Catatan

Jom Ronda-Ronda : Grand Livina Test Drive

Lepas dah setel semua baru gi test Livina nih. Quite nice. Design interior ngan exterior. Tapi ada satu lagi yang kena test dulu hari ni, Innova. Sayang takde la pulak sebab ada client lain yang wak kuar. Apapun dah buat appointment untuk test drive selasa.. Nanti baru citer perbandingan antara dedua nih Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Gerai Roti Stim, JB

Lepas jer habis semua kat Persada, kami terus kuar. Cadangnya nak makan dulu. Setakat iqa for sure cadangan KFC mesti kuar punya. Last-last kitaorang makan kat bawah PPD tu jer, sebelah Nissan nyer HQ. Pasal lepas ni pun sesaja nak gi test nengokkan Livina kan. Leh tahan gak la makanan kat sini. Problemnya satu, masak memang slow and steady sikit. Tu sebab aku jarang makan kat sini tengahari. Iqa cam biasa makan meehun sup sama inaz dan ucu. Aku makan nasi goreng kampung telur mata sama mama. Ngam hoo.. Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : MISTI, Persada Johor Bahru

Semalam bawak bebudak ni pergi Persada, nak nengok MISTI. Kalau tak pergi melepas la bebudak ni ngan acara dwitahunan nih. Cuma kali ni dia drag setahun pasal sibuk urusan perpindahan ibupejabat dari Bukit Timbalan ke Nusajaya. Overall memang boleh tahan la. Macam biasa, tempat tumpuan aku ngan bebudak ni adalah Pusat sains dan Petrosains. Siap sempat mendaftar ahli kelab upin ipin lagi. Inaz nak beli anak patung ipin, so aku tanya; adik nak sebagai hadiah nombor satu ka? Boleh kata dia. Kebetulan inaz ngan iqa dedua dapat nombor satu pereksa pertengahan yang lepas, so; aku rasa diaorang memang ada alasan kukuh untuk dibelikan apa yang diaorang nak tu. Asalnya nak balik terus, siap dah bayar tiket parking lagi; pasal ziqri dah mengaruk. Sekali naik tingkat 1, diaorang offer lak untuk masuk pertandingan mengaler. Dalam beg pertandingan dah ada kaler. Iqa ngan adik memang nak masuk la. Tapi kaler tak best sangat. Setel jer kaler, pas kertas kat urusetia, terus chow. Memang tak l

Birthdayku dan syafinaz

Aku pun dah tak ingat dah pasal besday aku ngan syafinaz nih. Penat dok menyetel sistem pendaftaran tahun 1 online. Memang tak tahan nengokkan muka inaz tak puas hati pasal aku cakap hari ni besday ziqri. Mama dia leh rakam lak tu part tu. Apa pun dah makin tua setahun dah kami berdua. Semoga inaz akan lebih matang lepas ni. ps : cerita ini dirakamkan semasa cuti sekolah yang lepas, harap maklum.. hihihi Enjoice...Sharing is power!!!

Bila Iqa dan Inaz berkaraoke

Ha kau.. ikut stail inaz cakap. Tak ingat dunia tu. Yang paling best, diaorang wat sendiri semua. Habis la amik videocam mama. Pastu pakat rakam sendiri. Tak sempat nak rakam lagi sebab aku dah balik dan menyita videocam tersebut pasal lepas inaz rakam kaka dia nyanyi dah start adegan rebut merebut videocam. Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Chicken Chop Medan Selera Larkin

Petang Ahad mama ajak kuar makan kat luar lagi. Teringin lak nak makan chicken chop kat bomba larkin yang berasap-asap tu. So, off we go to larkin. Sesampai jer terus gi gerai chicken chop berasap tu. Presentation memang superb, ayam a bit hangus, terutama yang dibahagian yang bersentuhan dengan hot plate tu.. Sos black pepper yang disimbah atas ayam tu memang best, cuma kalau ayam tu pun diperap sekali mesti lagi best. Harga satu plate RM10. Aku kasi 2 setengah bintang jer.. Walau apapun air kat sini memang best.. Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Restoran Mana Lagi, Pontian

