Catatan

Google's Header : Teacher's Day Malaysia

Imej
Paling best bila header Google untuk hari ni dibuat khas untuk Hari Guru Malaysia. Cun beb. Rasa terharu lak. TQ google.. Enjoice...Sharing is power!!!

Selamat Hari Guru 2010

Imej
Walau pelbagai rintangan digalas, walau pelbagai tanggungjawab disandang, walau pelbagai onak dan duri terpaksa diharungi, namun; anak bangsa terus dididik dan diajar, dengan tabah lagi sabar. Itulah insan yang bergelar guru yang kukenali. Selamat Hari Guru! Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Padang dan Balapan MSSM Johor 2010 - Rehearsal Persembahan Day 3 Full Dress Rehearsal

Sebelah malamnya bermulala full dress rehearsal ni. Nice. Aku, tajul n fido ke hulu ke hilir cari port yang best. Aku pun banyak amik hand held jer. Certain-certain part jer yang aku mula kuarkan tripod aku nih. Tapi bila kuar announce nak buat kali kedua.. hmmm.. aku dah tak larat nak nunggu lagi. Penat wehhh.. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Padang dan Balapan MSSM Johor 2010 - Rehearsal Persembahan Day 3 Full Formation

Petang ni kira last practice sebelum full dress rehearsal pada sebelah malamnya. Aku lepak ngan si Fido jer la petang ni. Semayang pa semua kira tapau abis kat umah dia. Memula gi cari port baik punya untuk nampak semua formation persembahan ni. Bebetul atas tempat vip. So kitaorang lepak jer la kat atas tu dari mula sampai abis. Tapi tak best sangat la pasal aku lebih suka amik ekspresi bebudak dari amik formation cenggini. So, ni aku kasi kat sorang budak ft la nanti. Abis jer gi lepak luar. Jumpa geng-geng lama. Siap membantu menyelesaikan kes gendang ilang la. Aduiihh.. Boleh lak timbul masalah cenggini sebelum start full dress malam ni.. memang ngeri beb. Sib baik setel. Pas makan beger ngan layan kekalahan chong wei kat umah fido.. baru mula berangkat balik ke stadium untuk tengok full dress rehearsal.. jeng jeng jeng.. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Padang dan Balapan MSSM Johor 2010 - Rehearsal Persembahan Day 2

Alih-alih terus day 2. Pasal memasing banyak kerja lain kena setel. So, yang ni pun aku amik pasal aku nak release tensen jap. Pening pala dok setel masalah laman web, call sana, call sini, godak sana, godak sini; sebaik setel jer semua problem tu, perghhh.. aku terus kuar bilik aku. Start keter, langsung singgah ke stadium. Nyamannya udara kat luar ni.. Tu pun pasal problem semua setel la kan. Hahaha.. kalau tak setel lagi aku rasa mau meletup kepala aku pagi rabu tu. Sampai jer kat stadium diaorang baru mula rehearsal persembahan. Apa lagi.. Kasi taram habis. Lagipun aku nak nengok flow, nanti senang nak taruk bebudak dokumentasi kat mana nanti. Boleh tahan la. Cuma kesian nengok bebudak berjemur tengah panas nih.. Enjoice...Sharing is power!!!

Ziqri's day out

Ni lagi lama sebenarnya.. Masalah sebenornya, bila haplod ke Youtube pastu tokleh. Bengkerk tul. Last-last aku convert jadi mpg. Dekat separuh saiz dia turun. Haplod balik. Alhamdulillah.. Kira halal la. Tapi memang quality drop sikit la kan. Ni kes sesaja jengjalan kuar. First time kuar ngan Ziqri sekali. Pi Angsana, Pi Tesco, tah memana lagi la kitaorang merayap. Balik memang penat giles.. Konon nak beli stroller, last-last hapah pun tak beli. Merayap jer lebih.. Enjoice...Sharing is power!!!

New katil for the Balqis

Imej
Sian kat budak berdua ni. Takkan selamanya nak tido atas toto. Nak beli katil asyik nunggu nak masuk rumah baru jer. Dedua pun dah besar dah pun. Last-last kuar jugak ke Geylang. Ronda kedai cari katil. Sampai kat kedai nih dia kasi katil ni dengan harga RM190.. Campur tilam dua RM350. Layan jer la. Kul 3.30 dia akan hantar kata dia. So, balik rumah terus mengemas spot baru untuk katil Balqis berdua nih. Lam 3.30 dia sampai, terus dipasang katil tu. Setel jer dedua balqis ni dah tak sabo-sabo lagi nak rasmikan katil ni.. Siap kemas sendiri tu. Pergghhh.. Best bah katanya. Malam ni dedua dah sedia nak tido sendiri dah. Kita nengok camner.. :: Klik untuk cerita penuh :: Enjoice...Sharing is power!!!

Are you involved???

Imej
Lepas nengok dan alih jer ular tadi tu, tetiba jer mata aku terpandang si gumuk wiwi yang dok menjeling jer dari tadi. Haih.. adakah perkaitan wiwi dalam hal ni?? Tapi ular tu takde la pulak cacat cela dia. Kalau ular tu yang datang carik wiwi lain cerita. Macam kes biawak beso datang itu hari. Mencicit lari si wiwi nih.. Sian dia. Tapi sekarang dia dah beso dah pun, dah tak sama cam dedulu. Badan pun sudah gumuk. Tapi masih keletah cam baby kitten lagi. Pantang gosok. Pantang buat main. Sampai tahap gigit-gigit pun ada.. :: Klik untuk cerita penuh :: Enjoice...Sharing is power!!!

Ada ular dalam longkang

Imej
Pepagi dah riuh. Ada ular la dalam longkang. Keluar nengok ramai dok kerumun longkang, tapi jejauh la. Ada ular lam longkang depan rumah. Tapi cam tak gerak jer.. Amik batu sebijik. Kasik rejam sama dia. Aikk.. Tak gerak pun. Abah pun rejam lagi satu batu.. Tak gerak jugak. Pergi belakang amik cangkul. Kasi angkat sama dia.. Tapi ngeri jugak la kan.. Sekali angkat memang sudah mati daa.. Tapu badan memang cantik tak terusik pun. Maknanya mati tua kot. Sian dia.. Angkat alih tempat lain. Sekali nengok sebelah petang dah takde dah.. Sapa lak yang alih ntah.. Enjoice...Sharing is power!!!

Bila Ziqri menjerit

Imej
Tengok la muka dia tu. Dengan penuh perasaan dia menjerit. Sekuat-kuat hati tu.. Pepagi ni sesaja sakat si Ziqri ni. Seronok lak dengo dia menjerit. Hihihihi. Lepas kasi susu.. Hayun sikit buai tu. Senyap la dia. Pastu terus layan tido. Ziqri, ziqri. Kalau siang memang senang jer tido. Bukannya apa.. malam ni nak buat overtime kan. Kalau siang tepuk-tepuk pun leh tido. Kalau malam.. hisshhh.. bulat jer biji mata dia. Tu baru satu kampung leh dengo jeritan dia tu. Mana taknya, dua tiga pagi menjerit. Masa semua dah lena. Hahahaha.. :: Klik untuk cerita penuh :: Enjoice...Sharing is power!!!