Catatan

Bila Ziqri mula berjalan

Imej
Tengok la semalam. Dah pandai merayap dah pun. Yang bestnya siap pegang rotan tuh, carik budak malas ngaji agaknya. Hehehe.. Ziqri ziqri Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review - Megamind (2010)

Imej
Aku kasi 4 setengah bintang Semalam layan citer nih ngan balqis berdua. Tak tahan tu nengok. Memang best. Citer pasal dua alien yang jatuh ke bumi. Satu jatuh ke rumah orang kaya, ni la metroman. Lagi satu jatuh ke penjara, ni ler hero citer nih, megamind. Dari kecik diaorang bersaing. Dan biasanya megamind selalu tercorot. Sehingga la dia amik keputusan untuk jadi jahat. Maka bermula la kisah pertembungan kuasa baik ngan kuasa jahat. Nak jadi cerita, masa pembukaan muzium khas untuk metroman; terjadilah satu peristiwa yang menukar persepsi megamind. Dia dah dapat semua, tapi hidup dia bosan lepas dia berjaya bunuh metroman. Dia dah takde hala tuju lagi dah. Mana taknya. Dari kecik kerja dia bersaing ngan metroman ja. Last last dia dapat idea nak buat superhero baru untuk bersaing ngan dia semula. Tapi apa yang berlaku sebaliknya. Dia pulak yang jadi hero pasal Titan, hero yang dicipta tu dah bertukar jadi jahat. Super jahat. Dan dia telah berjaya mengalahkan titan dan mula disa

Layan air pasang besar

Imej
Layan jangan tak layan Petang ni dengar bising ja kat luar. Biasa la. Air Pasang Besar. Bebudak semua gi jeti terojun. Mandi. Msa bebudak dulu pun aku cenggini. Cuma bezanya aku terojun parit ja. Mandi air sungai yang dialir ke sawah. Balik kena rembas ngan mak, baju semua kena basuh sendiri. kikikiki. Sama la tu, bezanya sini air laut. Ni pun dah tak macam dulu. Bila kerajaan buat projek tebatan, naik tarap longkang semua; air jalan elok la. Semua lalu longkang ke kawasan sepatutnya. Tu pun sekali sekala melimpah jugak longkang nih. Hari ni kira orait la. Ngam ngam ja. Kalau jaman dedulu, abis banjir terus rumah nih. Berapa kali beraya lam air masin. Kucing semua masuk besen, dibawa belayar. kikiki.. Keter motor memang kena bawak keluar ke jalan besar. Tu citer dulu la. Tapi oran kat dapur arang sana memang masih macam dulu. Pasal terlalu hampir ngan sungai. Tapi setakat wawasan ni dah ok dah. Alhamdulillah>>>> Ngam ngam ja air hari ni suruh ucu dok

Ronoroa Zoro : the picas

Imej
Lama dok terkurung lam kotak.. sekali terkeluar... Tadi sesaja dok belek belek kotak kotak aku dulu. Kotak masa aku pindah dari kuala selangor ke JB. Ni antara 2 kotak aku yang memang aku tak keluarkan isi dia. Sebabnya.. Ni semua model model yang aku simpan semenjak aku bujang lagi.. Dari gundam wing deathscythe, ghost in the shell sampaila ke model besi wunan ngan sang asura. Aku pernah kuarkan sekali raksasa syaitan si wunan tu. Terjerit jerit si iqa. Sudahnya.. semua tersimpan kemas lam kotak sampai ke la. Pagi ni saja kuarkan dok belek belek balik. Pegang si usagi yojimbo, ingat ninja turtle; vanessa william, ingat pemandu manta lam mask. Huh.. memang model aku ni dah masuk nak sebaya ngan aku dah. Dan semuanya masih tip top. Tengok cara jaga la beb. Memang aku saja simpan sebab aku suka sangat model nih. Lagi pun leh jadik model aku untuk photoshoot gak kan. Pagi ni saja aku kuarkan si ronoroa zoro, dari one piece. Aku suka model model cenggini. Point gerak dia banyak. Mem

Movie Review - Jonah Hex (2010)

Imej
Jom layan movie adaptasi komik nih Aku dulu first layan komik ni tahun 1987 tak silap aku. Biasa la. Turun penang, cari komik komik lama ni dah jadi biasa bagi aku. Masa tu memang tengah top citer citer koboi nih. Apa lagi layann.. Masa tu pelik jugak pasal apa hero ni mulut bersambung. Sanggup cari balik isu yang lagi lama pasal nak tau kan. Last last baru tau apa kes sebenarnya. Movie ni pun dia rungkai dari awal. Macamana si Hex ni kena dera, keluarga dibunuh depan mata, muka dicop ngan besi penanda lembu tu. Tu yang pastu mulut dia jadi cenggitu. Pastu mula la kisah dia memburu balik si Turnbull nih. Si Turnbull ni pulak memang dia ada plan baik nak bunuh presiden masa sambutan 4th of July ngan senjata yang dirampas dari tentera. Gila canggih meriam tuh. Tu lum masuk senjata si Hex lagi. Memang giler la citer nih. Tak tahan nengok senjata tu la. Dengan senjata si hexnya, senjata si turnbullnya. Pergghhh.. Kira mantap habis la. Cuma yang tak best macam si hex ni lemau sangat

Habit yang paling susah nak dibuang

Imej
agak agak la mana satu habit tersebut Tunjuk gambo ni pun dah boleh nampak habit habit aku. Suka taruk barang setempat. Dan aku akan ingat tempat tu ja. Videocam pun taruk luar ja. Malas nak masuk dry cabinet? Sebenarnya dry cabinet aku pun dah full. Penuh ngan kamera yang kalau aku tak simpan elok elok kang berkulat la pulak kan. Lain pulak yang dibebel. Sebenornya, habit aku yang paling susah aku nak kikis letaknya kat pack jajan tu. Suka makan jajan? Yes. Tapi itu bukan isunya. Isunya.. aku suka bukak dan biarkan jajan tu cenggitu. Bila aku makan nya.. Bila dah lemau. Kekeke.. tu la habit aku sejak kecik lagi. Kembung perut baru tau. Memang dah banyak kali dah pun. Tapi ntah la. Dah jadik habit dah pun. Tak feel la pulak makan jajan rangup rangup. Makan lemau ni rasa macam feel gegiler. Atau maybe aku suka yang kenyal agaknya kan. Wallahualam>>>> tu taruk dari semalam tau.. Sukati ja nak taruk barang.. Enjoice...Sharing is power!!!