Jenuh cari tempat makan. Sama macam dulu. Pasal kat Batu Pahat memang kurang tempat makan yang kena ngan taste aku dan famili aku agaknya. Last-last cam dulu gak.. Cari restoran on the way balik, pasal kitaorang ikut jalan lama. Derian toksah cerita la. Memang bertabur tepi-tepi jalan tu. Nak jadi cerita, masa dok sibuk milih derian lepas pada senggarang tu, nampak la pulak restoran mana lagi ni kat tepi jalan sebelah kanan. Alamak. Belasah jer la. Pasal perut pun dah lapar. Mama order ikan siakap sederhana masak tiga rasa, tomyam campur tolak daging 2 orang makan, kailan ikan masin dua orang makan, sotong goreng tepung. Aku lak sesaja wat kelainan order mee ladna, pasal lama aku tak makan mee nih.. Rasa dia memang boleh tahan. Aku kasi 3 setengah bintang. Harga pun leh tahan. Baru RM67.. Boleh la kan. ps : tapi dia punya mee ladna aku leh kasi 4 bintang la.. ngam Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Derian Batu Pahat

Boleh kata sepanjang jalan dari Batu Pahat sampai la ke Pontian penuh dengan gerai-gerai jual derian. Tapi aku tak sempat jauh.. Kat Penggaram lagi dah berenti membeli. Dari sekilo singgit sampai la ke dobelas hinggit suma ada. Last-last mama pilih yang tengah-tengah nam hinggit. Aku lam keter jer pasai dok jaga Ziqri. Sebelah pegang bideo, sebelah lagi pegang ziqri. Ambik 4 bijik dekat-dekat RM40. Pastu bila gerak jer balik pergghhh.. ngeri la pulak nengok gerai bercambah kat tepi-tepi jalan ni. singgit setengah ada.. dua hinggit ada.. alamak.. Jangan terbeli yang mahal udah la kan.. Last-last berenti kat satu pakcik nih.. Dia juai tiga hingit sekilo.. mama amik 3 biji.. dia kira RM7 hinggit jer.. Mak aih.. Tapi rasa derian yang sekilo nam hinggit tu memang lagi power... menurut kata iqa dan mama la, pasai aku memang dah tak lalu nak makan derian lagi.. Enjoice...Sharing is power!!!

Edisi Mari Jalan-Jalan : Wet World Batu Pahat

Imej
Kalau tak jalan hari ni, maknanya sepanjang cuti sekolah ni, bebudak ni langsung tak gi memana. Kebetulan hari jemaat lepas banyak pulak hidayah yang tuhan turunkan untuk aku, jadi clear sikit kepala aku dan bolehla jengjalan hari sabtu tu. Alhamdulillah.. Target aku hari ni nak gi wet world. Sehari jer boleh enjoy ngan bebudak nih. Pepagi lagi dah kuar. Lebih kurang 10.40 kami sampai. Kira ngam la. Dia bukak jam 10. Orang pun tak ramai lagi. Sekali tiket dah naik daa.. Dari RM10 untuk dewasa dia naikkan jadi RM13, yang bebudak yang giler sikit.. Dari RM5 jadi RM11!!! Pergghhh... Tapi dia kasi air tin sorang satu.. Alah dah masuk harga tiket tuh.. Campur tolak ngan 2 pelampung besor yang setiap satunya RM14 dah lebih RM100.. Takper.. suka punya pasal, masuk ajer lah.. :: Klik untuk cerita penuh :: Kat dalam memula kena carik port dulu. Banyak meja ngan kerusi kat tempat ombak dah hilang. Maybe dah rosak, so dia dah buang. Alamek.. Susah ler cenggini. Kasi iqa ngan inaz

Google's Header : 2010 World Cup

Imej
Akhirnya bermulalah demam piala dunia 2010 dengan perlawanan pertama Afrika seri dengan Mexico semalam. Macam biasa google mesti kuarkan something untuk acara yang paling grand nih. Boleh tahan gak la header dia kali ni. Walau camner pun macam biasa demam ni tak akan berjangkit dekat aku. Dari dulu aku memang tak minat bola. Lantak la sapa nak lawan, sapa nak menang. Kalau aku rasa nak tengok aku tengok. Kalau setakat nak bangun pepagi buta pasal nak tengok bola kira kirim salam la. Baik aku tido lagi bagus. Enjoice...Sharing is power!!!