Sumbangan Anak Yatim PPD Johor Bahru - Prep
Tarikh : 25 Ogos 2010 Masa : 11.00 pagi sampai balik Tempat : Tempat parking dan bilik mesyuarat Mood : mood nak kenduri Tengah aku dok nyetel kerja tetiba henpon bunyik. Cik kerol, sila alihkan keter putih cik kerol tu. Nanti kalau calar cik kerol gak yang nangis. Ooo yeker.. team pasang kemah dah sampai rupanya. Semua keter kat tempat parking kena kosongkan, pasal 4 kemah beso nak dinaikkan. Kang tak pasal-pasal kereta tercedera. Pastu 2 kemah lagi dipasang depan bilik mesyuarat. Petangnya pulak, ustaz zaidi lak panggil. Jom rengrakan. Kita angkat sumbangan kepada anak yatim esok nih. Jommm.. 4 keter penuh ngan beras dan keperluan dapur nak kena dikosongkan. Perghhh.. Leh tahan pinggang aku petang nih.. Sib baik ramai gak yang nolong. Kalau tidak.. ada mc esok hari nih.. Pas setel ngangkat tu sempat posing lagi tuh. hahahaha.. Yang pasti, aku balik lam keadaan peluh masih menyimbah.. pergghhh.. Takpe.. Lupa lak nak cakap.. Jakel yang sponsor semua beras dan keperluan dapur