumpa kat sana. Kekeke. Walau lari sikit target asal, dua birthday boy ada malam semalam sebenarnya; sapa lagi kalau bukan mat nor dan ziqri kan, tapi kira orait la. Makanan... Sampai tak dapat masuk lagi dah. Alhamdulillah. Sampai hotel semula. Sambung balik discussion, sambung balik penambahbaikan.

Sate Maharani

Imej
Hmmm.... Sarap sate pagi ni. Boleh tahan gak la. Yummy.

Aktiviti lunch Senin

Imej
Sebenarnya aku bukannya tak nak masuk entri semalam ni, tapi sebab ada member dah bising; terpaksa la aku masukkan jugak. Kang ada yang bising, risau; pasaipa aku tak kirim berita. Semalam masa lunch, aku and the pack goes to Selera Johor. Ala, kat Plaza Larkin ja. Sebab, pastu nak gi SAJ, sambung balik meter air rumah pulai perdana yang kena potong tu la. So, makan tengahari tu kira ngam la. Dua Nasi Lemak Ayam, satu RM4.50. Just nice. Memang terbaeekkk!!!! Sup daging yang Kairul makan RM6. Nampak cam sedap jugak. Dah abis makan, baru gerak ke SAJ. Tapi katanya akaun aku dah tutup. Nak tak nak kena la jugak ke Kulai untuk daftar baru. Tu lah. Ada rumah, tak reti nak duduk. Bil akhir tu pun sampai dah berkulat baru reti nak amik. Tengokla bila aku ada free balik...

Sambutan Maulidur Rasul dan Anugerah Cemerlang SA Nusa Perintis

Imej
Majlis diteruskan dengan ceramah agama. Memang best ustaz ni. Pastu ada persembahan pelajar sebelum upacara penyampaian hadiah. Iqa dapat nombor dua, putri dapat pertama. Selepas majlis dah setel semua pakat makan lam dulang. Terbaeekkk!!!!

Mesyuarat Agong Badan Kebajikan SA Nusa Perintis

Imej
Majlis pagi ni dimulakan ngan mesyuarat agong dulu. Apa apa pun tahniah pada mama sebab berjaya jadi AJK. Terbaeekkk!!!!

Sarapan pagi di Nusa Perintis

Imej
Sempat sarapan outdoor pagi ni. Sebelum ke majlis sambutan maulidur rasul, mesyuarat agong dan penyampaian hadiah sekolah agama nusa perintis

Mutiara Village Grill and Steamboat

Imej
Ni edisi menambah berat badan. Mutiara Village Grill and Steamboat letaknya di taman mutiara rini. Memang boleh tahan. Harga RM20 untuk dewasa, kebudak RM8. Budak u dapat diskaun rm2. Terbaeekkk!!!!