Ziqri : Walk walk session

Imej
Ceewah.. tengok la gaya dia tu Ziqri sekarang dah leh maju lam 3 ke 4 langkah dah. Hebat seyyhh.. Hehehe. Suka dia orang semua bersorak bila dia melangkah. Ala ala pemain bola baru score gol. siap cheerleader semua dok bersorak meraikan kejayaan dia. Tengok la gaya releks dia tu, berdiri; sambil bersandar ke kusyen tuh. Jom kita layan aksi dia nih. Bukan senang tau, pasal dia memang pantang nengok kamera aku nih. Taunya nak kejar ja>>>> Dah start nak kejar dah.. Kan aku dah cakap. Hala kamera terus merangkak kejar.. susah la Tak dapat mula la melalak. kikiki Dengar taklimat dari mama dulu camner nak berjalan. hehehe Haaa.. kan dah melangkah Lagi.. lagi.. we want more.. we want more.. Nanti nanti la, ziqri dah penat tau Enjoice...Sharing is power!!!

PTPTN Ujrah - Think before you signed

Imej
Yes! Logo yang paling glamer sejak akhir akhir nih Sebenarnya malam ni tarak mood pun nak menulis blog nih. Layan movie Mystery Man kat tibitige lagi best kan. Kisahnya pasal Skim Ujrah yang PTPTN kenalkan tu lah. Si Ucu ni pulak sibuk nak tukau dari skim lama ke skim baru dia. Cam biasa la. Nak mintak aku sahkan dokumen dokumen dia. Senang ekkkk. Pastu mintak aku jadi saksi sekali. Aku taknak. Sib baik aku taknak. Kena la ngadap mama. Tu yang mula timbul pasal isu nih.. Ada beza ka pasal 3% ngan 1%. Korang baca sendiri bebetul sebelum sign off. Baca dan fahami bebetul. Aku taknak komen panjang. Lepas kira balik 3% and 1%, kami buat keputusan kekal yang lama. Kepada yang kat luar tu pun aku nasihatkan kalau nak buat apa apa, tolong fahami apa yang akan anda lakukan. Jangan sampai diri yang merana yerk. Buat kiraan. Bandingkan. Tentukan yang terbaik untuk diri anda. Kat sini pun ada jugak yang ulas panjang. Kalau nak baca gi ler blog dia. Aku linkkan kat sini ja. Bolehkan encik cek

Jom Ronda-Ronda : Gerai Mee Udang Tiram Duku

Imej
Sini semua masakan berasaskan udang semata Lama tak buat sesi jom ronda-ronda nih. Walau banyak ronda tapi malas nak klasifikasi lam segmen biasa aku nih. Kali ni memang sesaja masukkan; khas untuk encik norazam dan encik suliman yang ternanti nanti mee udang yang glamer tuh. Sekali diaorang nengok.. lehhh.. ni mee goreng biasa, cuma ada udang dan memang best la. Gerai mee udang ni letaknya di Tiram Duku. Kalau dari Gelang Patah pastikan korang melepasi simpang paya mengkuang, kalau dari highway pastikan korang melepasi sk tiram duku, baru sampai sini. Petunjuk paling nyata bengkel kereta. Gerai dia share ngan bengkel kereta. Sebelah kiri jika dari highway, sebelah kanan jika dari gelang patah. Gerai ni semua masakan dia berasaskan udang. So tak yah cakap tak nak daging bagai. Pasal dia akan letak udang sahaja. Dan yang paling best kat sini koey teow goreng dan mee sup. Hari Rabu lepas kami singgah pasal ada orang sudah bakar. Katanya boleh order udang goreng kunyit dan sebagain

Beza antara SLR ngan kamera kompak

Imej
Belasah ajer la.. Patut aku amik kat traffic light mutiara rini. Ramai orang selalu cakap, ngan aku la, amik pakai kamera mahal boleh la. Tu pasal gambo cantik. Kalau bebetul korang selak gambo aku satu satu, bukan semua gambo aku amik pakai kamera slr, henpon ada, kamera kompak ada, kamera cap ayam ada. Semua kamera yang aku ada, ada share dia lam blog ni. Betul ka kalau kamera mahal gambo kita pasti cantik. Tak jugak. Cam member aku selalu cakap, it's the man behind the camera. Not the camera. Betulla tu. Kena asah skill dulu. Pahamkan semua konsep pengambilan gambo. Apa beza kompak dengan SLR? Bagi aku yang pertama, BERAT. Hehehehe.. kelako.. tu memang betul tapi yang paling aku ketara bagi aku adalah KONTROL. Kompak kita tak boleh sesukasuki adjust the main thing about fotografi.. aparture dan shutterspeed. Walau kebanyakan kamera kompak sekarang dah ada fungsi adjust ni.. tapi lebih kepada digital. Kalau tanya orang lama memang tak feel adjust digital. Tak caya cuba ko