Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tradisional

TGV Tebrau City

Imej
Iqa ngan adik dok sibuk sangat nak tengok upin dan ipin kat wayang. So hari ni aku bawak jer diaorang gi Jusco Tebrau City. Aku dah booking awal-awal semalam. 3 seat dewasa 2 seat kekanak. Tayangan lam kum 5.30 pm. Aku perabis lu setting AP, hanto emel kat GITN dan sebagainya. Lam kul 4 aku bertolak dari sekolah. Sekali jam boleh tahan la kat Lebuhraya pasir gudang tu. Bengkerk gak ler kepala ni. Sampai jer kat sana terus gi ambik tiket. Kena RM 42. Layan jer ler. Panggung dia leh tahan la. Sejuk mak datuk. Semua dah tak tahan dah ni. Keluar jer dari panggung gi cari makan. Mama cam biasa pilih Hutan Bandar. Sukati la. Layann... Sampai rumah semua terbongkang.. Review is coming sooon.. Chiaoooo... __________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com  

Kisah Bawang Putih dan seekor kucing

Imej
Bila Iqa tepon nak makan ikan jer, pepaham ler; dia nak makan ikan siakap masak tiga rasa. So, berjalan le aku ke kedai biasa kitaorang. Masa reraba nak bukak pintu keter, terperasan lak belen bawang putih yang 3 ulas ni. Aku pau selabu bawang putih (apasal panggil labu lak ekk, kan bawang putih; panggilla sebawang putih ke, ape ker) ni dari Zila.  Kisahnya bermula bila kita nak lawan takraw itu hari la. Cikgu Maarof dok cakap kat aku, kita kena pakai psikologi dah ni. Bebudak kita ni kekadang dapat main lagi bagus bila kena cara. So, da cadangla bagi bawang putih ni kat bebudak. Cara dia memang gegila sikit. Bagi kat bebudak suruh dia baca selawat, taruk lam poket. Tapi aku dah sound kat ustaz, dah habis main nanti jangan lupa cakap bende tu takde apa sebenarnya. Tapi bila tengok bebudak, nak gelak pun ada. Taksub tul. Siap si Haiziq datang ngan muka sedih pasal bawang dia dah ilang. Takpe. Nanti cikgu bagi baru punya. Dapat gak sampai suku. Yang kucing ni pulak, dok terhendap-hendap

Chap Goh Mei

Imej
Chap Goh Mei disambut pada hari kelima belas selepas Tahun Baru Cina. Biasanya aku tengok langit jer. Kalau bulan dah bulat penuh sahihlah malam tu malam chap goh mei. Sama cam Thaipussam yang juga disambut pada 15 hari bulan. Pelik tak. Kalau kita lihat bebetul kalendar lama semuanya kalendar lunar. Yang pakai matahari cuma kalender yang kita pakai sekarang yang guna Jan, Feb tu lah. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Kira malam ni memang happening tul la. Tak tahan aku ngan asap yang keluar secara besar-besaran nih. Malam ni jer kat rumah aku ni, dari jam 8 pm tadi sampaila ke la ni yakni jam 10 pm; masih tak berenti-renti lagi pesta bunga api nih. Iqa dah berapa kali dah kuar masuk tengok bunga api kat langit. Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gad

Kejohanan Sepak Takraw Zon Skudai 2009

Imej
Hari yang dinanti-nantikan oleh semua ahli kelab takraw akhirnya menjelma. Berbagai perasaan timbul tenggelam di sanubari masing-masing. Seawal jam 6.45 pagi lagi semuanya sudahpun menunggu di sekolah. Sebaik aku sampai, aku terus keluarkan bihun goreng dan pisang. Sarapan dulu. Dalam 5 minit kemudiaan Ustaz Sajoli tiba. Takpe kita makan dulu.. Setelah membantu mempersiapkan dewan untuk majlis dialog ibu bapa, lebih kurang jam 7.45 pagi; terus kami bertolak ke Dewan Raya Desa Skudai. Sesampai disana, pasukan Taman U 2 sudahpun sampai. Jadi kami jadi sekolah kedua tiba. Sesi Memanaskan badan. Tengok dewan nampak kecik sikit. Lebih kepada gelanggang badminton. Tak kisah sangat pasal tu. Tapi ada 3 gelanggang jer. Rapat-rapat pulak tu. Bila main boleh masuk bola ke gelanggang lagi satu. Aku suruh jer budak masuk gelanggang, panaskan badan; lepas tu try buat servis kuda. Bebudak tu jangan cerita, memang semangat habis. Masa ni Ustaz Sajoli jer dok tengok budak pasal aku kena gi pendaftaran